7 Perkara Penting Mengenai Tantrum Anak Kecil yang Semua Ibubapa Perlu Tahu


Terima kasih kepada yang semua sahabat seperjuangan Ibubapa yang berkongsi mengenai pengalaman tantrum anak-anak, situasi tantrum, dan usia mereka.

Ianya seperti telah saya ketahui dan nampak, flow atau timelinenya, jadi perkongsian anda mengesahkan lagi πŸ‘πŸ˜

Maka saya pulangkan semula maklumat anda, hasil analisis saya dengan sedikit info tambahan ya.

Segala komen dan reply saya anda boleh baca di post ini ya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1293077344200180&id=477691842405405

—–

Kesimpulan umum hasil analisis saya kepada semua komen (perkongsian) dan reply sahabat semua:

i) kebanyakan anda sudah tahu ia normal dan berusaha menghadapinya sebaik mungkin (ikut usia perkembangan, sebentar lagi saya simpulkan ya)

ii) sedikit yang buntu, tidak tahu apa lagi cara handle (yang ini hanya perlu tambah maklumat / idea saja untuk kaedah lain tangani)

iii) sedikit yang yakin/ konfiden untuk hadapinya dengan baik – Alhamdulillah – hasil menuntut ilmu parenting semasa fasa struggle itu, dan berakhir dengan baik πŸ‘

iv) sedikit yang berjaya turn it into positive way (very good) – ia sebahagian dari up and down our parenting journey 😍

v) sedikit yang tidak alami lagi namun ada cabaran part lain (hidup manusia pasti diuji).

..

Ketahuilah 7 perkara ini mengenai anak tantrum

* Disclaimer : Ini adalah kesimpulan dan input dari saya saja dan saya gembira sebab ia lebih dan kurang adalah tele atau sama dengan pengalaman yang sahabat semua kongsikan πŸ™‚

1.Fasa bunga-bunga tantrum adalah pada usia 1 tahun lebih. Semasa ini anda masih boleh merasakan anak ini comel dan kiut aja merajuk, menyembamkan muka ke lantai, dan acah-acah merajuk. Ia masih boleh diterima kerana mereka masih bawah 2 tahun.

  • Sebenarnya fasa ini mereka sudah bunga-bunga awal nak membentuk perkembangan emosi di otaknya, selepas otak reptilian semakin settled (makan minum, tidur, rutin, rasa selamat dan tenang, dan semua keperluan asas telah berjaya dipenuhi oleh ibubapa sebagai prime carer mahupun pengasuh yang menjaga sewaktu anda bekerja) dengan baik, biasanya cecah usia 1 tahun otak paling bawah sudah established.
  • Autonomi, usia 1 tahun sudah bermula. Ana mahu makan sendiri, mahu cuba lakukan sendiri seperti suap diri dan suap anda, lakukan apa saja penjagaan diri secara sendiri. Maka fasa ini anda perlu beri mereka cuba lakukan (termasuk nak cuba pegang pisau dan potong benda selamat : bukan bawang tu tapi contoh buah, asalkan dia dapat alami sendiri apa yang dia lihat anda lakukan saban hari, fasa ini juga fasa meniru, tiru cara anda solat, tiru cara anda dodoikan dia dan banyak lagi, malahan dia akan tiru cara anda marah abang kakak dia atau berkomunikasi sesama suami isteri (either positive or negative way).
  • Ditambah dengan anak ini tidak mampu menyampaikan hasrat kehendaknya dengan baik maka dia mudah berasa sedih, kecewa dan marah, manakala sebaik sahaja dia diberi apa dia mahukan (contoh baru ini anak ketiga saya Yumna cuma mahu sudu saja bila saya tak faham dia terus ke lantai sedih kecewa, selepas seketika saya angkat dia dan dia tunjukkan sudu di atas dan saya beri baru dia sangat happy dan puas), lepas dapat apa dia nak, dia akan ok. Isunya dia cuma tak dapat beritahu kita sebab faktor speech development stage dia yang berbahasa german itu tidak difahami atau sebab dia β€˜rendah’ (fizikal) maka dia tidak mampu ambil sendiri (nanti usia seterusnya dia akan mula panjat dan ambil sendiri – initiative usia 3, bunga-bunga usia 1 sudah ada usaha nak dapatkan sendiri tau – anak suka memanjat).

