5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI:
- Tangki perkataan baik
- Tangki sentuhan selamat
- Tangki masa istimewa
- Tangki layanan yang baik
- Tangki material bersesuaian
PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anak anda.
* Lima ni adalah dari 5LoveLanguage, ia saya rujuk sebagai Tangki Emosi manusia, ikut ‘preference’ (cenderung). Saya dapati penuh ia, maka gembiralah anak, kurang ia, maka ‘something battle’ dalam jiwa anak-anak. Mudahnya penuhi sahaja kesemua kategori. Kurang mana-mana tangki, ‘top up’ kan ia. InsyaAllah anak anak akan ok banyak.
Saya mulakan dengan Tangki Perkataan Yang Baik.
TANGKI EMOSI: PERKATAAN YANG BAIK
Manusia hidup dengan menangkap makna kepada perkataan.
Sesuatu yang tak hidup, tak ‘relate’ atau ‘connect’ dengan manusia,
Sebab manusia ni bukan sahaja ada jasad (fizikal), malahan emosi, dan aqal fikiran.
Baca dan sebut perkataan ini dengan rasai maknanya sekali + senyum : SAYANG BETUL!
Sudah tercetus emosi tak?
Baca dan sebut perkataan ini dengan rasa perasaan maknanya sekali: MENYUSAHKAN BETUL!
Sudah tercetus emosi sesuatu?
* kalau perasan, fisiologi bibir (herot berot bibir) anda pun berubah dan beza (believe me!) 😀
Ia tercetus lebih lagi bersama emosi dirasai ketika itu, disusuli nada, dan makna semasa mengucapkannya.
Walau tidak ditujukan kepada si anak, jika si adik mendengar anda ‘kritik’ si abang, si adik pun boleh ‘terasa’.
Sebab kuasa makna perkataan anda ucapkan tu, aura nya sampai (dirasai) sekurangnya beberapa kaki dari anda.
Maka, anak dan suami, keluarga kita perlukan perkataan baik yang menggalakkan (encouraging), untuk terus ‘hidup’ sebagai manusia yang sihat, terus tumbuh sihat cemerlang, dan capai potensi terbaik mereka.
Sebaliknya berlaku pabila perkataan negatif sering diungkapkan, ada manusia hingga jiwanya mati, walau jasad ada. Ada dewasa yang ‘numb’ perasaan dia, sukar nak rasa ‘happy’. Mahukah kita anak kita begitu?
Kesan pada otak tetap ada, untuk emosi, sama seperti kesan kesakitan di fizikal (jika anda tak pukul anak tapi mengucapkan perkataan tidak baik pada anak, sebenarnya dalam brain scan, gambaran di otaknya adalah sama).
ELAK / TAHAN UNTUK X BUAT :
- MARAH
- TEMPELAK / HERDIK
- MAKI
- KRITIK
- KONDEM
- SINDIR
- BEBEL
dan seterusnya….
Satu jeritan atau tempelak sahaja boleh mematikan berjuta sel neuron di otak (sumber: Lise Eliot, seorang NeuroSaintis).
***APA YANG ANAK KITA, DAN KITA PERLUKAN IALAH PERKATAAN YANG:
+ PUJIAN SPESIFIK TERHADAP TINGKAHLAKU BETULNYA – “Mama suka tengok Abang kongsi mainan dengan Adik. Nanti Adik hormat Abang dan akan kongsi mainan dengan Abang pula”. (Belajar teknik pujian nabi, boleh google dan baca dari blog sifu Trainer Teknik Nabi: Khairulaniza Khairudin)
+ KATA MENENANGKAN – “Fateh tarik nafas, nanti sakit kat kaki ni kurang. Relek, relek, Mummy sapukan minyak ya”.
+ KATA YANG MENUNJUKKAN SOKONGAN – “Fateh boleh, boleh. Cuba lagi :D”.
+ KATA YANG MENUNJUKKAN ANDA PERCAYA KEPADA POTENSI NYA – “Mummy yakin bila Fateh berlatih lagi dan lagi, Fateh akan boleh bergayut semua batang tu :D”.
***MANAKALA KATA MARAH YANG MENDIDIK:
+ MARAH MENEGUR SECARA BERHEMAH – “Mummy tahu Fateh marah kat Adik, Fateh cuma nak tegur sahaja. Tapi Adik ni sensitif dan lembut sedikit. Adalah lebih baik jika Fateh beritahu dengan nada lebih rendah, barulah mesej Fateh tu masuk atau sampai kat dia. Camana, OK?”
+ KATA YANG BERTUJUAN MENDIDIK – “Bila Fateh lawan atau balas balik kat kawan, nanti kawan balas balik lebih kuat. Tapi bila Fateh berusaha sabar, dan nasihat kawan, nanti kawan belajar sesuatu dari Fateh”.
+ KATA YANG ADA SOLUSI KE DEPAN BUKAN ‘PENDING’ (TERSEKAT DI SITU SAHAJA) – “Kita tak akan beli mainan hari ini”. “Kita akan beli lagi 1 bulan iaitu 30 hari, dan 1 sahaja mainan”.
***Kategori kata ini saya senaraikan sendiri berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kaunseling selama 16 tahun ini
Saya sambung seterusnya untuk Tangki Kedua ya.
MI
(MAZNAH IBRAHIM)
Boleh Dapatkan Di Sini: Ebook Taknak Marah Anak Lagi
Assalam Puan sy dah buat pembayaran ebook tetapi link utk letak alamat emel telah tiada
Puan mohon maklumkan bagaimana cara utk sy dapatkan link untuk ebook Tak nak marah anak sbb telah buat pembayaran tetapi link tersebut tiada
maaf atas situasi ini ye puan, admin sudah berhubung melalui whatsapp ye. Beliau akan bantu puan sampai berjaya dapatkan ebook ye 👍😊
Assalamualaykum mcm mana nk beli buku ebook tu? Ada no whtsapp tak?
waalaikumsalam puan Sarimah, boleh terus ke website ini ye https://taknakmarahanak.com?utm_source=tangki-emosi-blog atau hubungi admin untuk bantuan lanjut https://wa.me/60133944530