Cara Menangani Rasa Marah Pada Anak Kecil

21   21SharesPersoalan seorang rakan FB kepada saya: tentang cara terbaik untuk mengatasi rasa cepat nak marah pada anak-anak… 1. Teknik kawan saya: bila nak marah je ingat kalau la anak ni tak da esok camana hidup kita. Pernah orang kematian anak kecil kan, nauzubillahi min zalik. Ujian Allah kita tak tahu. Anak ni ahli syurga. Tak wajar dimarahi atas kesalahan kecil walau telah diingat berulang kali. Kata saya, apalah nak beza pengetahuan dan skill budak kecil 2-3 tahun dengan kita ni mak mak yang dah 20-30 tahun. Sangat besar jurangnya, sangat tak ‘matched’ / setanding! 2. Teknik Ibu Rose: sama, pandang wajah anak, ingat balik, nanti kita tua adakah kita nak dimarah oleh anak pula. Sekarang tangan kecil anak tidak kuat memegang gelas dan jatuh tumpah pecah, esok kita tua, tangan tua kita tak larat pegang dan cawan pecah. Nak ke anak pula balas macam apa kita buat kat dia masa kecil. Walau dia tak berniat balas, namun sub concious mind dia terikut apa kita treat dia masa kecil-kecil dulu. Dan terbaru Ibu Rose ada ajar untuk langkah ke belakang selangkah untuk ubah ‘state’ atau i keadaan semasa, agar energi tinggi membara itu mengurang berbanding bertambah bila menghampiri anak. 3. Teknik saya: saya tarik nafas, dan terus buat je apa yang saya perlu buat. Contoh lap lantai ke, angkat barang ke dapur ke dll, then come back kepada anak dan beritau apa yang kita nak dia buat dengan betul. Teknik nabi tunjukkan sahaja cara yang betul, (elak marah) kemudian anak akan cuba buat seperti apa yang kita tunjukkan, jadi lepas tu puji terus. Anak akan belajar lebih baik begitu untuk tidak silap. 4. Teknik saya terbaru: tarik nafas, berjalan ke arah anak, duduk dan tunduk pandang matanya (sama level mata anak), dan berkata atau bertanya sesuatu. Biasanya saya tanya: apa yang Fateh sedang buat ni? Menariknya […]

Persoalan seorang rakan FB kepada saya: tentang cara terbaik untuk mengatasi rasa cepat nak marah pada anak-anak…

1. Teknik kawan saya: bila nak marah je ingat kalau la anak ni tak da esok camana hidup kita. Pernah orang kematian anak kecil kan, nauzubillahi min zalik. Ujian Allah kita tak tahu. Anak ni ahli syurga. Tak wajar dimarahi atas kesalahan kecil walau telah diingat berulang kali. Kata saya, apalah nak beza pengetahuan dan skill budak kecil 2-3 tahun dengan kita ni mak mak yang dah 20-30 tahun. Sangat besar jurangnya, sangat tak ‘matched’ / setanding!

2. Teknik Ibu Rose: sama, pandang wajah anak, ingat balik, nanti kita tua adakah kita nak dimarah oleh anak pula. Sekarang tangan kecil anak tidak kuat memegang gelas dan jatuh tumpah pecah, esok kita tua, tangan tua kita tak larat pegang dan cawan pecah. Nak ke anak pula balas macam apa kita buat kat dia masa kecil. Walau dia tak berniat balas, namun sub concious mind dia terikut apa kita treat dia masa kecil-kecil dulu.

Dan terbaru Ibu Rose ada ajar untuk langkah ke belakang selangkah untuk ubah ‘state’ atau i keadaan semasa, agar energi tinggi membara itu mengurang berbanding bertambah bila menghampiri anak.

3. Teknik saya: saya tarik nafas, dan terus buat je apa yang saya perlu buat. Contoh lap lantai ke, angkat barang ke dapur ke dll, then come back kepada anak dan beritau apa yang kita nak dia buat dengan betul. Teknik nabi tunjukkan sahaja cara yang betul, (elak marah) kemudian anak akan cuba buat seperti apa yang kita tunjukkan, jadi lepas tu puji terus. Anak akan belajar lebih baik begitu untuk tidak silap.

4. Teknik saya terbaru: tarik nafas, berjalan ke arah anak, duduk dan tunduk pandang matanya (sama level mata anak), dan berkata atau bertanya sesuatu. Biasanya saya tanya: apa yang Fateh sedang buat ni? Menariknya kerana biasanya saya memperoleh jawapan tulus mulus yang ‘indah’ sekali. Setelah faham apa makna kepada perbuatannya, saya akan menerangkan teknik yang betul samada cara bancuh cekodok ke, cara guna marker whiteboard ke, cara guna marker permanent ke dan sebagainya. Sungguh, bila dah kool, penerangan dan menunjuk cara itu berjalan dengan baik dan meresap dalam hati si anak kecil.

Kadangkala anak sengaja buat silap ni sebab suka tengok reaksi kita (hormon stress keluar kan, ia kelihatan sangat menarik perhatian), atau sebab anak nakkan perhatian, terutama yang dah beradik. Buat baik dan betul ibu biasa-biasa aja tak hairan, tapi bila aku buat salah ibu beri perhatian laa… so dia cenderung buat sesuatu yang kita confirm akan marah. Jadi caranya gantikan dengan pabila dia buat sesuatu yang baik walau kebaikan kecil, puji melambung nada tinggi excited sama macam marah tu, insyaAllah anak akan pilih untuk bertingkahlaku baik sebagai cara dia nak dapatkan perhatian kita sebab dapat reaksi menarik ibu tu, malah jauh lebih positif perasaan yang dia alami, insyaAllah.

Muhasabah dan refleksi diri, aku ni marah sebab apa sebenarnya, lebih kepada penat nak mengelap lantai dan frust sebab dia tak dengar kata or memang marah sebab perlakuan silap anak kecil.

Biasanya ia adalah kerana perasaan sendiri iaitu penat dan frust–> jd marah, bukan kerana kesalahan si kecil. Maka ia bermakna emosi kita diapi-apikan lagi oleh iblis syaitan.

Ingat yang iblis ni sangat sistematik dan berperancangan. Mereka suka bila kita lemah dengan emosi marah dan marah anak kecil Islam kita. Mereka suka tengok generasi Islam kita ni dikuasai emosi negatif, agar generasi kita lemah dan kalah dengan emosi serta gagal bangkitkan Islam dengan aman, toleransi dan berhemah. Ini kerana anak-anak kecil kita hari ini adalah pemimpin kepada dunia akan datang, ingat tu.

Bermaksud pabila marah, ia lebih kepada marah dan kecewa terhadap diri sendiri, bukan kerana anak silap. Ia lebih kepada silap diri sendiri, atau kelukaan semasa kecil yang masih berbuku dan tertanam dalam diri belum terubat dan diubati.

Maka healing process terbaik ialah kaedah spiritual, mohon pada Allah untuk memaafkan individu pernah marah kita dan individu yang kita marah kepadanya. Juga memaafkan dirikerana mempunyai rasa sebegitu, yakni kita tak salah pun ada rasa sebegitu. Tapi kita rasa terperangkap dengan emosi dan kekerasan diri sendiri. Let go. Lepaskan, insyaAllah bila beban dalam jiwa dah lepas, kita akan sangat ringan dan mudah nak curahkan kasih sayang dan layanan baik kepada si kecil. Bermaksud mudah nak apply teknik baru selain teknik marah yang dah ter register lama dalam brain kita sejak 0-6 thun usia kita..

Kan 90% otak dewasa dah terbentuk semasa mereka kanak-kanak  berusia 0-5/6 tahun dan 50% ialah 0-2 tahun? Lahir saja pun sudah 20% penuh (parenting bermula sejak alam rahim kan). Maka segala gaya cara sikap kita, dah terbentuk dalam brain semasa kecil yang masih belum mampu memahami dengan kognitif rasional lagi. Ia jadi spontan gayanya bila dah besar sebab dah spontan rakam dalam otak kita sejak awal lagi. Jadi imej dan ditonjolkan semula. Rakam dan project / ‘play’ semula. Bermaksud, ia bukan salah kita sepenuhnya, ia dah ter jadi sebegitu.

Kadang kala ibu marah dengan suami yang meninggalkan atau buat salah, Tanpa sedar ter lepas pada anak walau kesalahan kecil,

Kadang kala ibu marah kerana pernah dimarahi ibunya atau kakaknya atau abgnya atau makcik pakcik sedara sepupu sepapatnya semasa kecil. Jadi kemarahan itu ter project kepada anakanda kecil yang di bawah pengaruh kuasa ibu kerana anak kecil itu sahaja yang dia boleh terkam / cengkam, Ibu atau kakak nya itu besar, lebih tua dan dah jauh, segan je nak balas balik sekarang, kan.

Jadi proses kaunseling terapi kadangkala membantu untuk bab healing , proses dan let go ini. Boleh jumpa mana-mana individu yang berkemahiran jika perlu seseorang untuk bimbing diri. Jika segan tak apa, niat, doakan, cari bahan bacaan lagi, boleh buat proses sendiri, doa semula agar dipermudahkan Allah, insyaAllah boleh sesangat sebab kita sangat berkehendak nak berubah ke arah lebih baik, Allah mudahkan. Buangkan yang buruk dah telah tertanam tanpa kita sedar dan mahu itu agar boleh masuk energi, teknik yang baru…InsyaAllah.  Semoga bermanfaat ya.

Join telegram channel saya untuk tidak ketinggalan post berkaitan secara harian. Di sini. 


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151