Anak Susah Potong Kuku, Macam Mana Nak Bagi Dia Sukarela Gembira Dipotongkan Kukunya

23   23SharesAgak common anak kecil sukar dipotongkan kukunya. Mereka biasanya tak gemar, dan kerap mengaitkan dengan rasa ‘sakit’ ?, ‘takut’ ?, tak selesa ? dan berakhir dengan mengelak dan menangis melalak ? bagai nak ‘rak’. Saya kongsikan satu cara yang paling harmoni dan ‘reverse psychology’, sesuai untuk anak yang sudah agak baik ‘kawalan motor halus’ nya sekitar usia 3-4-5 (lebih kurang). ? (macam mana nak tahu dia sudah baik kawalan motor halus, dia sudah boleh menggunting dengan agak baik sebab gunting adalah satu alatan tajam dan dikatakan ‘bahaya’). 1.Sediakan diri anda untuk jadi ‘klien’. Maksud, anak pemotong kuku, anda yang dipotong kuku. 2. Katakan: “Adik nak tolong Ayah / Mama tak? Kuku Ayah/ Mama panjangla, tolong potongkan. 3. Pasti si anak suka dan mahu ??? *** 4. Walau si anak memegang pengetip kuku, sebenarnya yang mengawal 90% majoriti ialah tangan ibu ayah. Anak ala-ala memegang dan mengetip kuku kita namun sebenarnya kawalan utama adalah dari tangan si ibu ayah. 5. Selesai ibu/ ayah dipotongkan kukunya, tawarkan khidmat tukar peranan; ibu / ayah jadi tukang potong, manakala si anak pula jadi ‘klien’ (customer). 6. InsyaAllah selesai, semua tangan dan kakinya dipotongkan kukunya (10 jari x 2). ? Cubalah ya. Video Khairunnisa 4 tahun 1 bulan potongkan kuku ayah dia: ***Nota. Sebab apa anak suka, dan sesuai kaedah ini: ? Sebab anak usia 2-7 ini memang egosentrik iaitu dia sahaja betul, dan apa-apa perkara berpusatkan kepada dirinya. Jadi caranya beri dia buat dulu (kita give in, then he will give in back). ? Peringkat autonomi juga membuatkan anak usia bermula 1.5 tahun ke atas mahu buat sesuatu dengan cara dia, bukan cara kita. Mereka perhati kita sejak bayi dan kini mereka mahu cuba buat sendiri. (Pastinya memotong kukunya sendiri kita tak benarkan kerana bahaya, jadi kita pegangkan dan dia pegang bersama alat ini) […]

Agak common anak kecil sukar dipotongkan kukunya. Mereka biasanya tak gemar, dan kerap mengaitkan dengan rasa ‘sakit’ ?, ‘takut’ ?, tak selesa ? dan berakhir dengan mengelak dan menangis melalak ? bagai nak ‘rak’.

Saya kongsikan satu cara yang paling harmoni dan ‘reverse psychology’, sesuai untuk anak yang sudah agak baik ‘kawalan motor halus’ nya sekitar usia 3-4-5 (lebih kurang). ?

(macam mana nak tahu dia sudah baik kawalan motor halus, dia sudah boleh menggunting dengan agak baik sebab gunting adalah satu alatan tajam dan dikatakan ‘bahaya’).

1.Sediakan diri anda untuk jadi ‘klien’. Maksud, anak pemotong kuku, anda yang dipotong kuku.

2. Katakan: “Adik nak tolong Ayah / Mama tak? Kuku Ayah/ Mama panjangla, tolong potongkan.

3. Pasti si anak suka dan mahu ??? ***

4. Walau si anak memegang pengetip kuku, sebenarnya yang mengawal 90% majoriti ialah tangan ibu ayah. Anak ala-ala memegang dan mengetip kuku kita namun sebenarnya kawalan utama adalah dari tangan si ibu ayah.

5. Selesai ibu/ ayah dipotongkan kukunya, tawarkan khidmat tukar peranan; ibu / ayah jadi tukang potong, manakala si anak pula jadi ‘klien’ (customer).

6. InsyaAllah selesai, semua tangan dan kakinya dipotongkan kukunya (10 jari x 2). ?

Cubalah ya.

Video Khairunnisa 4 tahun 1 bulan potongkan kuku ayah dia:

https://www.facebook.com/maznah.ibrahim.73/videos/vb.1004411173/10215871593915135/?type=3
Khairunnisa’ 4 Tahun 1 Bulan Seronok Potongkan Kuku Ayah dia : “Kuku ayah dah kurang, hehehe”.

***Nota.

Sebab apa anak suka, dan sesuai kaedah ini:

? Sebab anak usia 2-7 ini memang egosentrik iaitu dia sahaja betul, dan apa-apa perkara berpusatkan kepada dirinya.
Jadi caranya beri dia buat dulu (kita give in, then he will give in back).

? Peringkat autonomi juga membuatkan anak usia bermula 1.5 tahun ke atas mahu buat sesuatu dengan cara dia, bukan cara kita. Mereka perhati kita sejak bayi dan kini mereka mahu cuba buat sendiri. (Pastinya memotong kukunya sendiri kita tak benarkan kerana bahaya, jadi kita pegangkan dan dia pegang bersama alat ini)

? Usia ini juga mereka suka main peranan dan in charge, iaitu berlagak seperti orang dewasa dan ini merupakan keseronokan dalam kehidupan mereka sebagai Raja kepada Kerajaan Bermain. Jadi, tukar peranan!

? Kaedah tukar peranan ini pernah saya gunakan masa Fateh mahu meminta-minta susu botol dahulu dan mahu segera. Gaya demanding dia saya tiru dan dia jadi Mummy. Baru dia rasai perasaan saya, tertekan dan rimas bila diminta-minta oleh ‘saya’ sebagai anak dia, ‘Fateh’. Ini mengaktifkan rasa ’empati’ dia (dalam unsur EQ anak).

Refleksi,
Maznah Ibrahim

⏩⏩⏩Dapatkan Ebook Premium ‘Hypnoscript’ untuk anak bagi situasi khusus usia 0-18 tahun di sini selagi masa masih ada untuk harga jimat.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *