Alhamdulillah
Ada dua event penting saya hadiri, sumbang dan bersama-sama jayakan pada minggu lepas setelah event Parenting Seminar dengan Bijak Pandai Academy (with Pak Utih).
1, Seminar Pencegahan Jenayah Seksual Kanak-kanak dan Remaja Peringkat Kebangsaan 2019 “Lindungi dan Kasihi Saya” (pada 30 dan 31 Oktober 2019, dan slot saya adalah pada 30 Oktober)
2, Seminar Sambutan Bulan Kaunseling Pegawai Psikologi KKM, dari Hati ke Komuniti, saya selaku AJK bersama untuk pameran dan penyampaian slot Seiring Sejalan dengan sahabat seperjuangan Boon (31 Oktober 2019).
Walaupun tak dapat claim apa-apa dari Perlis ke KL, sebab saya sedang cuti belajar, namun saya berasa puas dapat menyumbang sesuatu. Alhamdulillah.
Menyumbang sesuatu ni dalam Islam ialah memberi (ilmu bermanfaat – 1 dari 3 saham kita di akhirat) dan dalam psikologi adalah ‘the power of giving and contribute’, kita manusia sentiasa akan ada rasa mahu memberi dan menyumbang ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat umumnya (hablum minannas).
1, dalam seminar seksualiti kanak-kanak terbabit, saya berpeluang menampilkan suara hati klien-klien kanak-kanak, remaja dan dewasa saya yang sama ada baru alami penderaan seksual, mahupun yang telah alami suatu ketika dahulu (adult survivor).
Tak sangka, telah 13 tahun saya bergelumang dalam terapi dan kaunseling untuk CSA (Child Sexual Abuse), yang mana saya juga tidak pernah menyangka akan pergi selama dan sejauh ini. Hanya kerana sebuah doa :-setelah saya habis belajar Master Kaunseling dulu (tahun 2006), saya tidak mahu menyambung pengajian ke peringkat PhD kerana mahu menimba pengalaman bekerja sebenar sebanyak mungkin dan mahu terlibat dalam terapi kaunseling kanak-kanak. Allah beri, kerja pertama saya di lapangan ialah menjadi kaunselor di PS The Children (2006). Di sana saya pernah merasai peluang bercakap dengan Hakim di mahkamah, bercakap dengan polis penyiasat dan polis penemuduga di CPU (zaman dulu, kini CIC), para doktor hosp kerajaan dan peguam (defense lawyer dan DPP – Timb. Pendakwaraya kerajaan).
Ia amat perit, yang takkan terjangkau oleh pemikiran biasa kita selagi kita bukan merupakan ‘survivor’ seperti mereka. Tidak akan sama diri kita yang tak alami berbanding dengan diri mereka yang alami sendiri. Ia amat tragis, tidak mudah, perit, struggle, dan rasa powerless sangat, namun berbekal sedikit kekuatan yang masih ada, mereka bangkit perlahan dan berdikit untuk keluar dari lingkungan memori peristiwa itu.
Saya kongsikan satu sajak khusus yang saya pernah tulis pada tahun 2009, saya rasa masa tu saya kenangi semula momen-momen saya dengan klien berusia 6 tahun ini. Rasanya saya buat sesi dengan dia dalam setahun. Namun dia progres tanpa saya yang pandai buat sesi dengan kanak-kanak ini sedar ‘apa yang aku buat ni?’, dan saya yang setia melakukan apa yang diajar oleh Monica Jephcott (Presiden PTI yang mai Malaysia 3 kali train kitorang untuk sejumlah 15 hari kursus experiential berekod bagi mendapatkan sijil therapeutic play skills saja – tak masuk 100 hours sesi Play Therapy with supervision, laporan Process Diary setiap selepas sesi dan membaca 8 buah buku – hanya dua last tu saya tak sempat buat).
Tajuk: ‘Memori Itu’ Ada Suara
Memori tercoret
Kala terleka
Hadir tidak diundang
Pergi begitu saja
Aliran gelombang terhenti
Rasa tersekat
Apakah makna itu
Aku keliru
Dua dahan ditaut
Berkerut menyimpul
Berbalah tak henti
Sekali lagi aku terkeliru
Aksi diteruskan
Aku dipisah dari ruang selesaku
Ke sana ke mari
Diheret
Diperah untuk berkata-kata
Gelombang tersekat
Aku terjerat
Dihantar ke ruang itu
Insan itu sudi membantu
Sabar menemani
Aku tertekan
Perlahan ku lupakan
Tidak mahu diingatkan
Memori itu tidak ada suara
Apa maknanya? Aku terkesima
9 bulan aku mula ceria
Lupa segala
Keliling bertambah sirna
Ligat cergas aku berlari
Bertemu lagi ruang itu
Memori kembali aku kelu
Ingin berlari tapi aku kaku
Hentikan ini! Mampukah aku?
Seni ekspresi membantu
Memori hadir tika ku sedia
Tidak kuundang atau ku rancang
Gelombang menerus perlahan
Lalu mengalir, lebih baik dari tatkala
Memori itu tiada suara
Jiwa ini meronta
Perlahan dialir keluar
Dengan kehendakku dan izinMu
Memori itu ada suara
Suara tersendiri bukan mudah difahami
Hanya yang tahu bisa membantu
Namun Tuhan Kau Yang Lebih Tahu
Dan insan itu adalah ketetapanMu
15 Disember 09, 1207
———
Kalau nak faham, ruang itu adalah bilik play therapy tempat saya buat sesi dengan kanak-kanak ini, insan itu adalah diri saya, dua dahan itu adalah ibubapanya, memori itu adalah peristiwa itu. Ini adalah ibarat suara hati dia dalam proses dia melalui saat getir peristiwa sexual abuse dan recovery dia. Recovery hanya setelah lalui satu siri Treatment Session atau Psychological Treatment (Play Therapy – kaunseling untuk kanak-kanak). Syukur kanak-kanak ini release, transform, dan recover setelah melalui siri sesi terapi ini. Bayangkan berapa ramai tak dapat lalui siri terapi, dan kini mereka sudah dewasa dan menjadi ibubapa? Trigger akan sentiasa terjadi bila-bila masa tanpa diundang dan antara punca ibubapa emosi tidak stabil dan marah anak ialah kerana sejarah kes CSA seperti ini.
Refleksi saya setelah slot sesi saya ialah:
Selesai slot saya semalam,
‘Victim, Victimization, Crisis Intervention’
Saya gembira dan syukur sebab:
1. Ada dua participant menghampiri saya dan menghulurkan kad mereka (betapa saya tidak memiliki ‘name card’ apa-apa pun) memberitahu, seorang adalah CSA survivor dan telah membangunkan NGO sendiri, di Negeri Sembilan dan buat banyak advocacy dan educate budak-budak sekolah. MasyaAllah bagus sangat, saya suka dan doa akan banyak lagi NGO sebegini malah di peringkat kebangsaan. Seorang lagi dari NGO juga, ada pengalaman anaknya CSA survivor (tak sempat nak sembang lama).
Ada banyak lagi jaringan dan kerja kuat kita akan perlu lakukan demi membawa isu kes kanak-kanak CSA ini dan pencegahan dari awal (prevention of CSA) diperluas dan diperkasakan.
2. Semasa di meja makan VIP dengan doktor-doktor KKM, Dr Nik tanya saya 1 soalan yang saya tunggu lama 13 tahun dulu:
“Pn Maznah, tell us what we need to do, we are the policy makers”
MasyaAllah seronoknya, saya terkesima dan saya cuma sempat cakap 2 perkara:
i. Interview budak tak perlu banyak kali oleh banyak orang. Se idealnya 1 kali dengan 1 orang dewasa yang di train untuk skil bercakap dan bermain dengan budak dan telah build rapport baik, at the same time para autoriti lain (polis cic, io polis, doktor-doktor) boleh lihat, dengar dan tanya soalan kepada budak melalui 1 orang dewasa yang budak ini telah selesa bersama. No need reinterview. Ia sangat getir.
Ini telah di promote lama oleh NGO dan badan yang aware tentang ini. Mungkin ada kekangan dan kita perlu mudahkan proses dan prosedur kes.
ii. Kekeluargaan, Parenting & Mental health. Banyak lagi kerja kita berkaitan keluarga sebab all cases bermula dengan isu dari dalam rumah. Pada saya semua klien ada isu mental health / telah alami mental illness memang bermula dengan isu parenting sebagai akar umbinya.
💪👍Kita terus buat apa kita boleh buat. (Do our parts)
—–
Betapa saya belum ready untuk soalan yang bagus macam ni dari Dr. BPKK KKM. Ini pun beliau tanya setelah beliau dapati saya dapat jawab dan terangkan dengan baik punca LGBT dari perspektif pengalaman saya buat sesi dengan klien dan ilmu yang saya ada mengenai perkembangan seksualiti manusia.
——-
2, seminar bersama profesyen pegawai psikologi KKM saya, ada dua perkara saya terkesan:
1, mengenai lirik lagu What A Wonderfull World yang kami akhirikan dalam slot Seiring Sejalan kami:
Alkisahnya saya dengar dan lihat
Fateh nyanyi (baca) dari lirik lagu ini,
Lirik yang Mummy print sebab Fateh hilang banyak kali kertas liriknya yang Teacher beri.
Mummy suprised masa tu sebab lirik ini sangat baik maknanya
Sangat positif
Bersangka baik pada semua orang
Penuh loving
Hinggakan tengok orang pun dia rasa orang saying I love you kat dia (bukan rasa orang ni pehal tengok aku hahaha)
Dan betapa Mummy taktahu yang lagu ni satu dunia tahu 😂😅 sebab diriku tak tahu..
