Anak Menolak Ke Sekolah? Lakukan Persediaan Ini Setelah Cuti Lama PKP


Alhamdulillah hari ini 1 Julai 2020, Khairunnisa’ (KN) berusia 5 tahun anak kedua telah berjaya ke sekolah semula setelah bercuti selama hampir 4 bulan (bermula cuti semester semasa Mac 2020).

KN amat teruja nak sekolah pagi tadi 1 Julai

Sedangkan dia nampak Happy aja duduk di rumah, dan tak kelihatan terlalu rindu sekolah. Cuma ada 1 waktu ni dia tiba-tiba menyuarakan rasa rindu sekolah dan ‘sad’ sebab Corona masih ada.

Menariknya KN telah siapkan beg dia dengan pensel, pemadam dan kaler untuk persediaan ke sekolah dengan berkata: “Nanti virus dan tak ada, Kakak boleh lah ke sekolah. Nanti barang tak tertinggal la” beberapa minggu lalu (saya trace back dalam whatsap saya ke guru sekolah dia tarikh 27 Mei 2020),

malah rupanya dia telah masukkan ‘mask’ dia di beg zip depan 😱 yang mak dan ayahnya pun tak tahu dia telah masukkannya. Baru tahu bila dah masuk kereta dan kami suami isteri bertanya eh dah ambil mask belum. Baju pula telah dia masukkan minggu lalu apabila sudah tahu akan ke sekolah pada 1 Julai (tak tahu tarikh tapi tahu nanti lagi berapa hari sekolah buka).

Mesej ini tarikh 27 Mei, iaitu sebulan lebih yang lalu ya… hmm.
4.40 pm KN sampai rumah dan tunjukkan Buku Skrap dia pasal Corona. She is happy, Alhamdulillah. Oh ya bekalan dia ialah Pankek dan Madu saja.

Beberapa minggu lalu saya ada ditemubual oleh wartawan Harian Metro mengenai topik ini dan telah menjelaskan beberapa perkara penting secara panjang lebar.

Dan seminggu ini termasuk hari ini saya menerima beberapa soalan dari pm, dan support group mengenai anak tidak mahu ke sekolah.

Kali ini saya nak menulis mengenai persediaan anak kita ke sekolah dengan jayanya setelah banyak bulan mereka duduk di rumah, mudahan mungkin membantu memberi sedikit idea dan persediaan oleh ibubapa untuk anak mereka (walau anak prasekolah telah mula sekolah hari ini 1 Julai, maaf tulis lambat ya).

Persediaan Anak Ke Sekolah Semula Setelah Cuti Lama

Persediaan Fisiologi/Fizikal

  1. Body clock

    Pastikan anak dilatih mulakan body clock rutin tidur awal dan bangun awal seperti hari persekolahan. Ini kerana kita tidak mahu anak tidak bersedia secara ‘jam badan’. Maka mulakanlah dalam 1-2 minggu lebih awal ya. Jika kita tak latih body clock ini, kita jangan salahkan anak tak boleh bangun sebab kita sendiri membiarkan body clock dia berubah sepanjang 3-4 bulan ini seperti bangun lewat pagi hari?


  2. Keperluan Fizikal : Beg sekolah, pakaian, alat tulis, buku dan barang personal anak disiapkan

    Siapkan keperluan ini seolah dah nak sekolah sangat dan biar anak nampak, maka anak tidaklah terkejut tiba-tiba kena ke sekolah.

    Bayangkan anak nak bercuti ke pantai dan duduk hotel, anak dah siapkan dah beg yang ada mainan dia awal kerana excited (ni Fateh saya la ni hahaha), maka untuk sekolah jika anak tidak berapa excited, biar anak nampak mak ayah yang excited siapkan beg sekolah dan barang keperluan dia 🙂

  3. Barang fizikal baru termasuk sanitiser, mask dan pinggan mangkuk sudu garfu sendiri juga disiapkan, beri anak nampak, yang ia norma baru bukan macam dulu.

Persiapan Mental dan Emosi

  1. Hypnoscript dia dalam 2 minggu lebih awal (untuk ini saya amat sallute KPM sebab akan announce awal 2 minggu sebelum persekolahan bermula, maka tempoh masa persediaan tu sangat elok cantik dah bagi mak ayah dan anak bersiap sedia secara mental (dalam minda bayangan aja, body sebenar belum pergi, kan?).

    “Nanti abang akan pergi sekolah semula pada 22 Julai iaitu lagi 21 hari lagi”.

    “Abang tidur awal dan bangun awal nak ke sekolah nanti”
    .

    “Kakak gembira dan tak sabar nak jumpa kawan-kawan dan cikgu nanti. Kot ada kawan rambut dah panjang ke, dah tinggi ke, berisi lagi ke, macam mana ya rupa mereka?”.


    “Kakak suka pergi sekolah”.


  2. Latih penjarakan sosial 1 meter di rumah agar anak tahu dan boleh bayangkan bagaimana.

    Sebab anak tak pernah alami macam kita ke Mall Besar atau Hypermarket beli barangan dapur yang perlu ukur suhu, tulis nama & no telefon dan beratur jarak 1 meter dengan orang lain.

    Maka latihlah tunjukkan jarak 1 meter itu secara 1 depa tangan bahu kita ke bahu dia, maka dia akan tahu sejarak itu lah dia perlu jarak dengan kawan-kawan nanti.

  3. Bawa anak dalam kereta untuk lawat sekolah dan lihat suasana sekolah yang ditinggalkan sebab nanti akan pergi ke sekolah semula. Ini bagi persediaan mental emosi teruja ke sekolah dan body clock/timing juga perjalanan dari rumah ke sekolah….

***Bagi yang dah biasa sekolah secara online di rumah, mereka juga perlu disiapkan persediaan asas di atas (fizikal/fisiologi, dan mental emosi).

Bagi anak yang menolak ke sekolah, fahami ini:

  1. Anak ada dua pilihan setting aja iaitu sekolah dan rumah.
    Bila ada faktor penolakan dari sekolah, automatik dia akan banyak sebut faktor negatif sekolah dan faktor positif rumah (walau di rumah mungkin ada juga cabaran dan aspek negatif).
  2. Jadi pastikan kita selling the ideas untuk faktor tarikan dari sekolah dan tolakan dari rumah untuk dia mula berfikir dan setuju baik pergi sekolah dari duduk rumah.
  3. Pokoknya kita nak bagi dia mula ke sekolah aja, sebab once dia dah sekolah, dia mungkin akan okay. Dia cuma mood swing sikit aja sebab adaptasi, dah duduk lama di rumah macam Monday Blues sebab Sabtu Ahad duduk rumah, Isnin jadi buat hal sikit (mak pak bekerja pun kadang kala begitu 🤣).

Lakukan Langkah Ini:

  1. Kenalpasti apa tarikan di sekolah atau aspek positif di sekolah yang dia suka (sebelum ini dia mungkin luahkan aspek faktor penolakan dari sekolah seperti kawan buli, cikgu garang dll), agar dacing ke sekolah lebih berat dari dacing rumah sebagai selling point kita nanti.
  2. Kenalpasti apa tolakan dari rumah agar dia akan rasa baik duduk di sekolah separuh hari kemudian balik rumah.
  3. Sebutkan kedua pemberat ini serentak dan guna peluang menyebut ini sewaktu/ semasa faktor tolakan dari rumah sedang berlaku untuk perkukuhkan kebenaran mesej kita kepada dia.

Contoh dia suka aspek tertentu di sekolah:

“Hmm di sekolah Amin boleh main kaler air dengan teacher dan kawan, di rumah Mama tak da masa nak beri Amin main kaler air”.

“Hmm di sekolah Amin ada menu roti canai, di rumah ni Mama tak sempat beli roti canai sedap tu, makan apa ada aja”.


“Hmm kat sekolah Amin ada banyak aktiviti buat dengan teacher dan kawan, di rumah cuma tengok tv aja dan gaduh dengan adik ya?”

Contoh dia selalu gaduh dengan adik:

“Hmm kat rumah Amin kerap berebut remote control dengan adik ni, kat sekolah Amin takda TV tak payah berebut dengan kawan pun”.

“Hmm kat rumah Amin bagitau adik dia tak faham sebab dia kecik lagi, kalau kat sekolah Amin cakap kawan mungkin boleh faham sebab umur sama 6 tahun”.

Harapannya dari Usaha Ini….

Mudahan anak kita bersedia ke sekolah dan suka ke sekolah.

Mudahan kita lebih tenang dan mudah sebab sudah sedia awal, untuk diri kita dan anak-anak kita.

Bila kita gagal merancang, memang kita merancang untuk gagal orang kata. Ada betulnya juga tu. So sedialah dari awal ya 🙂

https://www.facebook.com/maznah.ibrahim.73/videos/10219841469039532
Ini rakaman tadi immediately bila KN balik.
Buku Skrap mengenai penjagaan kesihatan tangan.
Tangan ‘Sad’ sebab ada virus, last tangan ‘Happy’ sebab dah takda virus. Hmm menarik teacher dia buat.

Maznah Ibrahim

Dapatkan beberapa keyword utama yang membantu anak terpengaruh dengan idea kita agar tingkahlaku mencabar mereka dapat kita atasi di Ebook Hypnoscript ini ya.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *