Anak bertanya bermaksud dia sudah sedia untuk tahu. . Bila beritahu, tengok tahap kefahaman dan penerimaan dia, dia tak tanya dah, ok, stop. . Dia tanya lagi, terangkan ‘advance’ sedikit dari usia dia katakan usia 10 cerita macam dia 13 tahun, kemudian dia akan stop tanya sebab dia nak digest (belum faham sepenuhnya). . Tapi apa berlaku ialah, . Anak ini akan rakam dan ingat info anda beri, kerana anda menjawab semasa dia bertanya. . Tetapi apa jadi jika anda tidak menjawab/ mengelak kerana malu / atau jawab dengan info kurang tepat/salah? . Info jawapan atau reaksi pertama anda inilah yang jadi penentu dan penanda aras dia akan kembali bertanya kepada anda atau tidak. . Jika anda malu, marah dan mengelak, dia takkan tanya anda dah, sebab dia dah ada pengalaman ibubapa dia react macam tu, . So dia akan dapatkan jawapan daripada ? kawan-kawan, search di internet sendiri etc. yang mana ia berlaku bukan di depan mata kita dan kita tak boleh baiki/betulkan kefahaman dia yang masih mentah atau digest ikut kefahaman level usia kecil dia tu. Ia mungkin tak benar seperti sebenarnya. . Jadi, . 1) jawab sahaja apa anda tahu, jika tak tahu katakan mama kurang tahu dan mama akan cari jawapan dan kita discuss semula perkara ini, ok sayang, . 2) jujur sebegini lebih baik dari kabur atau shut off peluang info benar masuk, . 3) siapkan diri, dapatkan jawapan dan ilmu dari pakar yang tahu, bincang dengan rakan yang pernah alami situasi sama dengan anda. . Refleksi, Maznah Ibrahim. ===================================================== Salam puan maznah, saya nak tanya. Sejak dua menjak, berita sering memaparkan berita tentang cabul, liwat dan rogol. Semalam anak saya yang sulong bertanya kepada saya. “Ibu, liwat tu ape?” seriously, saya tidak tahu macamana nak jelaskan kepada anak saya. Boleh puan ajarkan saya cara […]