2) Fasa Sebenar Tantrum : Peak pada usia 2-3 tahun kerana faktor perkembangan otak emosi

  • Ketika fasa ini anak sangat peak mencabar orang dewasa dan sukar difahamkan kerana faktor immature brain (fasa ini adalah klimaks dia punya emotional brain development, mencanak, mencambah semua la apa-apa berkaitan emosi). Apa dia rasai dia akan terus luah tak simpan-simpan macam anak sekolah rendah yang mungkin tahan tahan nak cakap ke tak, nak cakap ke tak, atau anak sekolah menengah yang mula tak beritahu ibubapa tapi boleh beritahu kawan atau ‘angkat angkat’ dia saja.
  • Jadi bila dia merasai satu-satu emosi negatif tertentu akibat peristiwa tertentu, seperti marah, sedih, kecewa, dia akan terus luah sama ada dengan cara menangis, menghentakkan badan, memukul dan membaling barang atau apa saja berhampiran (juga tipikal mula nampak pada anak usia 1 tahun setengah).
  • Education / pendidikan pengurusan emosi sangat sesuai dimulakan pada usia ini. Beritahu rule asas iaitu “boleh marah tapi tak boleh cederakan diri, cederakan orang (manusia terdekat termasuk ibubapa dsb) dan barang (mainan dimusnahkan dan sebagainya)”.
  • Maka sediakanlah medium luahan emosi untuk mereka. Jenis agresif (yang tenaga keluar cepat dan kasar) perlu alatan seperti punching bag, bantal besar, tranpolin lompat dsb, dan jenis soft meltdown perlukan alatan seperti kertas dan krayon untuk conteng dan luah emosi negatifnya, mandi, minum air, berkebun dsb.
  • Didikan lain ialah ajar anak untuk lakukan ini semasa emosi marah dan kecewa sedang melanda : (i) tarik nafas, (ii) hembus dan (iii) senyum πŸ™‚
  • Serta banyakkan hypnoscript iaitu skrip-skrip tingkahlaku dan emosi baik untuk masuk ke minda separa sedar dia dan dia akan lakukan nanti apabila berlaku atau berulang lagi situasi sama seperti itu.
  • Contoh anak usia ini kerap bergaduh dan berebut mainan, maka langkah precaution beritahu rule before:

    “Nanti kita pergi ke rumah Uncle X lagi, anak (namanya A) akan main elok-elok, share mainan dan gilir gilir dengan anak Uncle X nama Y dan Z”

    “Nanti kita pergi ke mall, A (nama anak) akan pilih 1 aja mainan dan behave sabar beritahu ibu ayah nak apa”.

    Semua teknik pre, semasa dan post ini amat membantu untuk mengukuhkan tingkahlaku anak nanti (bila sudah semakin matang sekitar usia 3).

3) Fasa 3-6 tahun : kerana situasi struggle menghasilkan big emotion

  • Adalah fasa anak tantrum kerana anak sedang alami satu satu situasi atau peristiwa struggle dalam kehidupannya, time line hidupnya yang mana ia adalah kerana event atau peristiwa dalam sejarah kehidupannya seperti fasa terima adik baru, baru bersekolah, mula bergaul dengan rakan, konflik dengan kawan sebaya dan guru dsb.
  • Ia selari dengan perkembangan sosial anak, iaitu ekosistem anak pada usia 3-4 tahun yang sudah mula engage dengan baik dengan sistem sosial lebih besar seperti taska, tadika dsb (Namun usia 4 lebih stabil).
  • Jadi pada ketika ini, boleh bantu anak dengan kenalpasti apa punca sebenar yang trigger emosinya, pencetus utama, sensitiviti dan karektornya sudah mula kuat.
  • Teknik iceberg adalah amat membantu (boleh search di telegram channel saya), dan komunikasi borak-borak santai dengan anak dan dapatkan jawapan dari dirinya, mahupun dari guru taska, tadika dll.
  • Membantu anak untuk menghadapi peristiwa kehidupan yang β€˜struggle is real’ ini sebenarnya amat kritikal (penting) sebagai skil mengurus stres (berkait dengan kesihatan mental dia kelak) yang bermula pada tempoh ini, iaitu pengalaman awal kehidupannya yang sedang berhadapan dengan sistem sosial yang lebih besar dan luas dari lingkungan keluarga nukleus ibubapa dan adik beradiknya. Ingat, anda akan bantu anak untuk urus perhubungannya kelak bila bersekolah formal sekolah rendah dan dewasa bekerja kelak.
  • Sama ada anda boleh channelkan terus behavior dia kepada aktiviti luar fizikal (bagi kurangkan dan redakan stres emosi dia) mahupun bantu dengan komunikasikan atau link kan dengan guru/pengasuhnya akan isu isu tertentu.
  • Kemahiran β€˜asking for help’ adalah natural telah ada pada kanak-kanak 3-6 tahun, namun apabila tidak dibantu oleh orang dewasa, bagaimana mereka mahu percaya dan minta lagi bantuan kita atau berkongsi struggle dia kelak kepada kita bila dia remaja nanti?

4) Anak usia 5-6, ketahuilah fasa Hormone kejantinaannya akan peak pada waktu ini, terutama lelaki untuk power struggle mahu sentiasa menyelesaikan masalah sekeliling dan menjadi dominan, hero, protector, dan memenangi satu-satu situasi. Ia amat mencabar, dan teknik tips of iceberg akan bantu banyak ibubapa dalam menangani situasi ini.

  • Pasti ada sebab anak jadi tantrum marah, kerana pada waktu lain dia kool, dia sangat memahami dan boleh berkerjasama.
  • Jadi dia tantrum sebab dia trigger saja (sesuatu telah push the anger / insecure button dia), dari pengalaman lampau dia.
  • Bantu, dan dia akan ok, tak bantu, dia boleh rasa helpless.

5) Faktor anak istimewa, seperti autism memang perlu strategi khusus kerana anak istimewa tetap ada emosi sebagai manusia biasa.

  • Autism memang tipikal dengan marah yang tinggi, kecewa dan rigid serta kurang mampu memberitahu atau menyampaikan apa yang dimahukan dengan baik. Sama juga anak speech delay, dan bayangkan saja anak normal anda usia 1 tahun lebih yang bercakap bahasa German, tak faham apa dia nak, ibubapa sedikit stres namun boleh terima sebab normal anak usia 1 tahun begitu.
  • Namun untuk ibubapa yang memiliki anak speech delay atau kondisi anak istimewa lain akan lebih sukar untuk tanganinya apabila anak ini adalah bukan bayi 1 tahun lebih tetapi sudah berusia 4 tahun ke atas dan ibubapa mudah membandingkan anaknya dengan anak normal lain yang sudah boleh bercakap dengan baik. Jadi tantrum untuk anak keperluan khas adalah normal dan pasti akan dilalui oleh semua ibubapa. Dapatkan bantuan pakar dan bantulah anak dengan terapi khusus khusus ya (seperti OT, Speech dan Play Therapy).

6) Kebiasaannya anak sudah usia 7 ke atas hingga remaja adalah lebih stabil, dan tantrum mereka adalah kerana trigger semata…

  • Anda sebagai ibubapa yang sudah tahu sejarah pengalaman anak anda, perlu tahu apa sensitiviti, kegemaran dan kepantangan si anak, iaitu apa yang boleh trigger dia untuk emosi marah dan juga emosi gembira.
  • Contohnya baru ini anak saya Fateh usia 7 yang marah besar dan hampir agresif kepada doktor gigi, pembantu doktor, dan ayahnya sewaktu nak dicabut gigi.
  • Dan saya ‘tup’ terus tahu sensitiviti dia sebagai anak Thinking ekstrovert darah O, iaitu (i) dia pantang bila tidak tahu awal. (ii) Dia expect datang cek gigi saja dan tidak dicabut terus seperti pengalaman sebelum ini berjumpa doktor gigi untuk kes gigi goyang tidak perlu dicabut juga. (iii) Dia juga rasa helpless tidak dapat tahan atau halang kehendak doktor nak cabut giginya sama seperti peristiwa getir dia di usia seawal baru lahir yang disuntik kerap dan diambil darah kerana kondisi kesihatannya.

    (Dia 3 kali warderd, (i) baru lahir kerana cephalohematoma benjol sebelah dan dikatakan demam takut ada infection, kedua semasa kuning bacaan 343 usia 12 hari, dan ketiga sewaktu usia 59 hari Acute ITP platlet dia bacaan 3 sahaja dan ini paling kritikal pengalaman helpless dia diambil darah setiap hari 2 kali malah berulang kali sebab tak dapat ambil darah, budak paling kecil di wad itu, semata nak tengok platlet dia berapa setiap hari.
  • Jadi memahami ini membantu kita untuk tidak marah berlebihan kepadanya dan bantu dia kool dan berfikir semula. Setelah nasihat diberi dan dia faham, dia terus meminta maaf kepada ayahnya kerana aksi amukannya itu tadi. Itu maksud trigger ya.

7) Terbaik cara tackle anak ialah anda tahu dominant brain processor dia iaitu cara dia memproses maklumat sesuatu peristiwa.

  • Seawal anak usia 3 tahun kita sudah boleh test stifin dan tahu personaliti dominan genetik dia.
  • Contoh anak-anak saya yang Thinking semuanya ini mereka cuma (i) perlu tahu info awal, (ii) perlu tahu fakta logik atau sebab satu satu perkara itu, (iii) dan mudah dibawa berbincang untuk level pemikiran.
  • Jadinya sewaktu Khairunnisa mengamuk kegatalan eczema dia dulu (sejam sekali bangun), ayahnya cuma tanya soalan sewaktu dia emosi berat, dan bila dia dapat jawab saja sebenarnya dia telah bergerak otaknya dari otak emosi ke otak rasional.
  • Spesifik lagi introvert dan ekstrovert di otak (ia beza, tidak sama dengan introvert ekstrovert sosial tu ya), anak ekstrovert direward untuk dorong kelakuan dia, dipenuhi kemahuannya manakala anak introvert dicari apa faktor dalaman yang dia suka untuk dijadikan ancaman bagi mendorongnya (KN suka cheese cake maka itu saja boleh jadi umpan untuk switch emosi dia, manakala Fateh banyak kemahuan besar dan mengajak perbicangan untuk merancang strategi bagi mendapatkan apa dia mahu saja pun sudah boleh bantu dia untuk sangat commit, behave dan mendengar kata ibubapanya.

Ada seorang saja yang berani atau sudi bertanya bagaimana cara saya handle tantrum anak saya πŸ˜€ (saya kongsikan untuk anak pertama lelaki saya ya, cara anak kedua dan ketiga lain pula aksi tantrum nya):

Baiklah, mudahan apa dikongsi secara ‘ringkas’ dan serba sedikit ini membantu anda untuk memahami fasa tantrum anak ini.

InsyaAllah saya dan Ustaz Firdaus team utara akan menganjurkan seminar parenting di Sungai Petani pada 7 Disember 2019, yang mana ustaz dan saya mahu para peserta dibantu terus untuk isu spesifik dan solusi terbaik. Saya bersetuju kerana pada masa kini kita hanya mahu bantuan yang praktikal dan segera bantu anak pada usia emas ini. Usia emas anak ini tidaklah berulang kembali. Seminarnya separuh hari saja maka anda sempatlah untuk menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya ya.

Ia akan diadakan di Hotel Seri Malaysia, Sg Petani seperti di Poster ini, segera dapatkan ‘seat’ anda ya agar tak terlepas. Whatsapp nombor tertera πŸ˜€

Sambil bercuti atau pulang ke kampung di belah Utara, boleh juga menginap di Hotel ini, InsyaAllah berjumpa nanti.

Klik pada gambar untuk pertanyaan lanjut mengenai seminar ini.

CARE,

Maznah Ibrahim


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *