Tanam SQ Anak: Anak Kita Milik Siapa?


Audio perbualan saya dan Fateh di sini (mengenai komunikasi menanam kebergantungan kepada Allah berbanding manusia):

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=745667468941173&id=477691842405405

Pagi tadi saya membaca buku PM Dr Wan Maseri on Tips Amak Cemerlang dengan Penghayatan Asmaul Husna, sambil menyusu si KN..
.

Lately ni saya ambil kesempatan menyusu sambil membaca sebab itu aja :
.

1) masa special time diri saya untuk berehat tak leh bergerak, maka otak dan mata boleh ambil peranan, mudahan anak juga dapat susu EIlmu (Emosi-Ilmu).
.

2) kadang saya baca kuat, kadang saya baca senyap. baca kuat untuk anak dengar sama walau entah apa aja sebab bahan saya baca tu untuk diri sebagai ibu orang dewasa, bukan bahan untuk anak (bahan untuk anak biasanya storytelling buku /bahan metaphore anak dapat lihat dan pegang sama).
.

3) buku yang saya sedang habiskan dalam sesi penyusuan itu adalah buku ‘why so serius parents’, dan half dah baca, pagi tadi saja tukar buku😚 (Intuiting ni kelemahan suka tukar-tukar, selalu tak habis baca, tapi niat memang nak habiskan semua buku parenting yang ada ya..).

.
.
Saya AMAT AMAT TERKESIMA dengan buku Prof Maseri ni sebab ia seperti penerokaan kendiri spiritual untuk seorang yang bernama insan 😭😭😭….
.
.

Baru selesai 3 topik:-

  • Siapakah Diriku?
  • Siapakah Ibuku?
  • Siapakah Ayahku?
    .

Kesemuanya on self reflection,
.

dan penuh berpusatkan kepada Allah Al Maliq, Al Khaliq, Pemilik, Penguasa dan Pencipta kita manusia al insan ini….
.

Sebagai ibu, bila membaca Siapa Diriku sahaja buat saya sedar tanggungjawab saya sebagai manusia, dari bermula saya diciptakan dari sifat Rahman dan Rahim dan Wadud nya Allah melalui ibu dan bapa saya… (dan saya sebagai ibu juga).
.

Dan ‘Siapa Ibuku’ buat saya sedar batasan kasih sayang saya kepada anak, tak sama dengan limpahan Kasih dan Sayang, Ar Rahman dan Ar Rahimnya Allah kepada diri si anak,
.

Contoh bila saya ‘ter’ marah atau benci sangat perangai anak (perangai tertentu dia),
.

Sungguh Allah tak pernah benci anak kita, malahan tetap terima anak ini semulia-mulianya, secara terbuka seluas-luasnya dan sebaik-baik nya Dia….
.
.
Rasa amat kerdil dan jauh nya beza saya, dengan sifat manusia yang kerap berubah hati, berbolak balik hati,
.

dengan sifat Maha Sempurna nya Allah…
.
.
Maka selepas KN tidur,
.

saya pun panggil Fateh dan mula bertanya soalan Spiritual kepadanya.
.

😭😭
Saya amat Syukur dan tenang rasa, tak sesia kami selama ini,
.

sebab asas spiritual berpusatkan kepada Allah itu ada pada dirinya.
.

“Siapa ciptakan Fateh?”

“Allah”.

Bila mami pergi kursus, ia untuk siapa, untuk apa?

“Untuk pandai” (cepat aja jawab dia, straight to the point, berbanding soalan mak dia panjang berjela nak sampaikan maksud :-😚😂 Intuiting vs Thinking)
.

Pandai untuk ?
.

“Untuk ajar Fateh”.
.

Untuk ajar Fateh jadi pandai juga, saya tambah.
.

(Oh, anak ini sedar dan tahu yang mak dia selalu pergi belajar macam-macam untuk ajar dia juga).
.

Bila Mummy pergi kerja, tak dapatla jaga Fateh, mengawasi Fateh, siapa jaga Fateh?
.

“Allah!”.
.

Betul, Allah ada, Allah jaga Fateh melalui teachers semua tolong tengokkan jaga Fateh kan.
.

Kalau Mami Ayah dah tak ada, ingat, Allah ada…
Bla bla bla… (ayat biasa saya).
.

.

-saya rakam conversation kami, ia dalam 1min setengah.

-saya stop rakam audio.

-lepas stop, dia kata -“macam sedih la pulak Fateh rasa…”

-ok, Mummy dia buatkan dia Feel pula, bab ketuhanan, sedar batasan hidup kita, tak lama dan semuanya bersandarkan kepada izin dan kuasa Nya.

Terima kasih Ya Allah, dan terima kasih semua ikon parenting yang saya selalu follow untuk mendidik saya agar mendidik anak anak saya.
.

Mudahan semua kita beroleh satu caragaya acuan terbaik untuk didik anak zaman gen alpha ini, dengan cara terbaik, insyaAllah.
.

Maznah Ibrahim

*video adalah rakaman conversation saya dengan anakanda Fateh🙂


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *