Psikologi Di Sebalik Anak Kecil Memukul Ibu/Bapa
===================================
Pn Maznah nak tanya anak saya yang no 2 kalau marah suka pukul-pukul saya. Umurnya 4 tahun. Saya dah cuba cakap dengan dia kalau adik marah adik boleh tumbuk bantal atau adik boleh lari setempat atau adik boleh melompat. Tapi dia tetap juga nak pukul saya. Macam mana nak buat ye Pn? Terima kasih.
Jawapan :
Puan boleh rephrase ayat.
Sebelum tu saya nak jelaskan psikologi di sebalik anak kecil memukul ibu/bapa. Ini adalah kerana:
- dia nak show how much dia punya hurt kepada orang yang dia sangat SAYANG dan PERCAYA iaitu ibu/ayah/ spesific person contoh pengasuh yang dia dah rapat.
- maksudnya dia tak pukul mana-mana orang sesuka hati.
- dia sayangkan puan sangat, dan dia nak puan tahu yang dia sebenarnya so much in hurt.
- kita perlu rephrase ayat yang channel terus ke behaviour kita nak kepada ayat empati emosi, contoh rephrase ayat:
“Adik, Mama tahu adik sangat marah dan adik sangat sayang kan Mama.
tapi kita tak buat macam ni pada orang yang kita sayang.
Mama sangat sakit tau” (Buat muka sedih dan sakit)
Dia akan terkesima, lepas tu pegang tangan dia, pandang mata dia, dan beritahu dia:
“Mama kena stopkan adik buat macam ni, Mama sakit.
Mama taknak sakitkan badan adik.
Mama lebih hargai jika adik dapat sabar dan kawal kemarahan adik,
Mama sayangkan adik.
Mama minta maaf jika adik rasa marah sebab Mama.
adik bagitahu apa adik nak sebenarnya,
Mama nak faham adik lebih baik untuk bantu adik, bukan dengan cara pukul Mama macam ni, Mama juga sangat marah sebab sakit ni tau”.
5. Bila melampaui batas, perlu stopkan behaviour anak yang sakiti badan ibu/ayah, dengan bertegas minta dia stop. Ini kerana memukul adalah tetap salah walau kepada sesiapa jua. Anak kecil perlu dididik dengan berhemah secara berterusan.
6. Ganti pegang tangan dia tu dengan usap belakang dia so that emosi panas dia ter lurut (mengurang)
7. Sebenarnya juga ada benda dia tak puas hati dan tak lepas lagi tu.
8. Dapat jumpa punca sebenar, puan akan dapati dia akan berubah.
9. Cari punca tu (dasar kepada tips of iceberg) sampai dapat, InsyaAllah akan selesai ‘puzzle’ ini.
* puncanya semudah (contoh) ;
+dia marah sebab kita cakap pasal dia depan kawan kita / teacher dia / pengasuh dia,
+dia marah sebab kita mungkiri janji kita kepada dia
+dia marah sebab kita marah dia dulu
dll.
Usaha ya puan.
Jawapannya memang pada parents itu sendiri atau anak itu sendiri.
Jika anak bawah usia 2 tahun memukul ibubapa,
Itu adalah normal, kadangkala bukan saja sebab dia marah pada kita (kita tak beri apa dia nak macam remote control ke, hp ke, sudu ke dsb), tetapi juga bila dia tiada kemarahan apa-apa pun kadangkala dia boleh tetiba pukul ibu bapa.
Tetiba aja dia pukul mak atau ayah dia. Muka takda rasa bersalah pulak tu. Mak ayah memang tak da apa ‘salah’ pun.
Sebenarnya sebab dia suka tengok reaksi kita hahaha. Dia buat begitu kerana dia belajar mengenai ’cause and effect’ pada usia 1.6 tahun ke atas, sama macam guna sudu kacau dalam mug, bunyi ‘ting ting ting’ best tu atau bila dia pusing punat radio dalam kereta aja, keluar bunyi lagu/sound/audio. Juga bila dia picit remote control aircond, keluar bunyi ‘beep’ aircond berubah suhu, kikikih. Itu adalah pembelajaran asimilasi (pertama kali) dan akomodasi (kombinasi beberapa pembelajaran yang hampir sama menjadi satu satu konsep baru yang dia belajar – oh semua benda bila picit, ada reaksi (cause and effect), nak try yang nilah pulak) untuk usia 2 tahun ke atas.
Manakala bila mereka pukul kanak-kanak lain seusia atau tua sedikit yang tak berapa besar, ia sebagai tanda berkenalan untuk orang luar dan sebagai tanda emosi dia hadir dan ‘react’ spontan dari apa-apa situasi baru bersua (test market dia jerit tak hahaha, si kecil yang membuli).
p/s: izinkan saya share kan situasi anak puan ni ya. Saya rasa ramai yang alami dan tidak betul faham mengenai psikologi di sebalik anak kecil memukul parents, dan bagaimana nak handle secara selamat dan membantu bukan menambah buruk lagi bagi situasi ini.
For me, better understanding can make us do a better respond.
maznahibrahim
Jzzkh puan. Saya tunggu puan approve dulu ya 😉
Jawapan Ibu:
Boleh Pn Maznah. Saya izinkan.
Biasanya saya memang tau punca kenapa dia marah. Selalunya sebab dia tidak dapat apa yang dia mahu. Contohnya dia minta saya belikan keropok (makanan ringan) tetapi saya katakan padanya baru beli semalam dan kita akan beli minggu depan. Bab nak kena tunggu sampai minggu depan tu yang dia tidak boleh terima..
Tapi saya akan cuba pujuk dia. Cakap yang keropok tak bagus untuk kesihatan kalau sekali sekala Mama belikan.
Tapi betul seperti yang puan bagi tau dia memang sangat rapat dengan saya. Lepas ni saya akan lebih bertegas dengan dia dan minta dia bersabar.
Terima kasih puan atas perkongsian
Jawapan Saya:
Tepat Puan yang bijak.
Jadi sebenarnya kefahaman dia bab janji minggu depan (masa) tu belum matang (kan betul, puan lah yang tahu dasar kepada tips of iceberg dia tu)
Puan boleh ganti dengan puan masakkan sendiri keropok tu, mesti dia suka ☺, keropok sayur tu, better sikit la than jajan beli di luar sana tu :).
Refleksi Saya:
✔ Memang anak kecil dalam lingkungan usia 2-3 sedang peringkat ekspresi emosi (level kedua : otak emosi setelah otak reptilian – level pertama)
✓ Usia ini juga semasa dia ekspres emosi dia, dia juga belajar cara adjust / regulate dan salur emosi dengan cara betul (emotional regulation – how to urus emosi yang dirasai secara tetiba spontan kerana peristiwa sesuatu), terutama daripada ibubapa sendiri semasa dia ekspres emosi dia tu.
✔ Contoh dia menangis kerana frust tak dapat barang mainan abang yang dia ingatkan barang dia (budak usia 2 memang selalu ingat semua barang dia, dia punya dan barang orang, dia punya juga haha 😂), so semasa dia menangis tu katakan ibubapa marah dan suruh diam, dia belajar yang emosi frust dan tingkahlaku menangis adalah tidak dibenarkan 😓. Maksud, kita deny kewujudan emosi dia. Dia boleh jadi keliru sebenarnya.
✔ Ingat, semua emosi adalah layak untuk diiktiraf kewujudannya, ia adalah ‘real‘. Bukan dibuat-buat untuk tarik perhatian semata (walau seperti benar sengaja nak tarik perhatian, namun untuk pertama kali dan beberapa situasi awal, dia memang benar-benar rasakan emosi itu).
Kadang dia ‘sense’ yang bila dia menjerit menangis kuat depan orang ramai (katakan kawan kita atau nenek atuk yang dia jarang jumpa tu) kita respon dengan sangat baik, berempati lebih dari di rumah, maka dari learnt behaviour ini memang reaksi menangis or pukulan dia akan jadi lebih kuat di luar rumah berbanding di rumah (kerana perhatian / reward diterima) termasuk juga ditambah oleh sebab emosi geram dan keliru dia tu terkumpul dan terpendam lama….. so ia burst.
✓ Caranya boleh refleksikan emosi dan tingkahlaku si anak dengan berkata: “Oh Ya Allah, Adik sangat frust sebab tak dapat mainan abang.. Adik sedih so adik pun nangis kuaaat. Meh peluk Mama.”.
Lepas dia lega, ajar dia untuk request secara berhemah kepada abangnya, “Adik cakap kat abang, Abang, boleh adik pinjam mainan abang ni tak?”. Bila abang beri, ucapkan “terima kasih abang yang baik, sayang abang, lepas ni share la lagi, siaan adik” 😀😁..
✓ Dan bab matang emosi ni bukan sekadar usia 2-3, usia 2-3 adalah peak untuk ekspres emosi real sebenar tanpa sorok/tahan-tahan macam orang besar tau (orang besar biasa depan lain, dalam hati lain tu)!
✓ Luah emosi –> adjust emosi / kontrol emosi, masih belaku ketidakmatangan / matang in pogress happened sampai 5-6 tahun untuk lebih faham dan rasional (biasanya otak pemikiran rasional sikit dalam usia 4 ke atas, lebih stabil usia 7 ke atas).
✔ Maksud, masih ada ruang untuk pembelajaran urus emosi sehingga usia 5-6 macam tu (tupun anak lelaki usia 5-6 sangat luar biasa maskuliniti dia, power dia, hero dia disebabkan hormon testosteron dia), lebih matang usia 7, dan ada lagi fasa emosi roller coaster peak pada usia 13-14 nanti, waktu remaja disebabkan perubahan hormon juga.
✓ Kita nak emosi dia sebagai emosi kanak-kanak settled lebih baik masa sebelum usia 7, agar remaja dia nanti lebih mudah di adjust dan dibantu semasa cabaran emosi remaja berlaku.
✔ Ada kanak-kanak bermula usia 10-11 mula bunga-bunga emosi remaja nya, bersedia lah! Layan dan support – peace yo!.
✓LAYAN, HADAPI DAN SUPPORT. BUKAN NAFIKAN, MATIKAN, BIARKAN, ABAIKAN.
✓ Tak apa, kita sama-sama belajar dan teruskan belajar, memahami aspek perkembangan EMOSI manusia, dan kehidupan.
✓ Ilmu kemanusiaan, parenting, semakin banyak di sekeliling kita, kita ambil peluang pelajari, ambil tahu, rugi jika kita rasa kita dah cukup tahu, cukup pengalaman.
✓ Zaman berubah, sahabat semua. Saya ada aja klien yang ada anak kecil setelah lama takda anak kecil, akui beza sungguh cara didikan dia perlu terapkan untuk anak kecil ini kerana zaman anak besar dia kecil dahulu, tak macam ni ! Memang lain. Especially anak yang lahir tahun 2012 ke atas (gen alpha) penuh dengan cabaran teknologi semasa. Gitew…. Sesuai dengan lambakan ilmu sains dan parenting masa kini, maka BESAR juga la cabaran yang kita harus terima dan hadapi dengan sebaik-baiknya……
Akhir Kata / Kesimpulan
Saya doakan kita semua beroleh ilham dan instict yang benar, rujukan yang benar, untuk bantu kita buat keputusan yang baik, dan terus membina kepercayaan yang baik dan positif kepada anak-anak kita ini.
Once kita dah mula ada salah sangka dan beri bad label pada anak kita sendiri (kadangkala iyer, ia berlaku: satu detik dalam hati, cepat-cepatlah istighfar dan ambil wudhu’ insyaAllah lepas tu pandang anak rasa positif dah), sejujurnya saya bimbang sebab jika bukan ibubapa yang positif kepada anak-anak, siap lagi?
Cabaran di luar sana sangat besar, dan tarikan di luar juga amat kuat. Jika tarikan yang baik tidak mengapa, isunya tarikan yang kuat itu kebanyakannya yang kurang baik dan tidak ditapis-tapis lagi. Amalkan doa untuk pelihara anak kita dari keburukan di luar sana. Surah Al kahfi sangat baik untuk dihafal dan diajar anak hafal 10 pertama dan 10 terakhir ya.