Fahami Pedofilia untuk Lindungi Anak dan Mainkan Peranan Kita

25   25SharesOh ya pasal pedofilia, saya kena sebut juga untuk betulkan persepsi umum: Yang mereka tak puas dengan orang dewasa maka dia buat dengan kanak-kanak. Dan kerana kita tak fahami aspek inilah maka si pemangsa (pelaku) selalu beri alasan bila ditangkap atas kesalahan melakukan tingkahlaku seksual kepada anak/anak angkat/anak sedara dll yang orang awam terima alasan bodoh itu. Mereka akan berkata atau beri alasan: Oh, isteri saya tengah berpantang di kampung, Oh isteri saya kursus 3 bulan di luar negeri, Oh isteri saya sakit tak boleh layan saya, sebab tu saya buat dengan kanak-kanak ni. Sebenarnya TIDAK. Jika tak puas, mereka ada option buat dengan ‘orang luar’ macam pelacur or isteri kedua or orang ketiga dll. Sebagai orang dewasa yang sihat mental, mereka akan pilih orang dewasa juga untuk penuhi keperluan seksual mereka, bukan kanak-kanak! Kerana tiada satu pun agama dan undang-undang di dunia ini yang mengizinkan atau membenarkan orang dewasa melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak. Sebab seks boleh dikawal. Ini dinamakan ‘internal inhibitors’, salah satu dalam 4 peringkat precondition sebelum dia menjadi pedofilia yang sebenar. Contoh. Si remaja lelaki dan perempuan sedang melakukan hubungan seks di dalam bilik di rumah si perempuan. Tiba-tiba bapa si perempuan ketuk bilik anaknya. Anda rasa mereka akan terus stop (dan terkejut) ?, atau meneruskan buat aktiviti itu dengan berkata selamba kepada ayah si perempuan, “Sorry uncle, kami sedang busy ni”. Jawapannya YA, mereka akan stop. Contoh kedua. Si lelaki ini (kuat seks) nampak perempuan seksi tak berpakaian di pantai, atau berbikini di kolam mandi awam. Adakah si lelaki kuat seks ni akan terus terkam si perempuan itu? Jawapannya TIDAK. Kerana naluri seks boleh dikawal oleh orang normal. Itulah yang dinamakan sebagai internal inhibitors, halangan dalaman. Ingat tu. Sebagai manusia dewasa yang rasional, berfikiran waras, naluri fitrah baik, dan tahu peraturan agama/undang-undang, itu semua akan […]

Oh ya pasal pedofilia, saya kena sebut juga untuk betulkan persepsi umum:

Yang mereka tak puas dengan orang dewasa maka dia buat dengan kanak-kanak.

Dan kerana kita tak fahami aspek inilah maka si pemangsa (pelaku) selalu beri alasan bila ditangkap atas kesalahan melakukan tingkahlaku seksual kepada anak/anak angkat/anak sedara dll yang orang awam terima alasan bodoh itu.

Mereka akan berkata atau beri alasan:
Oh, isteri saya tengah berpantang di kampung,
Oh isteri saya kursus 3 bulan di luar negeri,
Oh isteri saya sakit tak boleh layan saya, sebab tu saya buat dengan kanak-kanak ni.

Sebenarnya TIDAK.

Jika tak puas, mereka ada option buat dengan ‘orang luar’ macam pelacur or isteri kedua or orang ketiga dll. Sebagai orang dewasa yang sihat mental, mereka akan pilih orang dewasa juga untuk penuhi keperluan seksual mereka, bukan kanak-kanak!

Kerana tiada satu pun agama dan undang-undang di dunia ini yang mengizinkan atau membenarkan orang dewasa melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Sebab seks boleh dikawal. Ini dinamakan ‘internal inhibitors’, salah satu dalam 4 peringkat precondition sebelum dia menjadi pedofilia yang sebenar.

Contoh. Si remaja lelaki dan perempuan sedang melakukan hubungan seks di dalam bilik di rumah si perempuan. Tiba-tiba bapa si perempuan ketuk bilik anaknya.

