Anak Fasa Usia 7-14, Siap Sediakan Dengan Ilmu Perkembangan Remaja

144   144SharesBerikutan hasil didikan anak peringkat pertama 0-7 tahun adalah RAJA kepada KERAJAAN BERMAIN nya,(post di sini) Saya berasa terkesan pabila anak sudah memasuki usia 7 tahun, dan memasuki fasa sekolah rendah, ‘primary 1’ untuk Fateh, dan kini dia masuk Fasa 2 iaitu menjadi PEKERJA atau PEMBANTU dan perlu lebih latihan dan bimbingan secara lebih serius dalam satu-satu tanggungjawab yang diamanahkan. Namun ia berlaku secara sedikit demi sedikit dan berterusan (istiqamah). Fasa 2 ini, ketara stabiliti untuk Fateh, dari segi – persekolahan– tanggungjawab– emosi– spiritual Iaitu apa apa ditanam semasa zaman bayi dan awal kanak-kanaknya,itulah dirinya sekarang. (Keinginan selalu besar, ‘How to’ selalu di minda sejak usia 2 lebih dan baru ni nak buat sendiri Spinner, cari di Youtube dan buat dengan ayahnya. Baru ini terbaca lagi buku Pak Munif Chatib – Orang Tuanya Manusia,Dan saya setuju sangat. Fasa anak usia 7-14 jika dilihat merangkumi dua skop iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah rendah sampai Form 2 (jika di Malaysia). Fasa ini di dalam buku ini, ditekankan mengenai persediaan anak memasuki alam remaja. Pada saya ia amat benar, perkara besar dan penting. Sebab, memang iyer, ramai anak kawan-kawan saya (sebab saya berkahwin lambat), usia ,8,910 sudah mula menampakkan cirip-ciri nak jadi remaja (terutama perempuan sebab perempuan lebih cepat matang dan akan akil baligh awal berbanding anak lelaki). Saya melihat juga pada klien kanak-kanak saya. Kebiasaannya klien kanak-kanak saya pada usia 10-11 sudah nampak ciri seorang remaja (minat solekan, perasaan ingin tahu tinggi mengenai seksualiti, jealousy among peers ikut jantia, dll). Dari segi penampilan, curiosity, minat berlawanan jantina, dan sebagainya – adalah antara topik ibubapa nak sedia berbincang dengan anak. Menariknya beberapa hari lalu, Fateh beria-ia nak beli ‘minyak wangi nak bawa solat macam kawan/abang-abang’. Dia ni darah O (Feeling) dan ekstrovert Te memang mudah terpengaruh dengan luaran. Cuma menariknya masa mencari-cari […]

Berikutan hasil didikan anak peringkat pertama 0-7 tahun adalah RAJA kepada KERAJAAN BERMAIN nya,
(post di sini)

Saya berasa terkesan pabila anak sudah memasuki usia 7 tahun, dan memasuki fasa sekolah rendah, ‘primary 1’ untuk Fateh, dan kini dia masuk Fasa 2 iaitu menjadi PEKERJA atau PEMBANTU dan perlu lebih latihan dan bimbingan secara lebih serius dalam satu-satu tanggungjawab yang diamanahkan. Namun ia berlaku secara sedikit demi sedikit dan berterusan (istiqamah).

Fasa 2 ini, ketara stabiliti untuk Fateh, dari segi

– persekolahan
– tanggungjawab
– emosi
– spiritual

Iaitu apa apa ditanam semasa zaman bayi dan awal kanak-kanaknya,
itulah dirinya sekarang.
(Keinginan selalu besar, ‘How to’ selalu di minda sejak usia 2 lebih dan baru ni nak buat sendiri Spinner, cari di Youtube dan buat dengan ayahnya.

Baru ini terbaca lagi buku Pak Munif Chatib – Orang Tuanya Manusia,
Dan saya setuju sangat.

Fasa anak usia 7-14 jika dilihat merangkumi dua skop iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah rendah sampai Form 2 (jika di Malaysia).

Fasa ini di dalam buku ini, ditekankan mengenai persediaan anak memasuki alam remaja.

Pada saya ia amat benar, perkara besar dan penting.

Sebab, memang iyer, ramai anak kawan-kawan saya (sebab saya berkahwin lambat), usia ,8,910 sudah mula menampakkan cirip-ciri nak jadi remaja (terutama perempuan sebab perempuan lebih cepat matang dan akan akil baligh awal berbanding anak lelaki).

Saya melihat juga pada klien kanak-kanak saya.

Kebiasaannya klien kanak-kanak saya pada usia 10-11 sudah nampak ciri seorang remaja (minat solekan, perasaan ingin tahu tinggi mengenai seksualiti, jealousy among peers ikut jantia, dll).

Dari segi penampilan, curiosity, minat berlawanan jantina, dan sebagainya – adalah antara topik ibubapa nak sedia berbincang dengan anak.

Menariknya beberapa hari lalu, Fateh beria-ia nak beli ‘minyak wangi nak bawa solat macam kawan/abang-abang’.

Dia ni darah O (Feeling) dan ekstrovert Te memang mudah terpengaruh dengan luaran.

Cuma menariknya masa mencari-cari di rak (kedai mall besar) tu, saya tak jumpa.
Cadang kat dia deodorant dia tak nak, cadang kolon perfume dia tak nak, syukur tetiba Allah lorongkan, jumpa botol minyak wangi ni jenama Shurah (macam biasa dengar, dan islami kan), ada perfume mesra solat dan apa-apa tu. (maknya kalau boleh bau-bau wangi tak payah lah, sebab maknya tak pakai, kalau EO YL tu ok la kot).

Menariknya lagi,
Beri dia pilih bau,
Haha, mak nya pilih bau soft sedap gitu,
Dia pilih yang hmmmhh ok, memang bau untuk orang lelaki la kan.

Betapa dia ialah anak lelaki, dan bakal menjadi lelaki dewasa (hokay, bersedia maznah).

Offer ayahnya, ayahnya memang tak pakai benda ni semua, memadai garam pink aja menghilangkan bau ehem ehem di ketiaknya hehehhehe (rahsia selamat – boleh share).

Belum lagi bab dia minat kawan sekelas dia dan sebagainya (rahsia selamat, Mummy dan Ayah aja tahu ok).

Dari buku Pak Munif ni juga (macam kenal tapi tak pernah jumpa Pak Munif ni),

Dia sendiri terkesan apabila sahabatnya menjemput ke rumah untuk beri pengisian, dalam satu majlis khas diadakan, untuk meraikan si anak sahabat ini sudah masuk akil baligh.

Betapa ia dilakukan dengan penuh hormat, dan penuh dengan peringatan kasih sayang mengenai kehormatan diri, penjagaan diri, dan tanggungjawab diri.

Berapa ramai antara kita raikan anak bila anak kita akil baligh? Macam tak pernah dengar, kan?

Seingat saya masa saya Form 1, kawan saya menangis nangis kerana sudah period di sekolah dan terkejut (tidak sedia/prepare). Gurulah masa tu memberitahu, untuk apa sedih, tapi bergembira kerana anda sudah matang, besar, boleh jadi seorang ibu. Jadi jagalah kehormatan diri lebih serius lagi.

Jadi, antara poin utama saya nak skongsi dan sama-sama beri peringatan kepada diri kita semua sahabat pembaca ialah,

Bimbing anak dalam fasa usia 7-14 dengan persediaan alam remaja, selain:

– jadikan mereka pembantu (iaitu tugas-tugas tertentu sudah boleh dipertanggungjawabkan seperti menutup pintu, mengunci pintu, basuh kereta, sidai tuala semua, kemas sejadah semua) dengan lebih serius tugas itu, kerana –

– menurut perkembangan psikososial kanak-kanak usia 6-12, mereka amat eager untuk tugas industrious, dan sekiranya tidak ada tugas, mereka boleh jadi inferioriti (rendah diri).

Industrious ni bayangkan macam satu kilang industri, ada department dan tugas tertentu, khusus, laksanakan dengan sebaik mungkin. Tiada tugas khas, kecil hati mereka. Hatta tak terpilih untuk wakil rumah sukan berlari pun mereka sedih, kan? So bantu untuk channelkan potensi mereka ke kelas tertentu yang bantu mereka luah tenaga dengan bebas dan puas, maka insyaAllah mereka akan meningkat self esteem dan nilai diri mereka.

Untuk 7-14 seperti Parenting Rasulullah itu,
Ada tambahan usia 13-14,

Jadi saya nampak sangat baik ibu bapa semua sediakan diri dengan info tertentu bagaimana nak terangkan kepada anak mengenai seksualiti, perasaan terhadap badan, kemahiran sosial dengan lain jantina, dan sebagainya. Bukan masa anak dah usia 10 baru kelam kabut nak membaca ok.

Ia akan amat membantu untuk anak kenal diri,
Selesa diri,
Urus emosi diri dan perhubungan rakan sebaya,
Dan menjadi seorang ‘menteri’ kelak pada usia 14-21 (juga usia remaja melangkaui ke usia awal dewasa, walau remaja tu kadang teori ada sampai usia 18 atau 22).

Usia 21, mereka siap sedia menjadi diri mereka yang dewasa,
matang, dan ibarat seperti Sultan Muhammad Al Fateh yang boleh mengendali seluruh tenteranya dalam menakluki kota konstantinople, usia 21. Pemuda berjiwa negara.

Walau anak perempuan, mereka juga adalah serikandi negara, samada di belakang atau di depan tabir, mereka perlu siap sedia untuk pertahan diri. Moga saya dapat share / tulis lebih mengenai ini nanti.

Cetusan rasa,
Maznah Ibrahim

7 Mac 2019
Fateh 7 tahun lagi 3 hari cukup 7 tahun 1 bulan.

Dapatkan Webinar ‘STORM and STRESS’ bagi persiapan anak kita berusia 7-14 tahun untuk fasa alam remaja, Boleh dapatkan di sini.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *