Category Kanak-Kanak

Anak Bertanya Berkenaan Isu Semasa Seksualiti

Anak bertanya bermaksud dia sudah sedia untuk tahu.  . Bila beritahu, tengok tahap kefahaman dan penerimaan dia, dia tak tanya dah, ok, stop.  . Dia tanya lagi, terangkan ‘advance’ sedikit dari usia dia katakan usia 10 cerita macam dia 13 tahun, kemudian dia akan stop tanya sebab dia nak digest (belum faham sepenuhnya).  . Tapi apa berlaku ialah,  . Anak ini akan rakam dan ingat info anda beri, kerana anda menjawab semasa dia bertanya.  . Tetapi apa jadi jika anda tidak menjawab/ mengelak kerana malu / atau jawab dengan info kurang tepat/salah?  . Info jawapan atau reaksi pertama anda inilah yang jadi penentu dan penanda aras dia akan kembali bertanya kepada anda atau tidak.  . Jika anda malu, marah dan mengelak, dia takkan tanya anda dah, sebab dia dah ada pengalaman ibubapa dia react macam tu,  . So dia akan dapatkan jawapan daripada ? kawan-kawan, search di internet sendiri etc. yang mana ia berlaku bukan di depan mata kita dan kita tak boleh baiki/betulkan kefahaman dia yang masih mentah atau digest ikut kefahaman level usia kecil dia tu. Ia mungkin tak benar seperti sebenarnya.  . Jadi,  . 1) jawab sahaja apa anda tahu, jika tak tahu katakan mama kurang tahu dan mama akan cari jawapan dan kita discuss semula perkara ini, ok sayang,  . 2) jujur sebegini lebih baik dari kabur atau shut off peluang info benar masuk,  . 3) siapkan diri, dapatkan jawapan dan ilmu dari pakar yang tahu, bincang dengan rakan yang pernah alami situasi sama dengan anda.  . Refleksi, Maznah Ibrahim. ===================================================== Salam puan maznah, saya nak tanya. Sejak dua menjak, berita sering memaparkan berita tentang cabul, liwat dan rogol. Semalam anak saya yang sulong bertanya kepada saya. “Ibu, liwat tu ape?” seriously, saya tidak tahu macamana nak jelaskan kepada anak saya. Boleh puan ajarkan saya cara […]

Fahami Pedofilia untuk Lindungi Anak dan Mainkan Peranan Kita

Oh ya pasal pedofilia, saya kena sebut juga untuk betulkan persepsi umum: Yang mereka tak puas dengan orang dewasa maka dia buat dengan kanak-kanak. Dan kerana kita tak fahami aspek inilah maka si pemangsa (pelaku) selalu beri alasan bila ditangkap atas kesalahan melakukan tingkahlaku seksual kepada anak/anak angkat/anak sedara dll yang orang awam terima alasan bodoh itu. Mereka akan berkata atau beri alasan: Oh, isteri saya tengah berpantang di kampung, Oh isteri saya kursus 3 bulan di luar negeri, Oh isteri saya sakit tak boleh layan saya, sebab tu saya buat dengan kanak-kanak ni. Sebenarnya TIDAK. Jika tak puas, mereka ada option buat dengan ‘orang luar’ macam pelacur or isteri kedua or orang ketiga dll. Sebagai orang dewasa yang sihat mental, mereka akan pilih orang dewasa juga untuk penuhi keperluan seksual mereka, bukan kanak-kanak! Kerana tiada satu pun agama dan undang-undang di dunia ini yang mengizinkan atau membenarkan orang dewasa melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak. Sebab seks boleh dikawal. Ini dinamakan ‘internal inhibitors’, salah satu dalam 4 peringkat precondition sebelum dia menjadi pedofilia yang sebenar. Contoh. Si remaja lelaki dan perempuan sedang melakukan hubungan seks di dalam bilik di rumah si perempuan. Tiba-tiba bapa si perempuan ketuk bilik anaknya. Anda rasa mereka akan terus stop (dan terkejut) ?, atau meneruskan buat aktiviti itu dengan berkata selamba kepada ayah si perempuan, “Sorry uncle, kami sedang busy ni”. Jawapannya YA, mereka akan stop. Contoh kedua. Si lelaki ini (kuat seks) nampak perempuan seksi tak berpakaian di pantai, atau berbikini di kolam mandi awam. Adakah si lelaki kuat seks ni akan terus terkam si perempuan itu? Jawapannya TIDAK. Kerana naluri seks boleh dikawal oleh orang normal. Itulah yang dinamakan sebagai internal inhibitors, halangan dalaman. Ingat tu. Sebagai manusia dewasa yang rasional, berfikiran waras, naluri fitrah baik, dan tahu peraturan agama/undang-undang, itu semua akan […]