Anda rasa mereka akan terus stop (dan terkejut) ?, atau meneruskan buat aktiviti itu dengan berkata selamba kepada ayah si perempuan, “Sorry uncle, kami sedang busy ni”.

Jawapannya YA, mereka akan stop.

Contoh kedua. Si lelaki ini (kuat seks) nampak perempuan seksi tak berpakaian di pantai, atau berbikini di kolam mandi awam. Adakah si lelaki kuat seks ni akan terus terkam si perempuan itu?

Jawapannya TIDAK. Kerana naluri seks boleh dikawal oleh orang normal. Itulah yang dinamakan sebagai internal inhibitors, halangan dalaman. Ingat tu.

Sebagai manusia dewasa yang rasional, berfikiran waras, naluri fitrah baik, dan tahu peraturan agama/undang-undang, itu semua akan membataskan dia. Dia akan berfikir dan dia tidak akan lakukannya.

Bermula dengan dalam pemikiran dia. Manusia normal memang tak akan lepas pun precondition pertama. Si pedofilia ni lepas. Sebab, ada sesuatu dalam dirinya sendiri yang tak normal. Dan ia adalah di bawah Mental Illness. Sakit. Sakit jiwa dan mentalnya.

Ada kalangan pedofilia ni melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak hanya semata kerana emosi ‘marah’ yang tak lepas, dan ia tiada kait langsung dengan isu rasa kepuasan seksual.

Mengapa kanak-kanak? Kerana kanak-kanak adalah vulnerable. Umur, saiz badan, info/ilmu pada mereka cetek, mereka genuine. Senang dimanipulasi dan didapatkan sesuatu dari mereka. Mereka tak diajar skill asertif.

Contoh, orang dewasa menyebut perkataan ‘p…n…t..t’ semasa marah. Adakah dia rasa perasaan seksual di situ semasa menyebutnya?

Perkataan itu adalah merujuk kepada bahagian alat sulit wanita.

Tidak, kan. Ini kerana emosi marah yang difokuskan semasa melakukan makian itu, bukan makna perkataan itu yang difikir dan dirasainya. Ia tiada kaitan langsung. Ia semata kerana emosi. Emosi tidak sihat yang disalurkan dengan melakukan aktiviti tidak sihat, dan tidak normal. Sama dengan si pedofilia ni.

Kadangkala mereka rasa puas apabila menyakitkan kanak-kanak secara seksual, iaitu puas emosi marah, dendam, sakit hati dsb. Bukan puas seksual semata, dengan erti kata seksual pada orang normal macam kita.

Mereka ni jika ditanya kenapa buat seks dengan kanak-kanak, dia akan menjawab, kamu tahu ke betapa seronoknya buat dengan kanak-kanak? Kamu pernah buat dengan kanak-kanak? Its nice you know. (memang gila kan).

Dalam diri yang bertanya pun tidak mungkin akan buat walau dicabar kerana ada internal inhibitors (halangan dalaman). Halangan dalaman adalah yang bersifat moral dan baik.

Dan bukan salah jantina perempuan atau kanak-kanak yang seksi kiut miut ya. Bayi 3 bulan, adakah seksi? Nenek terlantar di katil, adakah seksi? Bertudung purdah, adakah seksi? Isunya mereka ni memang ada masalah mental.

Konklusinya ia memang di bawah mental illness, sexual disorder.

Dalam minda dia memang dah herot.

Peranan atau Sumbangan Kita?

Dan dalam 4 precondition (prasayaarat) tu, syarat ke 3 dan 4 ada kaitan dengan kita semua, komuniti di sekeliling kanak-kanak tu. Jadinya tanpa sedar langsung kita sendiri yang mengizinkan ia berlaku.

Contoh prasyarat ke3 ialah ‘overcome external inhibitors’.

Kita tidak mendengar suara kanak-kanak. Kita tidak sensitif apabila si anak kecil beritahu dia tidak suka uncle/atuk/abang/ustaz/cikgu itu. Yang mana mereka ini adalah orang dewasa yang kita percayai. Dan kita tak terfikir mereka berkemungkinan buat sesuatu yang tidak sihat kepada anak kita. Kita abaikan. Kita katakan, ah tak ada apalah, itu kan atuk adik, duduk aja atas riba dia macam dia suruh, lama tak jumpa dia. Dia rindu adik tu…

Maka saya ada berkata dalam training saya, listen dan hormat apa yang anak rasa. Jika ada kanak-kanak tidak mahu bersalam dengan saya, saya tidak pernah terasa kecil hati, saya akan berkata tidak apa, belum kenal.

Namun kanak-kanak bijak. Mereka kenal dan sangat sensitif dengan orang dewasa yang positif dan sebaliknya. Anakanda saya Fateh sangat sensitif dan suka kepada certain orang sahaja. Dahsyat bunyinya sebab selective. Namun apabila ditanya, dia ada jawapannya yang jujur. Contoh baru ni, dia beritahu pengasuh dengan terbuka, Fateh tak suka orang tu. Muka dia macam jahat aja.. (Fuh, maka datangla pendidikan saya kepada dia, Fateh, tak semestinya orang yang Fateh rasa muka jahat tu jahat dan tak semestinya orang yang Fateh nampak muka baik tu baik sebenar. Kita tak tahu selagi tak berkawan lagi, ok). Ambil masa untuk skill ini anak pelajari. Sebab ikuntukan pedofilia ni, kita tak boleh ajar anak, untuk identify dengan penampilan luaran. Sebab mereka ni memang ada skill disukai oleh kanak-kanak: Grooming process peringkat ke-2.

Sebabnya dalam ‘norma masayaarakat’ biasa kita, “patuh kepada orang tua” adalah satu daripada yang biasa dan utama.

Selain itu, “kanak-kanak untuk dilihat, bukan didengari” (children to be seen not to be heard”, asal nampak anak-anak ada, oklah tu. Tak perlu nak dengar pun suara hati dia.

Dan si pelaku ini tahu tentang ini dan menggunakannya dengan sangat baik.

Dia akan dapatkan kepercayaan orang dewasa / penjaga kanak-kanak itu, dengan akses kepada kanak-kanak pula sangat mudah (prasayaarat ke-4, overcome the children), sebab hubungan dan kedudukan yang mereka pegang. Mereka guru yang baik, beri perhatian pada anak kita yang lemah. Mereka suami guru tadika anak kita, berjawatan doktor. Mereka ustaz yang ajar anak kita mengaji. Mereka coach sukan yang suksess. Mereka tuan punya rumah anak-anak yatim, sangat mulia karektornya. Kanak-kanak kena patuh kepada orang tua, dan kanak-kanak bersuara pun tiada siapa yang percaya.

Semasa melakukannya, kanak-kanak yang dah “dilatih” – “mesti patuh pada orang tua” akan patuh kerana subconcious mereka dah diregister perkara ini. Ditambah lagi si pelaku ini akan mengugut dan berkata begitu.

Maka berkatalah kepada anak, dengar cakap mummy dan ayah, selagi mummy dan ayah tak memudaratkan Fateh, selagi mummy ayah ikuti perintah Allah dan Rasul, ikut cakap Mummy. Mummy nak beri yang terbaik untuk kamu. Itu yang selalu saya katakan kepada anak saya walau baru 3 tahun genap masa tu (yelah umur dah makin membesar, makin mencabar testing boundary kan).

Banyak sebenarnya nak dikupas, jika dalam training sehari kami dahulu di PS The Children, semua peserta akan buka mata besar, dan reflek diri. Sebabnya, kitalah yang berupaya buat sesuatu untuk lindungi anak kecil, namun kita lah juga yang mengizinkan ia berlaku. So sad.

Untuk makluman, 50% mangsa adalah terdiri dari lelaki, ya. Jangan ingat anak perempuan sahaja kita kena jaga dan ajar. Zaman canggih sekarang semua pun jadi mungkin.

Mari bersama fahami perkara menakuntukan ini demi melindungi anak-anak kita. Dengan ilmu dan kefahaman yang nyata, banyak yang boleh anda lakukan. Ada peranan anda di situ. Semua kita.

Listen to our children

Dengan mendengar, banyak yang kita boleh selamatkan dari awal anak-anak ini. Latih diri kita menjadi pendengar yang empati dan respons dengan responsitif (respon dengan positif).

Sebabnya, kebanyakan pada peringkat awal kejadian, anak-anak ada cubaan beritahu orang dewasa, namun di kebanyakan kes, mereka tidak direspons dengan terbuka dan positif, maka ‘telling skill’ jadi lenyap.

Sebab tu dalam rules no 3 peraturan sentuhan, ada diajar kanak-kanak: Teruskan beritahu sehingga kamu mendapat bantuan (keep on telling until you get helped). Orang pertama tak dengar kamu, bagitahu orang kedua, orang kedua sibuk, beritahu orang ketiga, teruskan sampai dapat bantuan dan orang percaya dan bantu kamu.

Kajian pakar psikiatris barat yang pernah datang Malaysia dan train kami, percentage besar kanak-kanak mangsa penderaan seksual ada beritahu seseorang semasa usia prasekolah (kejadian juga 90% umur prasekolah), namun mereka tidak didengari.

Umur peringkat sekolah rendah, mereka senyap dan peringkat pendaman sahaja (latency stage). Masuk sekolah menengah, macam-macam masalah tingkahlaku (conduct disorder), ada yang buat seks dengan semua orang tak kira lelaki or perempuan, ada yang masalah ponteng, dadah, pukul, cubaan bunuh diri dan macam-macam lagi. Kalau jumpa remaja yang cut themselves (cubaan kerat urat nadi), saya akan bertanya soalan cepumas, ada apa-apa pengalaman terburuk adik masa usia kecil? Kebanyakannya menjawab ada, dan jawapannya berkaitan penderaan seksual oleh orang yang rapat. Dan mereka ini membesar dalam keadaan estim diri dan harga diri rendah. Namun ada juga yang coped very well dan excel dalam pelajaran namun ada emosi negatif yang mudah triggered, marah.

Bahagian Sulit Badan dan Peraturan Sentuhan
(Private Body Parts and Touching Rules)

Payudara

Boys – Zakar / penis
Girl – faraj / vagina

Bahagian belakang
Punggung / buttock

Add 1 more part.
Mouth.

5 bahagian sulit badan ialah:
Payudara, Zakar, Faraj, Punggung dan Mulut.

Ajari nama sebenar yang baik sebab ia ada makna. Jika diganti dengan nama lain, makna lain itu yang menjadi antara lambat respons kita.

Contoh kami selalu dapat nama lain yang kanak-kanak beritahu, iaitu seperti bunga, karipap, burung, nasi lemak, sotong dll. Memang pelik dan lain makna dari bahagian sulit.

Kenapa nama perlu sebenar? Sebab ia nama yang benar dan baik. Sama nama adik, Amin, makna terpuji, kenapa nak panggil bobot, si bulat, si hitam dll. Kan enak kita panggil nama sebenar dia? (Ni bila nak introduce nama sebenar bila anak dah diberitahu nama lain).

Contoh kes ibu sedang sibuk memasak, anak cuba beritahu: Mak, ada orang sentuh bunga adik. Mak yang sedang sibuk akan tidak alert, malah berkata, tak apa lah adik, bunga kan banyak. Bior ler…
Or, mak ada orang sentuh burung abang. Isk, burung aja bang, tak apa lah, atau, Eh mana ada burung nya bang oi. Merapu aja kamu ni.

Kanak-kanak nye nature, bila dah sekali beritahu dan respons tertutup/negatif, sukar nak beritahu lagi. Pengalaman pertama ni sangat penting sebab register kat mind dia cara gaya respons orang dia percaya tentang hal pentng ini.

Bahagian sulit, beritahu anak, adik istimewa dan penting. Bahagian sulit ni istimewa dan penting, kita kena jaga baik-baik. Allah beri kita badan untuk kita pelihara dan jaga elok. Sebab tu kita tutup.

Kalau budak tak rasa penting dan harga diri tinggi, memang sukar mereka nak usaha protect badan mereka. Self esteem perlu diterapkan awak, pujian dsb untuk anak rasa penting dan mereka bertanggungjawab pelihara badan mereka termasuk bahagian sulit badan.

Payudara, zakar, faraj dan punggung ditutupi bila kanak-kanak mandi kolam (swimming suit or swimming trunk). Mulut tak ditutupi, jadi bagaimana?

Mulut actually sebab oral sex (sangat banyak kes kanak-kanak perempuan dan lelaki kena oral sex).

Tapi for children kita tak sebut oral sex (macam bahagian badan lain kan ditutupi masa mandi kolam awam). Kita just kata sebab mulut kita jaga elok macam bahagian badan lain, dan masukkan yang elok-elok je ye.

-Makanan
-Minuman sihat
-Ubatan jika sakit.

Beri senario untuk lebih mudah faham:

Jika kawan nak masukkan pen ke mulut adik, boleh tak? Tak, anak jwb
Jika adik sihat tak batuk tapi pengasuh nak bagi ubat batuk, boleh ke.
Tak. Anak jawab.

Sama sentuhan bahagian sulit untuk tujuan
Kesihatan
Kebersihan

Touching Rules:
No 1:
Tiada siapa boleh sentuh bahagian sulit badan saya kecuali untuk tujuan kebersihan dan kesihatan,
Dan tiada siapa boleh suruh saya sentuh bahagian sulit badan mereka (ada banyak kes sex offender suruh kanak-kanak sentuh alat sulit mereka).

No 2:
Jika berlaku sentuhan tak selamat (maksudnya sentuhan di bahagian sulit badan, atau juga sentuhan tak selamat lain macam kena piat telinga, kena pukul, tumbuk, cubit dll), saya boleh katakan TIDAK, LARI dari situ dan BERITAHU.

No 3:
Beritahu orang yang saya percaya dan teruskan beritahu sehingga saya mendapat bantuan. (Dalam hal ni ajar anak untuk identify siap-siap 5 orang yang mereka percaya dan boleh bantu mereka. Budak sekolah rendah dan menengah biasanya mula memasukkan kawan2 mereka, pastikan ada orang dewasa dalam 5 support sayastem itu. Budak prasekolah biasanya kelima2 support sayastem memang orang dewasa macam ibubapa, guru, jiran dll)

Jika adik pandai bersih sendiri, atuk sentuh zakar adik untuk cuci boleh ke.
Tak boleh.

Jika adik bersih zakar tak bersih sangat, mak tolong cucikan bagi bersihh lagi, boleh?
Boleh.
(actually ingat ya, anak dah 5-6 thn jika confirm dah pandai bersih mndi sendiri parents ibu bapa tak boleh sentuh pun. Tiada sebab kecuali sebab kbsihan ksihatan. Sebab ramai prasekolah kata ibu ayah boleh sentuh.. Sebenarnyanya takboleh. Dan banyak kes ibu ayah sendiri adalah sex offender)

Kalau adik sakit luka kat betis, doktor suruh buka seluar dan cek punggung, boleh?
Tak boleh.
Sebab? Sebab adik sakit kat kaki bukan punggung.
Betol.

Pastikan ada bersama doktor ialah mak atau juga nurse. Bukan berdua ya.
Ada kes, doktor yang sex offender nya.

Bagi senario macam tu untuk jelas pasal maksud kebersihan dan kesihatan.

Adik demam campak tak larat mandi, adik dah 10 thn, mak tolong bersihkan badan adik termasuk bahagian sulit, boleh? Boleh.

Ok ye contoh tu semua logik budak kcik 5-6 pun boleh jawab betul biasanya.

Kecuali soalan umum, mereka akan kata mak ayah boleh sentuh.

Tu yang touching rules jadi blur sebab takda boundary. Batasan, Siapa boleh sentuh. Sebenarnya untuk budak dah boleh bersih sendiri tak perlu sesiapa pun untuk sentuh.
Kecuali diri sendiri (then issue masturbation lain ceritanya pula ya).

Bila Mula Nak Ajar Anak Nama Bahagian Sulit Betul?


Part bila nak mula ajar, seawal bbila puan dah ajar nama bahagian badan. Macam khairunnisa ni saya ajar selamba dah, skali bahagian badan lain macam mata mulut dll.

Fateh dulu mgkin setahun kot. Terlupa. Masa dia dah boleh ikut saya cakap, setahun lebih tu masukkan skali nama zakar punggung dia tu.

Sebab nabi Adam pertama kali diajarkan Allah sebaik sahaja diciptakan ialah diajarkan nama nama benda di muka bumi.

Sama macam anak. Bawah 6 months kalau da start aja nama benda, warna, nama dia sendiri, panggilan mama baba, terus skalikan aja. Jadi takda isu ‘bila’ secara frmal sangat. Saya nmpak ia sangat awal boleh dimulakan.

Dahulu masa tak kawen lagi, peserta bertanya seawal bila, saya ada jawab bila anak dah mula bercakap kuarkan perkataan, let say setahun, setahun lah. Bukan tunggu usia 5-6 dah sekolah.

Bila dah tahu nama sebenarnya, senang dia nak rujuk nama itu bila dia ada persoalan berkenaan bahagian badan itu.

Macam fateh, ada sekali tu masa saya cuti pantang, dia bangun siang tidur dan bertanya, ayah, zakar fateh dah panjang.

Ayah gelak. Saya dengar dari jauh. Saya kata kat ayah, cuma tanya dia, dia nak kencing ke. Rupanya btol.

So kita jawab, a.ah, fateh rasa zakar fateh macam dah panjang, sebab fateh nak kencing. Sebenarnya bukan panjang betul-betul tetiba panjang.

Thats a gud sign. Dia aware perbezaan or perubahan di bahagian badan, then kita respon terbuka (tak nafikan, tapi benarkan, beserta penerangan: akan rasa macam me panjang bila nak kencing, tu aja, ke hadapan jika dia perasan mmanjang masa bngun tdo, baru educate balik part tu, ke hadapan lagi kalau dia sentuh sentuh lepas mandi dan rasa memanjang, dan dia beritahu, baru kita takplain lagi tidak perlu sentuh kecuali masa nak bersihkan dan tujuan kesihatan macam ubatan jika sakit di bahagian tu dsb. Sebab kita taknak anak ralit dan sentuh itu sahaja.

Tanda anak dah ready tahu ialah bila dia bertanya soalan. JIka dia tak tanya, maka tak perlu ajari lebih details lagi.

Dan bagaimana Fateh boleh cerita dgn baik,sebab dia dah ada vokabulari yang tepat dan benar. Dan bgaimana dia boleh cerita lagi lepas tu (ada satu time tu dia nak potong zakar dia sebab dia nak jadi macam adik, dia ingat adik perempuan dia juga ada zakar tapi adik seperti dah sunat ‘potong’ katanya), sebab kami respon secara relaks dan berhemah.

Mendidik, tak marah.
Kdg kan sebut je bahagian sulit, orang dewasa ada yang marah, even touch their own private part pun.

So pasal dia ingatkan adik ada zakar, saya just kata, adik tak da zakar sebab adik perempuan. Fateh lelaki. Tu aja saya beritahu.

Saya tak beritahu adik punya namanya faraj lagi. Later on saya beritahu sebab lama juga dia nak terima dan faham yang adik dan mummy tak ada zakar. Dan dia tahu dia dan ayah ada zakar.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151