Anak Fasa Usia 7-14, Siap Sediakan Dengan Ilmu Perkembangan Remaja
Berikutan hasil didikan anak peringkat pertama 0-7 tahun adalah RAJA kepada KERAJAAN BERMAIN nya,(post di sini) Saya berasa terkesan pabila anak sudah memasuki usia 7 tahun, dan memasuki fasa sekolah rendah, ‘primary 1’ untuk Fateh, dan kini dia masuk Fasa 2 iaitu menjadi PEKERJA atau PEMBANTU dan perlu lebih latihan dan bimbingan secara lebih serius dalam satu-satu tanggungjawab yang diamanahkan. Namun ia berlaku secara sedikit demi sedikit dan berterusan (istiqamah). Fasa 2 ini, ketara stabiliti untuk Fateh, dari segi – persekolahan– tanggungjawab– emosi– spiritual Iaitu apa apa ditanam semasa zaman bayi dan awal kanak-kanaknya,itulah dirinya sekarang. (Keinginan selalu besar, ‘How to’ selalu di minda sejak usia 2 lebih dan baru ni nak buat sendiri Spinner, cari di Youtube dan buat dengan ayahnya. Baru ini terbaca lagi buku Pak Munif Chatib – Orang Tuanya Manusia,Dan saya setuju sangat. Fasa anak usia 7-14 jika dilihat merangkumi dua skop iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah rendah sampai Form 2 (jika di Malaysia). Fasa ini di dalam buku ini, ditekankan mengenai persediaan anak memasuki alam remaja. Pada saya ia amat benar, perkara besar dan penting. Sebab, memang iyer, ramai anak kawan-kawan saya (sebab saya berkahwin lambat), usia ,8,910 sudah mula menampakkan cirip-ciri nak jadi remaja (terutama perempuan sebab perempuan lebih cepat matang dan akan akil baligh awal berbanding anak lelaki). Saya melihat juga pada klien kanak-kanak saya. Kebiasaannya klien kanak-kanak saya pada usia 10-11 sudah nampak ciri seorang remaja (minat solekan, perasaan ingin tahu tinggi mengenai seksualiti, jealousy among peers ikut jantia, dll). Dari segi penampilan, curiosity, minat berlawanan jantina, dan sebagainya – adalah antara topik ibubapa nak sedia berbincang dengan anak. Menariknya beberapa hari lalu, Fateh beria-ia nak beli ‘minyak wangi nak bawa solat macam kawan/abang-abang’. Dia ni darah O (Feeling) dan ekstrovert Te memang mudah terpengaruh dengan luaran. Cuma menariknya masa mencari-cari […]