Peranan Ayah dalam Membentuk Karektor Anak


Dalam psikologi terdapat set ciri atau sifat maskuliniti dan feminiti, yang mana ciri maskuliniti lebih cenderung kepada sifat individu lelaki, manaklaa ciri feminiti lebih cenderung kepada sifat individu wanita. Ia sesuai dengan fitrah sifat wanita dan lelaki, dari segi biologi, sosial, dan agama.

Namun, kita semua memiliki ciri-ciri kedua-dua jantina ini, hanya kecenderungan atau lebih kepada salah satu, yang mana ia akan mengikut jantina atau peranan gender kita semua. Jika kita seorang wanita, maka kita akan lebih ke arah ciri feminiti dan jika kita seorang lelaki kita akan lebih ke arah ciri maskuliniti.

Saya melihat peranan ayah sebagai seorang lelaki, yang mempunyai ciri maskuliniti itu akan memberi kesan kepada karektor si anak dari segi ketegasan, ketekalan, kestabilan, fokus, tetap pendirian dan berfikir lebih dari emosi.

Namun, ayah yang memiliki ciri feminiti dalam dirinya seperti lebih mendengar, empati, dan mampu menonjolkan sokongan emosi secara jelas, akan sangat membantu dalam perkembangan anak-anak tidak kira anak lelaki mahupun perempuan. Makanya kedua-dua ibu dan ayah akan beri kesan kepada pembentukan karektor si anak, untuk keseimbangan dan mengikut fitrah sejati manusia

Apabila seorang ibu yang mahu menonjolkan sifat ketegasannya, ia akan datang bersama set emosi yang besar, maka kelihatan tidak berapa berkesan dan jelas. Ibu yang marah-marah sambil beritahu peraturan, berbeza dengan ayah yang beritahu anak peraturan skrin rumah yang sama, namun dengan nada yang tegas, jelas dan terarah, pastinya berbeza impak kepada penerimaan anak-anak.

Kajian

Rupanya telah ada kajian yang mengkaji bagaimana ciri maskuliniti dan femininiti ayah mempengaruhi perkembangan ciri-ciri tertentu dalam anak-anak.

Kajian ini sering menyentuh bagaimana model peranan yang diberikan oleh ayah boleh mempengaruhi pembentukan identiti jantina dan sifat-sifat keperibadian anak.

Berikut adalah beberapa penemuan utama dari kajian berkaitan:

  1. Pengaruh Ciri Maskuliniti Ayah: Ayah yang menunjukkan ciri-ciri maskuliniti seperti ketegasan, keberanian, dan kepimpinan sering menjadi model peranan yang penting untuk anak-anak mereka. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang mempunyai ayah dengan ciri-ciri maskuliniti ini mungkin lebih cenderung untuk mengembangkan sifat-sifat seperti ketegasan, keyakinan diri, dan keupayaan memimpin. Anak lelaki, khususnya, akan sangat dibantu dengan model maskuliniti ini dalam pembentukan identiti jantina mereka, sebagai lelaki dewasa, ayah, dan individu pemimpin masyarakat kelak.

 

  1. Peranan Ayah dalam Pembentukan Identiti Jantina: Penyelidikan menunjukkan bahawa ayah mempunyai peranan penting dalam pembentukan identiti jantina anak-anak. Ayah yang menunjukkan ciri-ciri maskuliniti yang positif boleh membantu anak lelaki mengembangkan rasa harga diri dan tanggungjawab. Sebaliknya, ayah yang lebih femininiti dalam pendekatan mereka mungkin mempengaruhi anak perempuan untuk menghargai sifat-sifat seperti empati, kerjasama, dan penyelesaian konflik yang lebih lembut. Maka penonjolan ciri ayah dalam maskuliniti bersama sub set ciri feminiti akan membantu kedua-dua anak lelaki dan perempuan dalam identity jantina mereka.

 

  1. Ciri Feminiti Ayah dan Kesihatan Emosi Anak: Ayah yang menunjukkan ciri-ciri femininiti seperti kepekaan emosi, sokongan, dan kasih sayang dapat mempengaruhi anak-anak untuk mengembangkan keterampilan emosi yang lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang mempunyai ayah yang lebih sensitif terhadap perasaan mereka cenderung mempunyai kecerdasan emosi yang lebih tinggi dan kemahiran sosial yang lebih baik.

 

  1. Kesimbangan Peranan dalam Keluarga: Kajian juga menunjukkan bahawa keseimbangan antara ciri maskuliniti dan femininiti dalam peranan ayah, serta pembahagian tugas dalam keluarga, boleh mempengaruhi perkembangan ciri-ciri keperibadian anak-anak. Keluarga yang mempunyai model peranan yang seimbang biasanya menunjukkan hasil yang lebih positif dalam perkembangan keperibadian anak-anak. Contohnya anak yang kurang masalah sosial, mereka memiliki ayah yang memainkan peranan yang baik di dalam keluarga secara keseluruhannya.

 

  1. Model Peranan dan Pengaruh Sosial: Penyelidikan mengkaji bagaimana anak-anak belajar dan mengasimilasikan ciri-ciri peranan berdasarkan model peranan yang ditunjukkan oleh ayah mereka. Anak-anak sering mengambil ciri-ciri dan nilai yang mereka lihat pada ayah mereka, yang kemudiannya mempengaruhi bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain dan melihat diri mereka sendiri dalam konteks sosial. Maka peranan ayah di dalam rumah dan di lingkungan sosial akan sangat membantu aspek sosialisasi anak, dan pemimpin dalam masyarakat, bukan wanita atau ibu yang berlebih-lebihan dalam aktiviti kemasyarakatan.

Secara keseluruhannya, ciri maskuliniti dan femininiti ayah boleh mempengaruhi pembentukan identiti dan keperibadian anak-anak, tetapi pengaruh ini juga akan bergantung kepada konteks keluarga dan faktor-faktor lain seperti hubungan ibu ayah itu sendiri dan pengaruh persekitaran sosial dalam keluarga luas, kejiranan dan masyarakat seluruhnya.

 

 

Kita berharap penonjolan peranan ayah secara aktif ini bukan sahaja membantu dalam aspek perkembangan kognitif, emosi dan sosial anak, malahana secara khusus lagi, ciri keperibadian jantina ayah itu akan turut membantu pembentukan keperibadian anak-anak kita kelak.

Jemput bersama saya untuk Webinar Sentuhan Magis Ayah, pada 24 Ogos ini.

poster webinar Parenting Sentuhan magis ayah maznah ibrahim

KLIK untuk daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/magis

Saya akan bantu untuk meningkatkan keberkesanan peranan ayah dalam perubahan anak-anak seperti yang kita semua impikan. Kembalikan tali pegangan dan pemandu stereng kereta kita kepada ayah-ayah yang baik, dan mahu berperanan namun tidak tahu bagaimana nak beraksi dengan sebaiknya.

 


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *