Sebagai ibubapa adalah amat baik bila kita dapat kuasai pengetahuan mengenai 5 tangki emosi anak sebagai:
🏑 keperluan emosi asas mereka yang perlu kita penuhi
🏑 sebagai panduan apakah isu sebenar anak bila bertingkahlaku misteri/mencabar – iaitu tangki tertentu menyusut
🏑 sebagai peringatan diri kita jika terlalu terlebih satu bahagian maka kurangkan bagi ia jadi ‘special’ manakala dalam masa sama penuhkan bahagian lain yang menyusut.
.
5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI:
1. Tangki perkataan baik
2. Tangki sentuhan selamat
3. Tangki masa istimewa
4. Tangki layanan yang baik
5. Tangki material bersesuaian
PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anak anda.
.
(1) Tangki perkataan yang baik dan mengesahkan
– pujian spesifik
– ayat / perkataan menenangkan, menggalakkan, mempercayai, sokong ideanya, validate emosi mereka walau negatif mahupun positif.
.
(2) Tangki sentuhan selamat
– usapan (bahu dan belakang),
– pelukan (full dada to dada),
– ciuman di dahi/pipi.
.
(3) Tangki masa istimewa
– temankan mereka bermain di playground atau di rumah,
– solat
– makan bersama,
– dengar cerita mereka
– dating one to one dengan anak, dll.
.
(4) Tangki layanan yang baik
– layan macam VVIP,
– senyum kepada mereka,
– pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda.
.
(5) Tangki material bersesuaian
– ikut kemampuan,
– dan sesuatu yang mereka sukai, hargai dan layak terimanya
.
.
Jum sama-sama PENUHI nya untuk diri dan anak kita.
Kalau hari ni terlupa peluk anak (tangki sentuhan selamat), cepat cepat usaha peluk mereka nanti ya.
Terlupa puji mereka, usaha cari satu kebaikan atau apa jua untuk diberikan perkataan baik.
.
OLEH:
Maznah Ibrahim
Update: 14 November 2019
Artikel Berkaitan :
Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak (Part 1)
Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak (Part 2)
Jum kita bersama mengupas dan memahami cara Tangani Anak Tantrum secara spesifik, dalam seminar separuh hari ini pada
Tarikh : 7 Disember 2019
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Sg Petani, Kedah, Malaysia
Pelaburan : RM117.
Berkumpulan dan Earlybird sebelum 27 November: RM97/seorang
Daftar : Whatsapp Penganjur : 019 4705 625