Whiteboard ini beberapa bulan lalu saya dah tak guna kerana sendiri ‘upset’. Upset kerana diconteng oleh anakanda soleh Fateh yang kreatif dan bijaksana, menggunakan pen marker yang kekal (permanent marker ink).
.
Ahad lalu saya buka lihat semula dan dapat idea.
.
Beri dia padamkan semula, bersihkan guna pen marker whiteboard.
.
Ia sebagai aktiviti seronok dia. Dia pernah lihat saya buat lama dahulu (tak ingat whiteboard besar atau kecil). Sebab tu gaya conteng dia kekadang laju-laju kecik macam tu.
.
Semasa membersihkannya, Fateh kata penat. Ya, memang penat. Bekas pun masih ada. Tak licin selicinnya sama macam asal baru beli.
.
Anak kecil sangat pemaaf dan tak simpan. Saya selalu berkata kepada peserta saya, emosi anak kecil seperti Belon. Ringan dan bebas lepas. Tak simpan. Tak sama macam orang dewasa yang banyak pendam dan berat tangki emosinya (siapa pergi coaching body outline, emotions n physical health dengan saya akan faham perkara ini).
.
Orang dewasa jika diajak lari-lari kejar Belon kat kaki orang lain dalam game icebreaking pun teragak-agak. Sebab lama tak main macam budak-budak. Melayangkan layang-layang ke udara dan rasakan bestnya dan ringannya emosi sendiri pun mungkin tidak berpeluang. Cubalah sekali. Sangat terapeutik.
.
Semasa memadamkan garisan lama marker permanent itu, saya terfikir alangkah mudah mencalarkan emosi anak / orang lain, namun sukarnya nak padamkan kerana pernah tercalar / tercalit.
.
Sama macam kisah Ibu Rose cerita. Setiap kali rasa marah, pakukan ke dinding. Lihat berapa banyak paku itu. Lama sedikit, cuba cabutkan semula. Kayu dinding itu takkan sempurna seperti sediakala.
.
Sama dengan whiteboard ini. Ia tak secantik sebersih dahulu, namun ia masih boleh berfungsi. Bonding time ibubapa-anak!!!
.
Semasa marah, tinggalkan dan pergi dari situ. Buat apa-apa kerja asalkan kerja fizikal untuk lepaskan dan alirkan tenaga marah itu. Bukan ke anak sama sekali.
.
Saya pernah minta Fateh berjogging satu rumah bila dia marah. Dan jangan cakap dengan saya selagi masih ada rasa marah. Sangat mudah. Satu round sahaja dia jogging dan dia kata, Mummy, Fateh dah tak marah dah. Fateh nak cakap ngan Mummy..
.
Oh anak syurga. Ladang pahala kita semua.. 🙂
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
p/s: Penulisan ketika Fateh 3.6 tahun.
Sabtu, 27 November 2021, 8.30 malam saya akan adakan Webinar Live: Penat Emosi: Urus Emosi Ibubapa, boleh klik di gambar bawah untuk pendaftaran ya.