AJARI ANAK: TAK SEMUA RAHSIA WAJIB SIMPAN, ADA RAHSIA WAJIB BERITAHU


[TAK SEMUA RAHSIA WAJIB SIMPAN, ADA RAHSIA WAJIB BERITAHU]

Baru-baru ni saya ‘voice message’ kepada rakan lama saya mengenai JENIS RAHSIA ini, untuk anak remajanya yang sedang alami pengalaman pertuduhan dan buli oleh senior.

RAHSIA ada dua jenis. Semua orang ingat yang RAHSIA ni kena SIMPAN. Kan?

Ingat, ajari anak sejak kecil-kecil lagi (bawah 6 tahun golden age) yang RAHSIA ni ada dua jenis.

Rahsia JENIS 1 – RAHSIA SELAMAT:

Adalah RAHSIA yang BOLEH DISIMPAN.

Memang boleh simpan.

Rahsia JENIS 2 – RAHSIA TIDAK SELAMAT:

Adalah RAHSIA yang TIDAK BOLEH DISIMPAN => means KENA BERITAHU.

Wajib bagitahu, kepada orang yang anak percaya, di setting dia, kalau rumah, kepada siapa? Kalau di sekolah kepada siapa, dalam hidupnya perlu ada sekurang-kurangnya 5 orang / individu yang dia percayai untuk dia beritahu.

(Jangan terkejut jika anak sekolah rendah kita sudah mula tidak memasukkan ibu dan ayah dalam 5 senarai support system=orang yang dia percayai untuk beritahu bila ada rahsia tak selamat ya. Ini berlaku kerana reaksi kita sewaktu anak memberitahu perkara yang kita tak suka tahu/ dengari, dan anak telah membaca ‘pattern’ kepada reaksi kita itu).

Beza RAHSIA JENIS 1 dan 2 adalah, EMOSI sewaktu menyimpannya.

Rahsia Jenis 1, bila SIMPAN, anak rasa ‘SELAMAT’, happy, excited (teruja)/ bangga sekalipun sebab terlibat dalam tim simpan rahsia ini 🤭😁.

Rahsia Jenis 2, bila SIMPAN, anak rasa ‘TAK CUKUP SELAMAT’. rasa gundah gulana, rasa risau, rasa takut, rasa cuak, rasa keliru……

Berikan contoh kepada anak untuk dia agak-agak rasa itu bagaimana.

Rahsia Jenis 1, mak minta anak-anak rahsiakan untuk suprise birthday party ayah.

Semua anak kena simpan tau rahsia ni, nanti ayah balik je kita buat-buat gelap bilik, kita tiba-tiba muncul dengan lampu lilin di kek. Kita nyanyi reramai…. YEAY< kita rasa excited kan simpan rahsia ini???

Rahsia Jenis 2, kakak kata jangan bagitahu mak, yang kita dua dah pecahkan pasu bunga kesayangan mak… Ini boleh leading kepada bercakap tidak benar pula.

Mak tanya, siapa pecahkan pasu bunga kesayangan mak ni? Anak jawab, “Kucing”, aduh… Apa anak RASA bila simpan RAHSIA TAK SELAMAT ni? Anak rasa takut, anak rasa bersalah, anak rasa cuak-cuak, anak rasa tak sedap hatiiiiiii…. meleret ke kesalahan lain pula – bercakap tidak benar.

Fitrah Anak Kecil Suka Memberitahu

Untuk anak-anak bawah 6 tahun, mereka suka beritahu apa saja kepada ibu ayah.

Masa inilah dah dipesan dan diajar mengenai jenis rahsia ini, ok.

Ada aja anak bawah usia 6 tahun sudah pendam-pendam… Sebab, mereka sudah tahu, atau sudah boleh baca, reaksi ibu ayah, iaitu akan dimarahi.

Baik diam, kata dia dalam hati, dari dimarah dihukum teruk, maka aku diam dan mungkin akan bercakap tak benar pula?

Ataupun ada kes dia diancam/diugut, jangan beritahu mak ayah atau sesiapa, jika tak… akan berlaku sesuatu yang lebih buruk. Sama ada kes buli, mahupun penderaan.

Bagaimana Beritahu Anak?

Beritahu anak sewaktu usia kecil ini, Mama mungkin marah bila adik bercakap benar (pecahkan pasu bunga kesayangan mama tu).

Tapi marah Mama sekejap aja, ia sebab mama sangat sayangkan pasu bunga tu dan mama rasa KECEWA, SEDIH… sebab tu marah.

Tapi, Mama akan lebih besar marah Mama dan laaaama marahnya bila dapat tahu bukan saja adik lah yang sebenarnya pecahkan pasu bunga Mama, malahan adik juga telah bercakap tidak benar 😱😱😱.

Mama juga AMAT HARGAI adik cakap benar, walau benda yang adik nak cakap tu adalah perkara yang adik buat salah (macam pukul balas balik kawan, kena hukum cikgu di sekolah dll), sebab BERCAKAP BENAR itu adalah lebih utama dari KESALAHAN ADIK, sebab juga SEMUA ORANG LAKUKAN KESALAHAN dan kita BELAJAR dari kesilapan itu…

Tugas Mama adalah guide atau bimbing adik untuk buat tindakan betul dan lebih baik dari masa ke semasa di sepanjang adik membesar, dan itu TANGGUNGJAWAB Mama dan Ayah.

Anak-Anak Kita Ada Hak untuk Rasa Selamat dan Dilindungi

Jika buli dan penderaan pula, tanggungjawab negara untuk melindungi adik, kita ada Akta Kanak-kanak 2016, kita juga ada Polisi Perlindungan Kanak-kanak Negara, dan kita juga ada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Sedunia (CRC) yang diterima pakai oleh negara kita. Betapa besarnya dan pentingnya adik untuk selamat, dan dilindungi, jangan simpan perkara yang tak selamat, bukan tugas adik untuk pendam dan takut seorang diri, ok.

Anak-anak saya? Alhamdulillah telah dilatih ini semua sejak awal usia, dan mereka sentiasa melaporkan perkara yang berlaku sama ada perkara baik atau tidak baik yang mereka lakukan.

Nampak aja macam diam, macam pendam, pandailah mak dia mendekati dan tanyakan soalan cepumas (menerokai isi hati anakanda). Dengan kaedah /pendekatan yang betul, setting masa dan tempat yang betul, insyaAllah, anak-anak akan bercerita kepada kita.

Boleh, boleh?

Moga semua sahabat saya memperoleh sesuatu dari penulisan ini ya.

Live Sharing Percuma Q&A berkenaan ‘sexualised behavior’ anak:

Siri 1:

https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/539015037346196

Siri 2:

https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/327642195762644

Semoga bermanfaat,

Kita care kepada anak-anak kita dan anak-anak kawan kita semua sebab anak-anak kawan kita adalah dunia persekitaran anak-anak kita juga.

It takes the whole village to raise a child. Let’s break the cycle,

We learn and we do better...

Maznah Ibrahim.

Telegram reminder kita bersama: T.mazn.me/chan


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *