Rahsia Jadikan Anak Yakin Diri dan Tak Mudah Putus Asa

11   11SharesRamai bertanya kepada saya mengenai anak mereka yang sudah mula masuk ke alam prasekolah (4-6 tahun) serta darjah 1 tidak berapa berani, tak berapa yakin untuk bercakap, bergaul dan sukar nak meminta pertolongan. Asasnya kita rujuk kembali kepada waktu seorang anak manusia yang mahu mencuba melakukan pelbagai perkara, sejak bayi. Jatuh bangunnya pun dia bangun sendiri, menampal flash card tak melekat di dinding pun dia cuba berpuluh kali, menumbuk alu lesung pun berani redah buat tak takut apa pun. Cuma, waktu ‘peak’ mereka untuk bentuk jati diri sikap yakin, berusaha sendiri (mandiri) dan berani itu ialah sewaktu usia mereka 3-6 tahun. PERINGKAT ANAK USIA 3-6, MEREKA SANGAT BERUSAHA DAN BERINISIATIF Mereka nak sesuatu, mereka usaha sendiri dapatkan (tarik kerusi dan panjat, berusaha dapatkan sendiri) Mereka ada idea sesuatu, mereka usaha nak laksanakan sendiri (macam-macam la pula eksperimen dia, habis dipunggahnya, habis basah semua, habis tumpah semua…) (anak ke-3 saya Yumna sedang usia 1.8 tahun dan sangat macam usia 3 tahun berusaha buat sendiri semuanya).  KESAN BILA KITA TAK FAHAM KEPERLUAN PERKEMBANGAN MEREKA: Kita kerap marah, Halang, Kita buatkan. BILA KITA LAKUKAN DI ATAS NI: Mereka mudah rasa RENDAH DIRI, KURANG YAKIN DIRI dan RASA SALAH Besarnya nanti kategori KURANG BERINISIATIF dan KURANG PROAKTIF. (Geram rasa jika dapat pasangan macam ni, kan?) JADI, CARANYA: Tahan marah/halang, TAHAN DIRI, JADILAH SABAR Beritahu atau Tunjukkan caranya sahaja. “Begini cara tarik kerusi”.“Begini cara kacau cekodok” “Begini cara pecahkan telor”.“Begini cara cedokkan beras dan tuang agar tak tumpah” “Begini caranya basuh cawan”“Begini caranya masukkan baju di hanger”. “Begini caranya terbalikkan ikan goreng di kuali”“Begini caranya picit ubat gigi”“Begini caranya picit sabun cecair mandi” Fahamilah mereka sebenarnya TIADA PENGALAMAN YANG CUKUP dan TIDAK ‘EXPERT’ macam anda yang dah 30 tahun hidup tu 😛 InsyaAllah, KESAN BESAR NANTI: Anda mudah hidup dengan anak remaja dan anak dewasa […]

Ramai bertanya kepada saya mengenai anak mereka yang sudah mula masuk ke alam prasekolah (4-6 tahun) serta darjah 1 tidak berapa berani, tak berapa yakin untuk bercakap, bergaul dan sukar nak meminta pertolongan.

Asasnya kita rujuk kembali kepada waktu seorang anak manusia yang mahu mencuba melakukan pelbagai perkara, sejak bayi.

Jatuh bangunnya pun dia bangun sendiri, menampal flash card tak melekat di dinding pun dia cuba berpuluh kali, menumbuk alu lesung pun berani redah buat tak takut apa pun.

Cuma, waktu ‘peak’ mereka untuk bentuk jati diri sikap yakin, berusaha sendiri (mandiri) dan berani itu ialah sewaktu usia mereka 3-6 tahun.

PERINGKAT ANAK USIA 3-6, MEREKA SANGAT BERUSAHA DAN BERINISIATIF

  • Mereka nak sesuatu, mereka usaha sendiri dapatkan (tarik kerusi dan panjat, berusaha dapatkan sendiri)
  • Mereka ada idea sesuatu, mereka usaha nak laksanakan sendiri (macam-macam la pula eksperimen dia, habis dipunggahnya, habis basah semua, habis tumpah semua…) (anak ke-3 saya Yumna sedang usia 1.8 tahun dan sangat macam usia 3 tahun berusaha buat sendiri semuanya). 

KESAN BILA KITA TAK FAHAM KEPERLUAN PERKEMBANGAN MEREKA:

  • Kita kerap marah,
  • Halang,
  • Kita buatkan.

BILA KITA LAKUKAN DI ATAS NI:

  • Mereka mudah rasa RENDAH DIRI, KURANG YAKIN DIRI dan RASA SALAH
  • Besarnya nanti kategori KURANG BERINISIATIF dan KURANG PROAKTIF.

(Geram rasa jika dapat pasangan macam ni, kan?)

JADI, CARANYA:

  1. Tahan marah/halang, TAHAN DIRI, JADILAH SABAR
  2. Beritahu atau Tunjukkan caranya sahaja.

“Begini cara tarik kerusi”.
“Begini cara kacau cekodok”

“Begini cara pecahkan telor”.
“Begini cara cedokkan beras dan tuang agar tak tumpah”

“Begini caranya basuh cawan”
“Begini caranya masukkan baju di hanger”.

“Begini caranya terbalikkan ikan goreng di kuali”
“Begini caranya picit ubat gigi”
“Begini caranya picit sabun cecair mandi”

Fahamilah mereka sebenarnya TIADA PENGALAMAN YANG CUKUP dan TIDAK ‘EXPERT’ macam anda yang dah 30 tahun hidup tu 😛

InsyaAllah, KESAN BESAR NANTI:

  • Anda mudah hidup dengan anak remaja dan anak dewasa yang sentiasa YAKIN DIRI, TAK PUTUS ASA, nak cuba buat atau dapatkan sesuatu yang dia mahu dan perlu.
  • BerINISIATIF dan PROAKTIF.
  • BUAT SENDIRI (contoh masak sendiri, basuh baju sendiri, pokoknya BERDIKARI la).

Kita usaha ya.
Boleh, boleh?

*Saya pun ada dua anak peringkat usia ni.. 🙂

OLEH: MI
(MAZNAH IBRAHIM)

Sumber tulisan saya ini adalah dari Nota Perkembangan Sosio Emosi anak usia 3-6 Tahun (Initiative vs. Guilt):

  • Ianya dari Erik Erikson untuk Perkembangan Sosioemosi.
  • Dikatakan menyokong keperluan perkembangan anak ikut peringkat usia ini, anak akan berinisiatif manakala tidak dipenuhi keperluan perkembangan ini (emosi, sosial, dan kognitif pemikiran sekali), anak mudah rasa ‘bersalah’.
  • Perhatikan sahaja ramai orang dewasa yang mudah rasa ragu-ragu (tidak dipenuhi keperluan perkembangan usia 2-3 nya: Autonomy vs Doubt) dan mudah rasa bersalah (tidak dipenuhi keperluan perkembangan usia 3-6 tahun nya: Initiative vs. Guilt).
  • Maka kita mahu anak anak kita lebih hebat dan terbaik dari diri kita. Mengetahui ini membuatkan kita lebih sabar dan bertahan, fahami dan raikan.

https://taknakmarahanak.com

*Share kan pengalaman anak anda yang berinisiatif dan proaktif tu di komen bawah 😉


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *