Anak Selalu Cemerlang Akademik,
Tetapi Pada Hari Anugerah, Tak Tercalon Sebagai Penerima Hadiah Naik Ke Pentas Sedangkan Kawan Baiknya Naik ke Pentas Beberapa Kali..
Pasti anak pun rasa sedih dan cemburu kan?
Jadikan cemburu itu sebagai semangat motivasi dan cemburu positif!
Tetiba saya teringat anak saya sebab anak kami sama usia, 7 tahun dan puan yang bertanya ni follower saya sejak anak saya Fateh usia bayi.
Saya kongsikan pengalaman saya ya.
Bertuahnya saya sebab dapat banyak pengalaman dari orang lain sebab banyak jumpa orang untuk sesi kaunseling dan consult ramai orang, dalam training / talk dan media sosial macam ni, kan ?
Maka anak saya ni saya masukkan ke sekolah yang prasekolah dia 4-6 tahun dan terus bersambung ke sekolah yang sama 7-12 tahun.
Antaranya saya nampak isu apabila mostly kanak-kanak memang semulajadi perform elok, result bagus, markah 100 atau 98% semasa peringkat prasekolah, tetapi apabila masuk sekolah formal Darjah 1, tak kurang ramai juga yang menurun dan tak dapat kekal markah macam tu.
Maka terjadilah ‘rasa hati’ ibubapa terhadap pencapaian anak ini. Nak nak kita ni banyak fokus pada pencapaian akademik dan bukan pencapaian bagus emosi.
Saya suka sekolah anak saya ni, sebab ia ada kesinambungan untuk pemantauan perkembangan dia dari usia 4 tahun. Penilaian dia adalah berterusan dan progres dia lebih dibandingkan untuk dirinya berbanding diri orang lain (sedikit anugerah untuk keseluruhan, namun banyak anugerah untuk tiap individu, unik sangat kan?). Guru juga kenal dan tahu jelas kekuatan dan kelemahan dia.
Jadi anak saya ni terima anugerah Best Volunteer, gamaknya dia selalu volunteer bantu guru, rajin buat khidmat dalam sekolah dan terbaik dalam aspek ini berbanding rakan lain yang mana setiap murid ini dimasukkan ke 1 kategori anugerah masing-masing!
Adiknya 4 tahun lagilah, saya ingatkan anugerah kategori akademik terbaik lah (sebab markah tu macam nak dekat penuh, purata 60% dia dapat 59.6%)
*40% lagi ialah 20% Character Building dan 20% Continuous Assessment iaitu penilaian sepanjang semester di dalam kelas, kerja yang dihasilkan, keterlibatan dan motivasi dia dalam pembelajaran.
Tapi adik dia dapat anugerah ‘Most Cheerful Student’. Canggih sangat tuh.
So bayangkan murid sekolah ni 100 lebih dan setiap murid disebut namanya dan naik ke atas pentas untuk terima anugerah ini. MasyaAllah la haw la wa la quwa ta illah billah.
Sangat baik untuk self esteem mereka, kan?
Pengalaman Down Kecil Fateh Berkenaan Pentas
Anak saya Fateh ni pernah rasa ‘tak ok’ (down, cemburu, sedih) bila tak naik ke pentas masa sukan sekolah tahun 2019 ni.
Sukan tu kan sekali setahun. Sebab tahun lalu dia ada masuk lari dan naik pentas tapi kali ni tak terpilih untuk larian. Sukaneka kumpulan dia pula taklah menang mana.
Saya cuma katakan :
“Tak apa insyaAllah nanti tahun depan Fateh boleh naik pentas untuk acara larian berganti tu sebab Fateh akan ada masa yang lama untuk berlatih lari, 1 tahun”.
Mak macam konfiden aja bunyinya kan? Heheheh.
1, ianya doa.
2, ianya setkan LUA (Law Of Universal Attraction), sesuatu difokuskan, akan terjadi sebab menarik perkara difokuskan itu.
Lepas tu saya tambah, dan ayat saya ini memang lebih mahal dan unik!
Fateh, setiap orang kelebihan tak sama. Ada orang memang diberi kelebihan untuk fizikal, dan dia bagus dalam acara sukan sukan macam ni.
Ada orang, macam Fateh ni, jenis kekuatan berfikir, sebab Fateh kan Thinking so nanti Fateh boleh menang dalam pertandingan melibatkan pemikiran macam robotik ke, programming ke mana tau kan pada masa depan.
Ni bagus sebab dah tahu kelebihan dia dalam STIFIn, Thinking memang tenaganya banyak di otak, dan fizikal kurang, walau dia aktif fizikal masa kecil-kecil dulu, dia sebenarnya sebagai Thinker akan perlu gunakan Mobiliti (Pergerakan) untuk recaj tenaga negatif atau up kan motivasi dia bila rendah. Sebab bila banyak berfikir memang dia akan penat di otak, dan perlu recover atau balance kan balik dengan aktiviti bebas fizikal.
(contoh masa quiet time usia prasekolah dia tak boleh tidur dan dia akan stres berfikir kenapa abang besar boleh tak payah tidur tapi dia Kinder Khalifah ni kena tidur, memang stres betullah dia. Sampai jadi isu antara sebab dia taknak ke sekolah. So kami bincang dengan teacher kelas dia untuk benarkan dia jenjalan lawat kelas lain masa quiet time ni asal tak ganggu kawan. Dia ni asalkan dia mobile boleh bergerak fizikal, dia akan ok dah, dan ini strategi management khusus untuk dia sebab saya tahu STIFIn dan saya hadiri kursus advance untuk tematik Parenting dan Teaching dan membaca buku tambahan lain juga mengenai STIFIn dan anak.
Then ayah dia tambah,
“Masa sekolah dulu ayah pun tak terpilih untuk larian. Tapi Ayah berlatih kat sukan lain, lepas tu ayah terpilih jadi penjaga gol dalam game bola sepak. (nada gurau dan lawak)”.
Terkekek-kekek anak ketawa. Terus dia ok dan tak sebut apa dah berkaitan itu.
Jawapan Saya Untuk Kes Sahabat Puan Ini
Nak tau apa jawapan saya kepada kawan ni?
Ini jawapan saya kepadanya:
“Alhamdulillah anak puan jenis cemerlang akademik. Kita cuma nak bantu dia hadapi proses menerima perasaan sedih dan cemburu dalam hatinya dengan lebih baik kan??
Puan cuma perlu masukkan nilai, aja puan. Bagi register dulu dalam otak dia nilai dan makna ini.
Nilai anugerah, hadiah dan pengiktirafan naik pentas memang buat anak rasa rendah diri sebab usia 6-12 ialah industri vs rasa rendah diri (kita acknowledge dulu pasal cabaran dalam fasa usia dia ni, iaitu memang dia layak untuk rasa rendah diri dan cemburu).
Industri ni ketekunan, jadi anak-anak kecil ni akan define atau terjemahkan usaha ketekunan dia dengan reward material lebih dari lain sebab mereka ni masih kecil, belum boleh menilai sesuatu aspek itu dengan baik.
Namun apabila kita fokus kepada ketekunan dia, kita juga perlu bantu dia tukar perspektif baru yang dia punya usaha (ketekunan sebanyak itu) tu sebenarnya sudah sangat bagus dan mama amat hargai :
“Mama lihat bila Kakak buat a b c (nyatakan spesifik), Kakak dapat markah keseluruhan XX, kalaulah Kakak tak sungguh-sungguh rajin camtu, agaknya lagi rendah kan?
Dan maknanya kawan-kawan Kakak yang naik pentas ni usaha dia lagi lebih banyak dari Kakak lah kot???
(ini untuk trigger dia aja agar mula berfikir, menilai diri atau muhasabah diri), ia Intrapersonal Skill ya dalam 10 Multiple Intelligence dan mungkin dia nak target usaha lebih lepas ni.
Contoh macam Fateh saya masa usia 4 dia kurang sedikit dalam Buku Al Barqy ikut mukasurat berbanding kawan dia, dia jadi motivated dan berusaha lebih dan pada usia 5-6 macam tu buku Bacalah Anakku kawan dia buku 5 dan dia masih terkedek kedek buku 2 masa tu. Hakikatnya Fateh saya ni ada halangan dalam membaca (late bloomer) namun syukur dia kekal positif dalam motivasi pembelajaran di sekolah.
So nak konkritkan lagi reward usaha dia ni, boleh saja beri hadiah puan yang berbentuk material itu kepadanya,
Naik pentas (atas kerusi di rumah), ayah sebagai principal parent beri hadiah, dan ibu ambil gambar.
Sebagai tanda penghargaan kepada usaha nya di sepanjang tahun 2019 Darjah 1 ini.
Dia akan alami lagi situasi sebegini, di sepanjang kehidupannya kelak. Jauh lagi perjalanan dia, kan?
Antara yang boleh dikatakan juga ialah:
“Nanti Kakak akan naik ke pentas sama macam 3 kawan Kakak ni, Mama doakan” (pandang dia an senyum yakin).
Sebut dengan yakin.
Nanti tu ialah doa dan LUA,
insyaAllah, ada rezeki memang dia akan naik ke pentas sebagai ganjaran penghargaan atas usaha kerasnya selama ini.
Dan kata-kata ini lah yang akan boostkan semangat dia agar up dan looking forward untuk usaha lebih banyak ke depan mungkin.
Nilai lain ialah dari sisi spiritual.
Selalu ceritakan yang Allah pandang hambaNya yang berusaha dan bertawakkal lebih, dan bukan pandang manusia dari sudut pengiktirafan manusia, iaitu piala, sijil mahupun label manusia seperti lcantik atau hodoh.
So puan dah masukkan dua elemen iaitu EQ: usaha (emosi bersungguh dia di’acknowledge’, puan rasa bangga dengan kesungguhan dia dan dia di reward material) dan elemen SQ spiritual yang lebih long lasting.
Material hadiah dan anugerah ni sebenarnya boost sekejap saja self esteem kanak-kanak, dah ia lebih kepada ekternal/luaran dan di mata masyarakat. Sebenarnya yang lebih utama ialah dari sudut keyakinan dalam dirinya yang dia ada potensi dan kelebihan unik yang tiada pada individu lain. Walau tidak naik pentas, markah dia meningkat lebih sedikit dari semester 1 contohnya (macam Fateh saya, seorang average academic achiever saja).
dan memang kebanyakan anak kecil memandang dan mengukur material / gift sebagai hadiah atau tanda penghargaan. Namun kita yang tahu nilai emosi dan spiritual ni lagi penting, kita berikan selalu (perspektif baru emosi dan spiritual) kepada dia sebagai ‘bekalan yang tahan lama’. Dia akan kenang bila dia besar nanti, ok, insyaAllah.
CARE,
Maznah Ibrahim
———————–*——–*——–*——————————
Jum ke seminar separuh hari mengenai tantrum anak dan STIFIn pada 7 Disember di Sg Petani. Sambil balik kampung Utara tu boleh plan ke sini, dan tidur di situ.
Hubungi admin di whatsap 019 4705 625.