Category kanak-kanak

Nak Anak Sihat Emosi & Kurang Tantrum?

3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM . Ini adalah 3 strategi mudah sebenarnya namun paling sukar untuk dilaksanakan oleh kebanyakan ibubapa. Kita mungkin terlepas pandang kerana sibuk mencari bermacam-macam teknik lain yang mungkin kedengaran ‘canggih manggih’. Mudah-mudahan sebagai ibubapa yang cakna mengenai keperluan perkembangan emosi anak kita, kita dapat membantu mengurus emosi mereka dengan menyediakan ‘asas tapak yang baik’ untuk mereka. STRATEGI 1 Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas. . ✔️ Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum). ✔️ Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (outdoor ve indoor) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini. Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya.⛔️??? ✔️ Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan ‘neurotransmitter’ kepada mood (emosi baik atau tak baik). ✔️ Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama. ✔️ Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu. Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit. Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali. . STRATEGI 2 Pastikan makanan mereka terjaga. . ✔️ TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu, ✔️ dan ia adalah makanan real food, elak ❌ atau minimakan processed food. ✔️ bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat) ✔️ makanan ringan ‘in between’ makanan utama ialah buah buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais. . STRATEGI 3 Waktu tidur dijaga dengan baik. ✔️ jumlah […]
kesan marah anak Maznah Ibrahim

Apa Kesan Marah Anak?

Rakan saya bertanya, apa kesan bila kita selalu marah anak? Saya nyatakan, begini. Kesan Marah Anak 1 Pabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitifnya (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa dia awal bayi. Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya. Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang dan tak selamat, dan reaksi anak ialah impulse control yang serta merta; jika bayi, reaksi spontan pabila keperluan asas tak dapat ialah dia menangis kan (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’), jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut). Kesan Marah Anak 2 Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ gaya dia dan personaliti dia. Dia akan jadi dewasa yang jerit marah memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural proses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus). Gaya ini juga terhasil kerana respons yang diterima si anak dari cayagaya kita marah-marah beremosi ni membentuk sistem tidak seimbang di Autonomic Nervous System (ANS) yang juga dikenali sebagai Body Arousal System yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, immun system dll, ia mengawal proses tindakbalas asas dan utama dalam sistem tubuh manusia. Bayangkan lari laju – pernafasan tercungap, dan perut memulas nak ‘membuang’ – resah, tak selesa. Jadi proses dalam tubuh dia yang sebegitu (mudah stres, imun jatuh, mudah panik dll) menjadi tret / gaya personaliti dia sampai besar. Sukar untuk dia nak pimpin diri, keluarga dan organisasi nanti. Kesan Marah Anak 3 Kesan lain bila […]
5 tangki emosi anak maznah ibrahim

Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak (Part 2)

TANGKI EMOSI – PERLAKUAN KHIDMAT (ACT OF SERVICE), SAYA SELALU TERJEMAHKAN SEBAGAI ‘LAYANAN YANG BAIK‘ KEPADA SI ANAK Bayangkan anda adalah pesakit stroke. Anda dijemput menjadi VVIP satu majlis, dilayan baik betul! Best nya rasanya. Ditarikkan kerusi, dihidangkan makanan, dituangkan air, ditanya nak apa apa lagi keperluan tak.Pokoknya macam raja juga lah. Pastu pergi ke satu rumah ni.Dilayan ala kadar. Panggil-panggil tanya mana bilik air, nak buang air sangat, “tunggu, tunggu sat”, kata tuan rumah. Lama anda tunggu tuan rumah kembali, tak kembali.Anda ni tak boleh bergerak sendiri.Sebab anda ni ada stroke. Kaki tangan tak kuat. Nasib baik aja la mulut boleh bunyi bunyi sikit walau mulut herot dah. Terkencing, basah kat situ.Aduh dimarah dibebel macam anda ni takda perasaan. Anda ni manusia, bukan tunggul (huhu). Nak makan, anda pun cuba suap sendiri, tumpah-tumpah sepah semuanya. Dimarah kow kow pula. Aduhhh. ‘Salah ke aku?’ anda bertanya dalam hati. Sedangkan tangan aku kan tak kuat.Dilayan macam pengemis (huhu).Teruk betul layanan tuan rumah ni.Kan best kalau dapat jadi ahli rumah pertama tadi selama-lamanyaaaaaaaa…. (huwaa) ….. MACAM NILAH PERASAAN ANAK ANDA. Anak yang masih bayi paling ‘fragile’, sebab langsung tak boleh bergerak melainkan ‘menangis’ dan ‘merengek’. Anak ‘toddler’ pula mula boleh bergerak tetapi limitasi kemampuannya,kerap tersilap langkah, tiada mampu dan tiada pengalaman.Bercakap pun kita tak berapa faham kan. Semua manusia mahu dilayan baik.Hatta bayi baru lahir, Pesakit stroke, Orang tua, Kanak-kanak, remaja, Suami, Isteri dan anak kita. Dilayan dengan baik, Anak akan mudah bekerjasama dengan permintaan anda. Dilayan dengan buruk, Anak akan menjadi anak yang sukar dan memberontak dengan cara ‘keanak-anakan’ dia. Besar sedikit, anak ini boleh berkata-kata, Dia akan mengungkapkan perkataan seakan-akan gaya anda (walau ‘mumbling’ – ‘words’ tak jelas si ‘toddler’, tetap gayanya ialah gaya anda). Kadang dengan anak orang (jika anda guru/atau tolong jagakan anak rakan),Boleh aja layan kanak-kanak dengan […]