Adakah Anak Kita ‘A Wanted Child’ ?

81   81Shares A Wanted Child Seringkali bila saya kesibukan,mengurus urusan dalam rumah,dan serentak itu si kecil bayi Yumna yang masih ‘high dependant’ kepada ibunya, memanggil-manggil, bersuara, merangkak ke arah saya, saya akan alami rasa bersalah sedikit. Saya usaha laju laju buat kerja,sambil bersuara / cakap sesuatu :- “Naaa… Mummy di sini Naa… Mummy tengah buat pankek pisang Kakak ni, Naa cari Mummya ya.. Kejap sikit ya Naaa…”. maka dia akan dengar dan tenang sedikit. Bila dah stabil sikit alatan dan proses kerja saya tu baru saya angkat dia dan tunjukkan kerja yang saya sedang lakukan beserta dengan nama benda, dan perbuatan saya (contoh, ini sudip, ini bancuhan pisang, ini pinggan dsb). Tahap anak bayi mahu perhatian ibu ini,ialah sehingga dia akan ke dapur dan masuk ke ruangan kurang selamat untuknya. Beza dengan anak besar sedikit, mereka akan lebih mandiri (berdikari) lakukan sendiri,berupaya kerana kemampuan fizikal,dan kognitif mereka,beserta pengalaman kehidupan mereka, beberapa tahun itu.. Lalu di satu petang semalam, Ahad, saya duduk di bawah lantai dan memerhati sahaja si Yumna di atas katil sedang asyik bermain. Sengaja saya perhati dia penuh (full attention) tanpa toleh ke tempat lain walau sekejap pun. Dia pandang saya, senyum dan main semula. Dia pandang lagi saya,senyum dan main lagi, gerak sedikit, main dengan kakak nya, dan pandang saya lagi. (dan tentunya saya juga hanya pandang dia dan senyum). Ia berlaku beberapa kali hingga akhirnya dia merangkak kepada saya dan terus saya capai ketiak dia dan dukung peluk dia ke bawah (bersama saya di lantai). Saya katakan : “U are a wanted child”. “Mummy mahu Yumna selalu. I love u” (kiss dia). Saya tahu walau dia tak faham,dia tetap ‘rasa’. Rasa ‘dimahukan’,rasa penting,rasa disayangi,rasa selamat. Nah, kat situlah bermulanya perasaan yakin diri seorang anak. Dia adalah anak yang ibubapa mahu, maka konfiden lah dia nak menghadapi dunia […]

A Wanted Child

Seringkali bila saya kesibukan,
mengurus urusan dalam rumah,
dan serentak itu si kecil bayi Yumna yang masih ‘high dependant’ kepada ibunya,

memanggil-manggil, bersuara, merangkak ke arah saya,

saya akan alami rasa bersalah sedikit.

Saya usaha laju laju buat kerja,
sambil bersuara / cakap sesuatu :- “Naaa… Mummy di sini Naa… Mummy tengah buat pankek pisang Kakak ni, Naa cari Mummya ya.. Kejap sikit ya Naaa…”.

maka dia akan dengar dan tenang sedikit.

Bila dah stabil sikit alatan dan proses kerja saya tu baru saya angkat dia dan tunjukkan kerja yang saya sedang lakukan beserta dengan nama benda, dan perbuatan saya (contoh, ini sudip, ini bancuhan pisang, ini pinggan dsb).

Tahap anak bayi mahu perhatian ibu ini,
ialah sehingga dia akan ke dapur dan masuk ke ruangan kurang selamat untuknya.

Beza dengan anak besar sedikit,
mereka akan lebih mandiri (berdikari) lakukan sendiri,
berupaya kerana kemampuan fizikal,
dan kognitif mereka,
beserta pengalaman kehidupan mereka, beberapa tahun itu..

Lalu di satu petang semalam, Ahad,

saya duduk di bawah lantai dan memerhati sahaja si Yumna di atas katil sedang asyik bermain.

Sengaja saya perhati dia penuh (full attention) tanpa toleh ke tempat lain walau sekejap pun.

Dia pandang saya, senyum dan main semula.

Dia pandang lagi saya,
senyum dan main lagi, gerak sedikit, main dengan kakak nya, dan pandang saya lagi. (dan tentunya saya juga hanya pandang dia dan senyum).

Ia berlaku beberapa kali hingga akhirnya dia merangkak kepada saya dan terus saya capai ketiak dia dan dukung peluk dia ke bawah (bersama saya di lantai).

Saya katakan :

“U are a wanted child”.
“Mummy mahu Yumna selalu. I love u” (kiss dia).

Saya tahu walau dia tak faham,
dia tetap ‘rasa’.

Rasa ‘dimahukan’,
rasa penting,
rasa disayangi,
rasa selamat.

Nah,
kat situlah bermulanya perasaan yakin diri seorang anak. Dia adalah anak yang ibubapa mahu, maka konfiden lah dia nak menghadapi dunia ini.

(Bayangkan sahaja anda tak dimahukan organisasi tempat kerja, anda boleh ‘rasa’, datang aja ke company baru itu, macam tak welcomed, huhu??. Contoh lain macam datang ke keluarga mertua yang anda adalah tak dimahukan oleh mertua ?).

Dari dalam rahim,
lahir-lahir saja sudah 25% neuron telah siap berhubung.

Maksudnya,
dari dalam kandungan,
sebaik dia ‘menjadi penjaya’,
menjadi zigot, setelah tersenyawa,

dan akhirnya menempel di dinding rahim ibunya,
dan jadi janin,

Dia kemudiannya diketahui kewujudannya
(ada yang seawal 2-4 minggu, ada yang selewat 20 minggu sudah 5 bulan baru tahu),

emosi dan bonding (kerapatan),
bermula dengan ‘perasaan dan kepercayaan’ dalam diri si janin :-

“Saya adalah anak yang dimahukan oleh ibubapa saya”..

Dan ia dimasukkan dengan petanda emosi anda sendiri di sepanjang kehamilan.

Mahu, dan rai anak dalam rahim ini,

atau tidak mahu anak ini,

atau abai sahaja, tiada pernah laku apa apa.

Amat penting anda bercakap cakap dengan bayi, atau rasakan, yang dia adalah anak yang dimahukan oleh anda, pasangan, dan adik beradiknya.

Itu yang saya lakukan untuk ketiga tiga anak saya,

Kami plan,

dan kami excited,

kami jumpakan anak besar dengan janin dalam perut (sesi scan), beri masa bonding terbentuk untuk anak dah lahir (abang kakak dia) dengan janin, geletek dan tiup selalu di perut, cakap cakap dll.
(Ebook Percuma: Adik Beradik Ngam Sejak Dalam Kandungan)

Sebab banyak kes psikiatri kanak-kanak klien saya,
saya dapati agak ramai juga bermula berpunca dengan stres ibu alami semasa mengandung,

termasuk suami jarak jauh, sambung study, ibu sorang sorang handle anak kecil ramai,
bergaduh / konflik besar dengan suami hingga akhirnya berpisah,
tekanan kehidupan melampau…. dsb.

Maksud tak sempat nak bercakap dan berasa dengan bayi dalam kandungan yang ‘bayi ini amat dinantikan oleh mak dia ayah dia, dan adik beradik dia.

Namun,
25% sudah terisi sebaik lahir,
tetap masih ada balance banyak percent,

Sinaps anak paling pantas berhubung semasa peringkat 0-2 tahun. Jika psikososial menyatakan ia peringkat pembinaan ‘kepercayaan’ kepada ibubapa / penjaga utama. Sebaliknya tiada atau kurang ini, mudah ada isu tidak percaya (kepada orang lain, kepada diri, dan dunia sekitar). Usia 0-2 ialah tapak asas yang amat penting. Biar anda susah semasa mereka bayi, demanding tinggi, tapi anda akan senang bila dia cecah usia 4 ke atas bila masuk tadika.

Jika tiada stimulasi positif yang kuat untuk seimbangkan dengan stres sejak dalam kandungan (ibarat 1 nisbah 5, iaitu gandakan 5 kali untuk stimulasi / rangsangan emosi positif dari pelakuan, layanan, perkataan dsb)
maka itulah berakhir dengan sakit dan tingkahlaku misteri yang berakhir dengan psikiatrik (masalah kesihatan mental).

Namun, menariknya ramai yang saya jumpa,
ibu sangat stres semasa mengandung,
dan anak sangat ok, stabil positif,
sebab ibu ada balance kan dengan amalan amalan tertentu dengan istiqamah,
terutama berkait dengan spiritual,
seperti Quran tak tinggal, dan
solat malam tak tinggal. Banyakkan koneksi dengan Maha Pencipta.

UnWanted Child ?

Untuk anak sudah besar sedikit, kita alami cabaran meletakkan mereka di sistem tempat lain selain rumah kerana kita bekerja,

Salah satu pentanda unwanted child ialah bila ibu ayah letak lama sangat kepada penjaga lain, sering ambil lewat, tidak bawa bersama tanpa ganti balik masa, dan kurang luang kualiti masa dengan si kecil. Jika sibuk macam mana pun, ada caranya penuhi tangki emosi mereka.

The bonding time for parents-young children is must be always be on the floor,
where the right is equal,
the voice can be heard,
and the connection can be felt.

biarlah semua anak kita adalah anak yang dimahukan,
oleh kita sebagai ibubapa,
dan renungkan sahaja,
betapa dia berjaya ‘menjadi’,
kerana dia dimahukan oleh Allah.. ???

Sebab Allah izinkan dia terjadi.

Jadi,
siapalah kita yang menidakkan kewujudan, kejadian anak ini,
sebab kita ini tiada apa apa pun. Bukan Tuhan.

Anak ini milik Allah jua.
Diletakkan di rahim kita,
untuk kita teruskan misi menjadikan dia ‘Penjaya’.

Tips,

cuba renung anak,
lama,
tak toleh tempat lain,

bila dia pandang,
senyum sahaja,

hingga satu saat si anak besar boleh berbicara akan bertanya :

“Ada apa Mama ni,
Kenapa pandang Abang/Kakak macam tu?”

Senyum, dan jawabkan saja,

“Abang/ Kakak / (nama dia), adalah anak yang Mama mahukan,
Mama sayang sangat,
Mama mahu Xx jadi Kakak / Abang yang baik,
soleh, solehah,
layan adik beradik dengan baik,
dengar kata Allah, Rasul, Mama, Ayah,
(masukkan skrip baik baik yang anda mahu dia jadi)”

perkataan ialah nutrien untuk pokok teguh sihat dan berbuah (berhasil)

InsyaAllah dia akan terkesan,
dan jadi seperti apa anda sebutkan tadi.

Dan bawalah dia bila kita outstation ke mana-mana pun, walau susah macam mana pun, namun dekat di mata, hati dan minda mereka.

Teringat cerita ‘Dear Zindagi’, si watak utama merasa amat marah tak terluah kepada ibu bapanya kerana mengganggap diri ‘menyusahkan’ ibubapa yang sedang struggle untuk bangkit dari perniagaan. Ibubapa tinggal jauh di luar negara, meninggalkan si anak dengan atuk nenek dan si anak menulis surat setiap hari dan tiada balasan.

Pabila terdengar perbualan ibu dan atuk neneknya, baru dia tahu rupanya ‘dirinya menyusahkan sekiranya ibubapa bawa bersama ke luar negara’. Perkara itu tertanam dan menjadi kepercayaan dalam dirinya sampai besar – trigger dengan perkataan ‘menyusahkan ibubapa’.

(nanti tengok kat Netflix ya).

Maznah Ibrahim.

Dapatkan Ebook Premium; Apa ucapan atau ayat nak ucap pada anak bagi situasi khusus sepanjang usia 0-18 tahun, di Ebook Hypnoscript untuk anak di sini.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *