Anak Tertengok Benda Tak Baik di Youtube/ Handphone?


Bagaimana Nak Ajar Anak Mengenai Jangan Tengok Benda Tak Baik?
===================================
.

Rakan bertanya, anaknya sekolah rendah berkemungkinan tengok benda tak baik di Youtube, dia ‘purposely search’ ‘keyword’ ‘seks’ / ‘sex’ itu dan tengok. Ibu tahu bila ibu periksa di ‘history’.
.

Seorang kanak-kanak yang saya kenali pula beritahu sepupu sama usia menonton benda lucah di Youtube. Dia tak tonton. Tapi dia ‘tahu’ walau kurang faham sepenuhnya apa itu yang dimaksudkan dengan benda lucah.
.

Seorang kanak-kanak yang lain di dalam sesi terapi saya menulis di dalam aktiviti game dengan saya, seperti laporan berita, berkaitan ‘unsur tak selamat’, gangguan orang awam, akhirnya selamat, dan turut melaporkan dalam ayat laporannya, saya lihat ada perkataan ‘Akta merogol’ dan ‘merogol gadis’.
.

Bab menonton benda tak baik di Youtube, ia seperti common didengari, terutama anak kecil yang diberi kuasa memegang hp dan akses internet seperti Youtube sewenangnya. Rupanya ada Ibubapa yang tidak tahu, ada perisian untuk Youtube – ‘Block’; kan cerita sebegini khas untuk parent.
.

Semasa saya bujang dahulu sekitar tahun 2009, ‘trainer’ dalam satu kursus yang saya hadiri menyatakan jika anak menaip perkataan ‘Doraemon’ sahaja pun, hasil cariannya akan ada saja terselit benda tak baik. Jadinya anak kecil akan mudah tertengok juga tanpa mereka sedar apa itu ‘video lucah’. Itu dulu, sekarang? Tahun 2017?

.
Namanya ter exposed. Ter dedah. Ter tengok. Ter ter ter…. (haish)

.
Anak kecil bila bertanya, perlu dijawab, kerana perkataan / topik itu dia sudah ‘separuh tahu’ dari pendengarannya (mungkin dari tv atau kawan bercerita). Bila kita bukan merupakan tempat dia bertanya, dan dia sudah pandai menaip dan membaca, dia cari sendiri aja.
.

Bila dia sedia tahu = ialah bila dia mula bertanya, walau semudah anak usia 3 bertanya alat kelamin dia mengapa berbeza dengan adik bayi perempuannya, ibu ayah wajib jawab (soalan Fateh masa usia dia genap 3 tahun dapat adik perempuan).
.

Jika tak jawab, dia akan google sendiri atau tanya rakan. Info rakan tetap limit sebab seiring usianya. Rakan 10 tahun, pengalaman memang 10 tahun, belum cukup matang. Google internet pula sangat luas dan tidak terkawal akan betul / salah infonya.
.

Juga tak mustahil bagi anak kecil yang terlihat saban hari media tv dan berita suratkhabar akan isu semasa yang ‘hot’ seperti ini.
.
.

Bagaimana Nak Bagitahu Anak Batas dalam Melihat Perkara Ditonton Itu Baik Atau Tidak, Pilih Yang Baik Sahaja, Wahai Anak-anakku:
°°°°°

1) percaya anak kecil ada naluri untuk ‘rasa’ benda ditonton itu benda tak baik. Fitrah ini Allah jadikan untuk semua manusia, ditambah lagi dengan aqal untuk keperluan memahami lebih lagi secara logik dan fakta.
.

2) hanya beritahu, setiap anggota badan Allah dah beri kepada kita untuk dipertanggungjawabkan kelak. Fungsi anggota badan namanya. Tangan kanan untuk makan, tangan kiri untuk cebok najis. Mata, telinga dan tangan kaki juga hanya guna untuk perkara yang baik sahaja.
.

3) Mata, fungsinya untuk lihat benda yang baik sahaja, sama macam tangan kanan, guna untuk makan, tetapi tidak tangan kiri. Malah fakta tangan kiri ada banyak bakteria maka tidak boleh guna untuk pegang dan masuk makanan.

Apa yang dilihat juga merupakan makanan untuk minda dan emosi. Maka pastinya kita mahu memfungsikan seluruh anggota badan dengan baik dari hidangan makanan (physical food + santapan mata) yang baik sahaja.

.

Simple aja, cubalah. InsyaAllah terapkan dari usia anak bawah 6 tahun, dan mereka sangat genuin / jujur sekali memberitahu Ibu Ayah yang mereka ternampak iklan atau cerita tak baik di Youtube contohnya.

(Update 2020: Anak saya sendiri Fateh, begitu. Saya tak ingat sekarang, mungkin sekitar usia 5 dia sudah tahu perkara ini dan 3 step di atas telah saya latih dia kerana sewaktu itu isu ini timbul. Maka saya lebih mudah kini (tahun 2020 usia dia 8 tahun).

Jika tertengok, otomatik anak akan :

>>> decide untuk stop tengok, tukar cerita lain, pergi dari situ dan beritahu ibu.

(Skill dalam ‘Personal Safety’: STOP, LARI dan BERITAHU juga tu).
.

Kemudian ajar anak untuk istighfar 10 x dan doa agar Allah sentiasa pelihara dia dari perkara dan benda tidak baik.
.

Asal anak beritahu, tepuk dada say syukur Alhamdulillah. Mulakan dari awal, mendengar dan respon dengan baik, bukan ‘react’.
.
(Ya Fateh juga jika terlihat akan tutup mata dan istighfar).

Okay, beza ikut peringkat usia anak-anak ialah:
°°°°°°°°°°°°°

Usia bawah 6:

  • peringkat usia sebegini, mereka sangat genuin dan spontan bertanya berkenaan seksualiti atau perkara dia terlihat di tv / youtube yang dia tak biasa
  • ajar awal-awal, di Youtube akan ada iklan tak sesuai seperti ganas, permainan, dan wanita berpakaian tidak atau kurang sopan
  • mata untuk tengok benda baik dan bukan lagha (sia-sia)
  • jika adik tertengok / iklan keluar, adik cepat-cepat stopkan dan beritahu mama.
  • ia sama macam makanan, adik pilih makanan baik atau makanan basi?
  • makanan baik, jadi darah daging kita, sihat kuat, makanan basi mudarat kita, sakit dan lemah.
  • mata juga sama, kena tengok bahan tontonan yang baik sahaja.
  • tahukah adik, iklan wanita berpakaian kurang sopan dan lain-lain tu semua tu adalah sangat tak elok dan boleh musnahkan seseorang manusia, malah Nabi Yusuf sehinggakan meminta untuk duduk dalam penjara berbanding berdekatan dengan Zulaikha yang mahu menggodanya, hingga ke tahap itu sekali.
  • apa jua soalan anak, usaha jawab, bukan diam hanging sahaja. anak perlukan jawapan kepada setiap persoalan dia. Syukur dia tanya anda untuk fasa usia prasekolah ini 🙂

Anak 7-12 tahun:

  • anak usia ini sudah mula bergaul dengan rakan sekolah, dan ada antara rakannya yang jauh lebih advance.
  • anak usia ini juga sudah mula pandai membaca tulisan dan menulis.
  • jika ibubapa tidak menjawab persoalan anak sehingga mereka faham dan berpuas hati, anak boleh google-search-type sendiri akan perkara yang mereka qurious sesangat, contoh apa itu maksud perkataan ‘seks’.
  • jika kita jenis tak pasang tv dan tak beli surat khabar, anak akan tahu juga dari rakannya (ini macam saya, hanya tv laptop, pendrive dan youtube aja).
  • jadi bersedia untuk menjadi resource center kepada anak usia peringkat ini, kerana mereka sudah mula terdedah, dalam keadaan tidak faham sepenuhnya akan apa didengari dan ditulisnya (macam contoh di atas perkataan bahan lucah dan akta merogol, dia tak tahu pun itu apa).
  • key nya, bersedia dengar untuk topik ini akan keluar dari mulut mereka, dan mula dalami topik ini.
  • tanyakan dahulu dari mana dia dengar, apa dia faham dengan perkataan itu,
  • kemudian barulah tambah dengan education info sebenar yang benar dan factual, mudah konkrit belikan buku anatomi tubuh manusia dan ceritakan secara berhikmah dan penuh hormat, sebagai sebahagian ilmu kemanusiaan dan sains macam biasa. Info semasa sekeliling seperti kejadian di media boleh dibincangkan jika anak sudah tahu.
  • key nya juga, anak usia ini belum faham sepenuhnya sebab mereka belum akil baligh (kecuali yang dah akil baligh awal seawal usia 9) dan mereka belum ‘rasa’ perubahan fisiologi badan dan konflik perasaan suka cinta terangsang semua itu. Relaks (ni ramai parents yang ‘react’ bila anak ada isu sebegini).

Anak usia sekolah menengah:

  • usia ini sangat panas dan penuh pancaroba
  • dikatakan peringkat ‘storm n stress’ kerana penuh anasir luar, cabaran luar (rakan sebaya, media) juga cabaran dari dalaman si anak, iaitu hormon peringkat remaja nak akil baligh atau telah baligh.
  • mereka sudah mula tahu lebih jelas akan perkara seksualiti dan rasa malu sangat tinggi namun rasa ingin tahu/cuba juga amat tinggi.
  • peranan ibubapa, beri sokongan dengan jadi peneman atau pendengar cerita, anak lelaki dengan ayah, anak perempuan dengan ibu (sama jantina) (beza semasa usia 3-6 tahun anak perempuan suka/cinta dengan ayah dan anak lelaki suka/cinta dengan ibu)
  • cerita ibubapa semasa zaman remaja nya boleh dikongsikan seperti rakan sebaya – cinta monyet, kawan sekolah mengandung, kawan sekolah beri surat cinta, isu buli, senior lesbian/gay, apa saja.
  • beritahu perasaan suka itu normal tapi batasan amat perlu jaga kerana syaitan itu dekat saja bisikkan kejahatan (surah an Naas syaitan itu dari kalangan Jin dan Manusia).
  • 2 perkara yang semua klien remaja saya perlu, dan jadi isu / konflik dengan ibubapa ialah:

‘TRUST’ dan ‘FREEDOM’

  • anak remaja mahu dipercayai, mahu diletakkan kepercayaan, mereka keluar memang keluar dengan rakan, mereka tahu ‘jaga diri’.
  • anak remaja juga mahu sedikit kebebasan bukan dikongkong semua tidak boleh. Mereka mahu keluar dengan rakan sebaya juga, keluar dengan mak ayah tak sama ‘seronok’nya 😅 (sabo)
  • mereka rasa sedih sebab ibubapa tak beri keluar dan tak percaya mereka.
  • maka ibubapa percaya lah mereka, mereka boleh jaga diri seperti skill dan info yang telah kita persiapkan dan beri mereka dahulu, nasihat saban hari kita tu, dan kebebasan diberi tetapi dilimitkan
  • contoh boleh keluar dengan rakan nak ke library atau tonton wayang, tapi limit balik sebelum pukul 7pm sudah sampai rumah, dan hp mesti on kan agar ibubapa boleh hubungi. Mungkin juga ibu/ayah hantarkan dan jemput pulang sekiranya mereka setuju.
  • mereka akan lebih hargai jika ibubapa beri kepercayaan dan sedikit kebebasan kepada mereka, dan mereka tahu ibubapa bimbang kes semasa di luar sana. InsyaAllah doa, doa, doa. Allah sebaik-baik Pemelihara mereka.
  • Jadilah sahabat mereka sewaktu remaja; dahulu bermain semasa kecil, dan guru semasa sekolah rendah. Kini rakan sebaya semasa remaja .

Refleksi,
Maznah Ibrahim
16 Jun 2017

Update Ramadhan 1441H / 2020, teacher pengetua Fateh minta dia buat tazkirah (video) yalah sebab PKP kan. Di saat abang-abang senior P5 (11 tahun) penuh islamik pengisian puasa mata lidah dan seumpamanya, dia come out dengan tazkirah berbentuk psikologi macam ni, hehehe.

Jenuh mak sediakan point 4 perkara penting, termasuk rule khalifah ‘choose the good’, dia rasa panjang, akhirnya rakaman last ini dia memang come out dengan ayat sendiri aja. Well done Fateh. Anak Omak nie…

(Tapi dia bukan jenis menonjol di depan, dia tak suka public speaking (confirm ni bila usia dia 4 tahun saya hantar dia ke ‘superspeaker’, dan dia malu amat sorok bawah meja 🤦‍♀️ lepas tu baru tahu dia Thinking esktrovert dalam STIFIN memang tak suka ke depan dan anak kawan Feeling 4 tahun memang naturally boleh bercakap kat microphone di depan orang ramai) – saya hargai kelebihan Thinking dia as strategist dan planner di belakang tabir aja. So Ramadhan tazkirah AMS dia cuma commit untuk 2 video aja lepas tu dia taknak dah :).


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *