Cara Efektif Kendali Anak-Anak Yang Kerap Bergaduh
Ini adalah review pengalaman dua hari peserta coaching Utara saya setelah sesi coaching. Dua hari amalkan dan dapati ia berkesan. Jadi saya mohon izin beliau untuk share agar beri manfaat pada ramai orang di luar sana.
Semuanya dengan izin Nya.
—————–
Baru sempat baca semua. Baru abis meting. Sambil tunggu suami ambil.
Ibu2 semua yg sgt hebat..sntiasa dikasihi Allah. ALLAH uji sbb Dia Syg kita kan..
Tq kak maz. Atas perkongsian ilmu. Rasa mcm org baru..hidup baru. ☺alhmdulillah jgk kak maz sudi tubuh support group, bantu insan2 yg sgt2 perlukan.penyucian jiwa, pengurusan emosi.. supaya hati lbh tenang. Jiwa lbh lapang. Dekatkan diri pd Allah.
Balik prgrm kelmarin balik umah dah mlm. Byk bncg ngn suami berdua dlm kereta tanpa anak2. Alhmdulillah..sedikit perubahan dah dibuat.
Suami kejutkan sy pg td pukul 4, bangun solat. Lama dah xbuat solat taubat. Hati lama2 jd kelam.
Pg td baru buat solat taubat khusus..
Mohon moga Allah buang sifat mazmumah dlm diri sy, suburkan dgn sifat mahmudah.maafkan semua org. Lbh bersbr. Berlapang dada.Permulaan hari yg baik.
Kejutkan anak2 awal sbb sy ada meting marking paper di alor star. Stat hari ni. Sampai lusa. Anak2 xmau mandi. Alasan nak tgok tv. Ajak baca quran xnak. Ok, ummi xmau mrh2.Sy buat mcm kak maz ajar smlm, skrip sy, nant abg dah nak mandi bgtau ummi. Kemudian kita ngaji. Tgok dahi dia sy ulang 3 kali. Sy kemudian keep away. Solat subuh. Buat keje lain.
Lepas abis je solat anak terus bgtau, ummi..nak mandi. Ok, mandi cepat2 ummi dah lewat. Kita baca quran dlm kereta je.
Dlm kereta dia dah tertido. Ok, xpe..biarkan.
Dlm hati..sy risau, spnjg hari sy nak tggalkan anak2 kt umah mak mertua. takut anak2 gaduh2 la..anaknyg kecil nangis la..nant mak mertua bising, sy plak tg sedih.Sy ingt kak maz pesan, zikir asmaul husna..ya jami’. Sy zikir ramai2 dlm kereta. Ayah n anak2 semua turut serta. Sy tmbh ar Rahman dan ar Rahim. Zikir ramai2. Sampai abg yg terlena td terjaga.
Dlm hati..berdoa..ya Allah,
Sesungguhnya engkau maha pengasih maha penyayang..satukan anak2ku. Dan moga mereka sentiasa berbaik2.Elok je sy sampai,pesan kt anak2..buat skrip negatif dan positif. Teknik nabi. Suruh anak2 ulang 3 x.
Skrip sy, tak perlu gaduh2..main baik2.
Sy suruh anak2 ulang sndiri. 3 x.Sy turun dr kereta. Masa meting..hati berdoa. ya Allah..Kau peliharalah anak2 ku. Damaikan mereka dgn perasaan kasih syg.
Pukul 2 td rehat jap. Amik kesemptn call suami tnya anak2. Alhmdulillah..suami ckp anak2 sgt behave. Xde gaduh2. Baik. Sampai anak yg baby pun xmau lena. Main sama2 ngn abg.
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Tenang hati sy, terima kasih yg Allah.Hari kedua:
Hari ni pun tinggal lg anak2. Buat perkara yg sama dlm kereta td.
Zikir ramai2. Dan masa sy nak turun kereta suruh anak2 ulang pesanan sy.
Skrip yg sama2..keep telling.
“Main elok2. “
Alhmdulillah..cal suami td cmna anak2. Dia ckp, alhmdulillah..behave.
Review Teknik:
1) Teknik Nabi Menegur Kesalahan:
Sebut apa yang tidak boleh (kesalahan), diikuti apa yang betul (atau apa yang kita nak). Peraturan positif: “Tak perlu gaduh-gaduh, main elok-elok aja”.
2) Eye contact: Bila nak beri kata sayang, pandang mata anak, level ketinggian sama.
Bila nak serius beritahu anak, pandang dahi dia sambil beritahu mesej sungguh-sungguh kita.
3) Zikir asmaulhusna (sharing tips dari sahabat wangi Irina Rahman), Ya jama’i (yang menyatukan), sambil mohon pertolongan Allah untuk uruskan hal yang kita mohon bantuan itu. Zikir yang lain juga ada, dan boleh amalkan, minta sungguh-sungguh kepada sumber utama, Magic Allah.
4) Anak strong willed Child, beri masa. Beri tahu apa kita nak dia buat, dia tak setuju. Kita tetap beritahu keputusan kita, yang kita dah leading kan, “Bila Fateh nak mandi nanti, beritahu Mummy ok” (sambil tu kita buat kerja lain sebab kita taknak bergaduh dengan dia). Tak lama lepas tu, anak sendiri akan datang ke kita dan beritahu skrip kita dah ‘leading’ tadi: “Mummy, Fateh nak mandi dan gosok gigi sekarang” (ni kes pepagi, dan ia perlu di set awal sebab akan ambil sedikit masa, tapi berkesan dari segi win-win feeling). Semasa anak dibiarkan seketika setelah kita beritahu APA kita nak tu, sebenarnya kita nak bagi masa kat dia, memang dia berfikir, pilihan yang ada ialah saya kena mandi, dan juga beri masa kat kita untuk bertenang (fokus buat kerja bergerak).
5) Teknik Hypnoscript – masa ni Ebook Hypnoscript belum dikeluarkan, namun inilah yang dimaksudkan sebagai beritahu terus apa kita nak anak jadi. Instead off sebut pesanan “Takmo gaduh-gaduh rebut mainan dengan kawan” masa hantar anak ke sekolah, boleh juga terus sebut “Main elok-elok share mainan dengan kawan” kepada si anak ya 😉
Ebook Hypnoscript Premium, Klik Sini
Semoga bermanfaat Alhmdulillah. Subhanallah. Allahu Akhbar
♥♥♥♥♥♥♥♥UPDATE 2020!!!♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