Ahboon terus setuju cadangan Maznah ni…
Tq Fateh dan AMS Tc Aswad.
Kerja kecil kalian beri impak besar pada peserta Seminar yang pesertanya dari 1 Malaysia ni.😊👍
——-
What A Wonderful World – Louis Armstrong
I see trees of green, red roses too
I see them bloom for me and you
And I think to myself what a wonderful world
I see skies of blue and clouds of white
The bright blessed day, the dark sacred night
And I think to myself what a wonderful world
The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people going by
I see friends shaking hands saying how do you do
They’re really saying I love you
I hear babies crying, I watch them grow
They’ll learn much more than I’ll never know
And I think to myself what a wonderful world
Yes I think to myself what a wonderful world
———
2, saya peroleh tempat kedua bagi pertandingan Infografik, dan ini membuatkan saya semangat lagi untuk membuat poster berkaitan parenting untuk bantu ramai ibubapa di luar sana mengingatkan diri apa perlu dibuat bagi aspek tertentu.
Dengan semangat (‘tamak’) nya saya hantar dua, hehe sangkut la 1.
Poster yang menang tu saya buat 5 minit aja sebab saya sudah biasa menulis untuk emotional management bagi emosi marah sama ada untuk ibubapa atau kanak-kanak.
Jadi template sudah ada (suami saya ada belikan tool banyak untuk design design ni, maka dia offer saya untuk guna masa saya kata saya macam nak design sendiri tak perlu upah designer, Cik Dedel saya untuk jimat duit hehe). Dan setelah selesai design, suami kata jika hantar designer akan lebih cantik. Pada padangan mata dia, apa yang saya buat tu belum lah cukup baik. Tapi tak apa, saya terima dengan positif dan terbuka saja.
Refleksi seluruh:
- Anak-anak kami coped well dengan travelling selama 7 hari ini dengan berpindah randah dari satu rumah ke rumah lain (rumah adik beradik dan rumah ibubapa). Kami beri peluang mereka untuk beramah mesra secara kelompok kecil dengan sepupu sepupu mereka. Ini kerana bila event besar seperti hari raya, kita tak sempat nak beramah mesra dengan lebih rapat dan lama, terlalu sibuk melawat pakcik makcik dan orang tua lain. Now kita nak strengthened kan keluarga induk kita sendiri, ibu bapa dan adik beradik kita sendiri dan sepupu-sepupu kepada anak – anak kita.
- Tipsnya untuk maintain emosi anak baik sewaktu travelling ialah banyakkan pitstop (jika highway 2 jam sekali berhenti untuk legakan badan dan refresh, jika menaiki kenderaan awam macam jalan dari kajang mrt ke putra lrt klcc kami rehat beberapa kali juga), ada kan agenda kanak-kanak selit selain agenda orang dewasa diri kita, dan 4 ni wajib jaga (physiological need) :- (i)rehat, (ii) tidur, (iii) makan dan (iv) aktiviti – perlu cukup, sesuai dan memadai. InsyaAllah mereka akan ok aja.
3. Bila kerap travel, anak-anak akan biasa untuk switch emosi dan minda mereka dengan suasana tidak rutin. Bosan dan high demand dari mereka tetap akan ada, kita cuma perlu prepare minda mereka untuk SEBELUM event (beritahu plan kita, apa akan dilalui mereka) , SEMASA (peringatkan lagi, mereka akan lupa, dan handle atau hadap aja dengan sabar) dan SELEPAS (puji dan syukur).
So, penatnya tidak terasa langsung.
4. Pergi ke kedai buku Book Xcess adalah wajib sebab ianya sangat berbaloi untuk duit kita, suasana, pengalaman, dan nilai buku itu sendiri.
Balik aja rumah di Perlis, terus Fateh boleh pergi ke kursus asas lukis komik untuk ibrah surah. Badan dah biasa switch sejak bayi lagi dibawa ke sana ke mari. Walau lukis komik tidak sesuai untuyk dia Thunking, namun saya beri juga untuk pendedahan dan sebab peluang tu ada, tak rugi.
Ambil peluang untuk apa saja peristiwa, kerja kita untuk gather kan dengan anak-anak, bagi memastikan bonding kita dengan anak-anak tidak menyusut. Jika siapa pernah dengar talk saya, memang saya ada mentioned mengenai usia 0-2 dan usia 0-6 yang amat penting untuk kita pelihara asas perhubungan yang kukuh dengan anak-anak.
Walau masa mereka kecil, kita sukar, heret sana sini, namun bila mereka sudah besar, kita akan mudah insyaAllah. Maksudnya mudah dari segi handle mereka dengan isu remaja kelak sebab asas perhubungan dengan mereka sudah kuat dan baik semasa usia 0-6 itu. Mereka trust kita dan mereka akan kembali kepada kita bila mereka ada apa-apa isu. Mereka tidak lupakan kita walau ada kawan baik, InsyaAllah.
Love,
Maznah Ibrahim.
4 November 2019.