Sebenarnya bukan mudah kanak-kanak didiagnos sebagai depresi secara klinikal, kerana ia memerlukan satu penilaian menyeluruh dan spesifik oleh pakar psikiatri kanak-kanak. Kanak-kanak ialah yang berusia bawah 18 tahun ya (menurut Akta Kanak-kanak 2001, pindaan 2016). Dan apa yang boleh kita katakan ialah anak-anak kita mungkin menunjukkan simptom atau gejala ke arah kemurungan sahaja, bukan depresi sebenar (depression ialah mental illness okay bukan sesuatu yang boleh dimain-main sebut atau dilabelkan dengan semudahnya).
Semasa saya buat Master Kaunseling pada tahun 2003 dahulu, di dalam subjek kesihatan mental saya telah tahu yang ‘depression’ akan menjadi penyebab utama kematian sedunia selepas jantung pada tahun 2020 (jangkaan WHO).
Depresi merupakan satu bentuk gangguan mental yang dengan simptom atau gejala penurunan ‘mood’, kehilangan minat terhadap sesuatu, perasaan bersalah, gangguan tidur atau nafsu makan, kehilangan energi, dan penurunan konsentrasi (World Health Organization, 2010).
Ia perlu berlaku berterusan selama 2 minggu.
Kini tahun 2020 sudah tiba, dan sedar tak sedar kita sedang harunginya. Dengan ‘pasca’ pandemik Covid-19 yang dialami oleh satu dunia, penyakit mental menjadi sesuatu yang amat membimbangkan bagi profesional dalam bidang kesihatan mental termasuk saya.
Dapatan dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2015 lalu kita telah tahu yang prevalen kesihatan mental menunjukkan bahawa 29.2% iaitu 4.2 milion atau hampir 1 dari 3 orang dewasa berusia 16 tahun ke atas ada mengalami simptom ‘gangguan masalah kesihatan mental’,
manakala NHMS 2017 pula mendedahkan prevalen kesihatan mental bagi remaja berusia 13-17 tahun ialah; 1 dari 5 remaja menghadapi kemurungan dan 2 dari 5 mengalami kebimbangan/keresahan serta 1 dari 10 mengalami stres (dari saringan minda sihat DASS-21), dan terkini
NHMS 2019 baru-baru ini mendedahkan yang prevalen kemurungan di peringkat nasional adalah seramai 2.3% (setengah juta) orang dewasa di Malaysia mengalami kemurungan dan 7.9% (424,000) kanak-kanak berusia 5-15 tahun ada mengalami masalah atau isu kesihatan mental di Malaysia (dengan peratusan tertinggi 42.9% adalah masalah interaksi dengan rakan sebaya).
Nota: bukan penyakit mental ya, harus difahami penyakit mental (‘mental illness’) ialah penyakit yang telah didiagnos oleh Pakar Psikiatri, tetapi kesihatan mental dipunyai oleh setiap orang cuma tahap berbeza sama ada rendah – tiada masalah kesihatan mental atau tinggi – ada masalah kesihatan mental.
Live di Astro Prima Mengenai Depresi Di Kalangan Kanak-kanak
Saya amat bertuah baru-baru ini (1 Julai 2020) Rancangan Mingguan Wanita di Astro (Live di Astro Prima, Prima HD, Astro Go) telah memilih tajuk Depresi di Kalangan Kanak-kanak untuk dikupas oleh pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja (Dr Anita Codati), Datin Rebecca Nur Al Islam (selebriti) dan saya sendiri bagi perspektif keibubapaan untuk berbincang mengenai perkara ini.
3 soalan telah dirancang untuk dikemukakan kepada saya (1 jam sebelum rancangan bermula saya ditunjukkan soalan), namun sempat saya mencari kajian terkini ☺
(kehandalan saya mencari research article menggunakan keyword utama memang amat membantu saya, Alhamdulillah).
Slot ini menampilkan gandingan saya serta Datin Rebecca bagi segmen 4 dan 5 (sekitar 12.40-1.00 tengahari) (maka tidak sempat saya melihat apa kata Dr Anita, al maklum saya pun tak ada Astro di rumah).
Ia satu pengalaman baru untuk saya di Astro (walau secara menerusi Skype) namun saya rasa amat bersyukur dapat menyampaikan mesej berkaitan isu ini serta peranan ibubapa dalam menangani depresi kanak-kanak ini.
3 soalan itu adalah:
- Adakah salah satu sebab anak mendapat depresi berpunca daripada ibubapa yang mendedahkan anak mreka kepada gajet?
- Perangai anak-anak berbeza bagi semua keluarga, anak yang hyper dan aktif berlari ke sana dan ke sini, ada yang tertib pandai duduk baca buku, dan biasalah ibu-ibu ini tidak boleh, itu tak boleh – adakah ibubapa yang terlalu mengawal pergerakan anak boleh menyumbang terjadinya depresi?
- Apa yang berlaku apabila ibubapa tidak menghiraukan depresi yang ada pada anak, adakah ini akan memberi kesan yang buruk kepada anak?
Biasanya bila Live ditemubual di FB oleh penganjur mana-mana, saya biasanya tidak diberi soalan lebih awal, maka untuk Astro ini saya tidak bertanya pula apa soalan yang akan ditanya. Dan rupanya memang saya perlu memastikan jawapan saya adalah baik, tepat dan ‘up to date’ dengan sedikit bacaan ringkas kajian terkini agar apa yang saya sampaikan bukan sekadar agak-agak saja.
Apapun saya amat sallute dengan Datin Rebecca (pertama kali jumpa sampai tidak kenal dan bertanya kepada Naufal dan Nurul Syuhada siapa tu nun di situ 🤦♀️🙆♂️🙈, haish malunya lah hai) yang mempunyai 8 orang anak (kemudiannya baru saya mengintai IG beliau dan tahu yang beliau ada 6 anak termasuk 1 anak angkatnya sebelum berkahwin + 2 anak suaminya dengan perkahwinan terdahulu) kerana beliau seimbang dalam menerapkan disiplin dan kasih sayang kepada anak-anak beliau ☺☺☺. Syabas lah Datin ni..
Kredit kepada Mingguan Wanita, Astro untuk klip video rakaman segmen melibatkan saya ini (diberi kepada saya oleh Pn Eqah Penolong Penerbit dan diizinkan untuk saya kongsikan di website blog saya ini) pada petang 1 Julai 2020 itu, dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Eqah kerana sudi menjemput saya. Rupanya beliau follow FB saya. Dan saya sejujurnya memang agak tak berapa rajin nak Live di TV namun kerana tanggungjawab dan untuk generasi anak kini dan perspektif keibubapaan, saya terima undangan ini dengan hati terbuka dan berbesar hati.
Saksikan video klip ini di sini ya.
Terima kasih kepada anda semua yang selalu memberi semangat dan inspirasi kepada saya secara berterusan, melalui apa jua cara. Semoga kita semua sentiasa cakna mengenai isu kesihatan mental anak-anak kita yang merupakan bakal pemimpin dunia akan datang dan mampu memberi sokongan kepada anak-anak kita pada masa kini dan akan datang pada saat mereka memerlukan.
Assalamualaikum pn Maznah saya arina nk tnye knape 3 ebook ini tiada dpt buku nya know d buat pdf??
waalaikumsalam Puan Arina.
maaf puan, saya kurang faham, maksud puan kenapa 3 ebook ini tidak dibuat versi buku fizikal kah?