You are currently viewing Dalami Isi Hati Anak

Dalami Isi Hati Anak


Sebelum berkata No kepada hasrat anak, dalami dulu isi hati sebab kepada permintaannya, ia selalu logis di matanya, sesuai dengan tahap kematangannya…😢

Kisah strategisnya anakanda Fateh Lagi.
.

Sukanya bila berdua dengan anak di dalam kereta, dapat banyak tahu apa dalam hatinya.
.

Petang tadi selepas ambil di sekolah, dia melobi lagi.
.

Nak jam tangan.
.

Macam biasa sebab pengaruh rakan sekolah. (Pagi hantar sekolah ada janji kecil diberi, ditanya juga mahu bentuk bulat atau nombor sahaja, mahu yang bulat katanya).
.

Mula-mula mak ni geram juga sebab silap sendiri, jam banyak rosak sebab kualiti tak seberapa. Harga dalam sepuluh atau belas-belas.
.

Tiba-tiba dia merajuk dan senyap.
.

Katanya marah sebab Mami tak beri jam dan Mami janji lepas jawab assessment boleh dapat jam.
.

Eh, bila pula?
.

Oh, ya, anak kecil saya ini ‘konsep masa’ dia pendek dan cepat. ‘Reward’ nak segera dapat, matlamat pendek depan mata (Thinking?).
.

Rupanya dia jawab sungguh-sungguh, elok-elok assessment hari ini, dengan harapan dapat jam hari ini. Oh Ya Allah.
.

Tanya lagi, saja nak tahu apa dalam fikiran dan rasa, serta nak pusing jauh sedikit, mahu teroka dan dalami isi hati.
.

Kenapa Fateh nak jam.
.

Jawapan dia:
.

  1. Mami kan tak pakai jam. Jadi Fateh boleh la tengokkan masa pukul berapa untuk Mami.
    .
  2. Jika bateri handphone Mami habis, boleh la Fateh tengokkan masa pukul berapa.
    .
  3. Jam biru Fateh dah rosak, patah.
    .
  4. Jam merah Fateh longgar, sambung lekat dengan getah saja. (ayah dia lekatkan bagi ketat).
    .

🤓

No 3&4 buat saya terkesima sebab kesian. Itu suara hati anak kecil ini.
.

No 1&2 strategis berasaskan orang lain, Mami si pemegang keputusan dan wang.
.

Ok, baik.

Maaf Fateh. Mami suka sangat bila dengar Fateh cakap yang Fateh jawab elok-elok assessment.
.

Namun, bukan la terus dapat hari ini. Macam biasa Mami nak cari yang kualiti. Kena survey dulu.
.

Assessment 4 hari. Bukan satu hari saja terus dapat. (Skil menangguh keinginan memang biasa kami buat. Survey dalam internet lama dan bersama-sama).
.

Ok, anak sudah faham.
.

Mak juga faham hasrat (keyword Intuiting) dan strategis (keyword Thinking) si anak, bersama-sama berdua.
.

Saya belajar hari ini, sebelum say no, dalami isi hati anak dulu. Ada sebab tersendiri. Habis-habisan teroka dulu. Empati dulu.
.

❤️
Maznah Ibrahim


Leave a Reply