Perkembangan Seksualiti Manusia
Seksualiti adalah satu ilmu kemanusiaan dan merupakan suatu ‘human beings’ atau seiring dengan kejadian/fitrah manusia itu sendiri.
Ia bukan asing. Ia sama seperti ilmu perkembangan kanak-kanak dalam aspek lain seperti perkembangan fizikal (pertumbuhan, ketinggian, gigi dll), kognitif (pemikiran), emosi-sosial, bahasa dan moral. Ia juga turut meliputi semua anak tidak kira normal/tipikal atau anak istimewa/berkeperluan khas.
Pendidikan Seksualiti adalah Tanggungjawab Ibubapa Yang Perlu Bermula dari Rumah
Seiring dengan perkembangan seksualiti seorang anak yang bermula sejak usia 0 tahun, maka ibubapa sebaiknya perlu cakna mengenai ini dan mulakan pendidikan seksualiti anak seawal usia anak sudah bersedia menerima input (contoh anda mengajar anak dengan menamakan diri anda sebagai Umi/Mummy/Mama/Umi dan Ayah/Daddy/Abah/Abi dan kakak, abang, atuk nenek, aunty uncle dia semua tu (umur berapa mulakan ni?),
maka mulakan juga pendidikan seksualiti anak dengan memberikan nama yang betul bagi bahagian badannya seperti mata, hidung, telinga dan 5 bahagian sulit badan yang lain sekali (umur berapa tu anda mula tunjuk dan sebut nama badan tu?).
Jadi memanglah anda guru pertama anak, dan nama sebenar bahagian sulit badan ini diperkenalkan oleh ibuayahnya dengan nama yang sebenar bukan ‘nama samaran’ 😄😄😄.
Perkongsian saya bersama Teacher Ayu dari Little Fingers pada 16 Jun 2020 lalu di FB Page Little Fingers selama 1 jam 19 minit ini amat bermakna sekali, kerana dapat saya kongsikan serba sedikit mengenai topik “Pendidikan Seksualiti: Bila dan Bagaimana Nak Mula” ini.
Walau saya rasa ia takkan pernah mencukupi (untuk menerangkan, melatih skil berkaitan), namun sekurangnya ia mahu saya rekodkan di dalam penulisan ini, dan mengajak anda semua untuk sama-sama memahami perkara ini. Sekurangnya kita buka mata dan dapat pendedahan awal.
Saya tidak mahu bila kita berhadapan dengan ‘puzzle’ isu berkaitan seksualiti anak, barulah kita terkocoh kacah nak cari dan tanya pakar sedangkan semasa anak menunjukkan aksi ‘sexualised behaviour’ tu kita sudah respon dengan agak sedikit ‘negatif’, terkejut, marah, dan tertutup sebagai reaksi spontan awal yang mungkin akan menyebabkan anak berasakan seksualiti adalah sesuatu yang amat ‘menjengkelkan’, dan asing dari perbincangan / pertanyaan normal lain. Sedangkan itu adalah sebahagian daripada perkembangan badannya, emosinya, pemikirannya, sosialnya dan spiritualnya.
Jemput masuk ke Rakaman kelas webinar ini yang akan diulang tayang rakamannya selama 5 hari sahaja bermula hari ini dan akan ditutup selepas itu. (Perlu begini untuk kebaikan kita semua ya).
Rakaman Webinar adalah video yang sama akan diulang tayang pada hari & waktu seperti di bawah. Pilih hari & waktu yang anda free.
- Tarikh : 5 Julai – 9 Julai
- Masa : 12.30 tengahari & 9.00 malam
boleh ulang tonton selagi masih belum tamat ye.
InsyaAllah akan ada perkongsian lagi menerusi penganjur lain untuk topik ini dan kupasan menurut angle lain pula insyaAllah.