Anak Bertanya Berkenaan Isu Semasa Seksualiti

38   38SharesAnak bertanya bermaksud dia sudah sedia untuk tahu.  . Bila beritahu, tengok tahap kefahaman dan penerimaan dia, dia tak tanya dah, ok, stop.  . Dia tanya lagi, terangkan ‘advance’ sedikit dari usia dia katakan usia 10 cerita macam dia 13 tahun, kemudian dia akan stop tanya sebab dia nak digest (belum faham sepenuhnya).  . Tapi apa berlaku ialah,  . Anak ini akan rakam dan ingat info anda beri, kerana anda menjawab semasa dia bertanya.  . Tetapi apa jadi jika anda tidak menjawab/ mengelak kerana malu / atau jawab dengan info kurang tepat/salah?  . Info jawapan atau reaksi pertama anda inilah yang jadi penentu dan penanda aras dia akan kembali bertanya kepada anda atau tidak.  . Jika anda malu, marah dan mengelak, dia takkan tanya anda dah, sebab dia dah ada pengalaman ibubapa dia react macam tu,  . So dia akan dapatkan jawapan daripada ? kawan-kawan, search di internet sendiri etc. yang mana ia berlaku bukan di depan mata kita dan kita tak boleh baiki/betulkan kefahaman dia yang masih mentah atau digest ikut kefahaman level usia kecil dia tu. Ia mungkin tak benar seperti sebenarnya.  . Jadi,  . 1) jawab sahaja apa anda tahu, jika tak tahu katakan mama kurang tahu dan mama akan cari jawapan dan kita discuss semula perkara ini, ok sayang,  . 2) jujur sebegini lebih baik dari kabur atau shut off peluang info benar masuk,  . 3) siapkan diri, dapatkan jawapan dan ilmu dari pakar yang tahu, bincang dengan rakan yang pernah alami situasi sama dengan anda.  . Refleksi, Maznah Ibrahim. ===================================================== Salam puan maznah, saya nak tanya. Sejak dua menjak, berita sering memaparkan berita tentang cabul, liwat dan rogol. Semalam anak saya yang sulong bertanya kepada saya. “Ibu, liwat tu ape?” seriously, saya tidak tahu macamana nak jelaskan kepada anak saya. Boleh puan ajarkan saya cara […]

Anak bertanya bermaksud dia sudah sedia untuk tahu.

 .

Bila beritahu, tengok tahap kefahaman dan penerimaan dia, dia tak tanya dah, ok, stop.

 .

Dia tanya lagi, terangkan ‘advance’ sedikit dari usia dia katakan usia 10 cerita macam dia 13 tahun, kemudian dia akan stop tanya sebab dia nak digest (belum faham sepenuhnya).

 .

Tapi apa berlaku ialah,

 .

Anak ini akan rakam dan ingat info anda beri, kerana anda menjawab semasa dia bertanya.

 .

Tetapi apa jadi jika anda tidak menjawab/ mengelak kerana malu / atau jawab dengan info kurang tepat/salah?

 .

Info jawapan atau reaksi pertama anda inilah yang jadi penentu dan penanda aras dia akan kembali bertanya kepada anda atau tidak.

 .

Jika anda malu, marah dan mengelak, dia takkan tanya anda dah, sebab dia dah ada pengalaman ibubapa dia react macam tu,

 .

So dia akan dapatkan jawapan daripada ? kawan-kawan, search di internet sendiri etc. yang mana ia berlaku bukan di depan mata kita dan kita tak boleh baiki/betulkan kefahaman dia yang masih mentah atau digest ikut kefahaman level usia kecil dia tu. Ia mungkin tak benar seperti sebenarnya.

 .

Jadi,

 .

1) jawab sahaja apa anda tahu, jika tak tahu katakan mama kurang tahu dan mama akan cari jawapan dan kita discuss semula perkara ini, ok sayang,

 .

2) jujur sebegini lebih baik dari kabur atau shut off peluang info benar masuk,

 .

3) siapkan diri, dapatkan jawapan dan ilmu dari pakar yang tahu, bincang dengan rakan yang pernah alami situasi sama dengan anda.

 .

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
=====================================================

Salam puan maznah, saya nak tanya.

Sejak dua menjak, berita sering memaparkan berita tentang cabul, liwat dan rogol.

Semalam anak saya yang sulong bertanya kepada saya. “Ibu, liwat tu ape?” seriously, saya tidak tahu macamana nak jelaskan kepada anak saya.

Boleh puan ajarkan saya cara yg betul untuk jelaskan maksud cabul, rogol dan liwat kepada anak2 dalam usia sebegitu.

Terima kasih puan.

———-

Wassalam Puan.

Begini, benar bila anak bertanya, maka dia sedia dan perlu tahu dari kita ibubapa yang dia tanyakan. Dan kita tak mahu dia dapat info dari sumber lain yang mungkin akan kurang tepat macam kawan, dan lain-lain.
.

1. Untuk anak yang dah tertahu, dan bertanya, mulakan dengan pujian dulu sebab dia bertanya kepada mamanya.
.

“Terima kasih abang sebab tanya kat mama, mama suka abang tanya kat mama sebagai tempat pertama, maka mama tahu apa yang abang nak tahu dan dah tahu. Boleh mama tahu dr mana abg ternampak/baca / dgr pasal liwat ni?.”
.

Lepas anak jawab, tanyakan apa yang abang faham pasal liwat.
.

Iaitu tidak jawab terus, tapi tanya anak dulu apa dia tahu.
.

Tujuan proses semua ini:
.

i) nak tahu sumber mana dia terima maklumat (sebab ada aja dari sumber internet atau porno), jika kawan, apa kwn cakap atau kawan tu tahu dari mana?
.

ii) nak tahu sejauh mana dia tahu dan nak cek ketepatan dia tahu agar kita boleh top up dan juga boleh betulkan jika silap atau tak cukup tepat.
.

i & ii tu jika dia malu nak cakap, beri galakan.
.

contoh katakan dia sengeh-sengeh sahaja, katakan dengan tenang dan yakin, “abang beritahu saja, jika abang tak beritahu macam mana mama nak jawab soalan abang”.
.

sini sangat penting sebab nak tahu circle of people dia, maybe dari sumber yang kita tak terjangka katakan kawan usia 10 di tempat mengaji yang beritahu atau sebagainya. Kalau tak, tak apa, puan. always prepare for the worst.
.

2) kemudian baru kita explain. Syarat, jawapan kita tu benar/tepat, lepas tu respon/jawab tu dengan penuh berhikmah. Berhikmah dan bijaksana, penuh mendidik, bukan marah-marah garang.
.

Liwat bermaksud aktiviti seksual dengan cara tidak normal, biasanya antara lelaki dan lelaki, dan ia salah dari sisi agama dan undang-undang (stop sampai sini sahaja, ada jua liwat berlaku antara lelaki dan perempuan).
.

Itu saja.
.

3) Jika anak banyak tak faham lagi aspek seksualiti, dia akan tak tanya apa dah. Percayalah. Bila dia dah tak tanya, bermakna info itu cukup buat setakat ini di usia ini. Jika dia tahu lebih, confirm dia akan tanya lebih lagi.
.

Puan boleh fahamkah penerangan saya di atas ni?
.

Alhamdulillah.. ye saya faham puan…

=====
.

Saya add on untuk pengetahuan ibubapa ya.
.

Ibubapa juga perlu ambil tahu term ini, apa maksudnya dengan jelas, kerana kita mahu jadi resource center untuk si anak (atau at least tahu kat mana nak cari info ini bersama).
.

Cabul, Rogol, Liwat.
Ketiganya salah laku seksual yang termaktub dalam undang-undang kanun keseksaan.
.

Semasa saya bekerja dengan PS The Children, saya juga belajar memahami perbezaan 3 ini pabila klien kanak-kanak yang saya temani, dibacakan kes atas seksyen berapa, berapa.
.

Rogol, Sek. 376 KK (kanun keseksaan – kesalahan jenayah) – jelas definisi – perlakuan tanpa izin lelaki ke perempuan, dengan alat sulit lelaki masuk ke perempuan (ada orang tak puas hati sebab tiada akta rogol untuk mangsa lelaki)
.

Liwat, Sek. 377 KK tingkahlaku seksual lelaki-peremp atau lelaki-lelaki yang mana ia melalui cara tidak normal (belakang, guna alat, dsb) – ada word luar tabii – ada pecahan lagi sub seksyen, saya tidak sentuh ya.
.

Cabul, Sek. 354 KK, perlakuan seksual lain yang lebih ringan seperti sentuhan, meramas, dll yang tak sampai tahap rogol seperti 376 di atas.
.

Boleh rujuk seksyen berkenaan jika nak tahu lebih tepat. Bahasa mudahnya begini lah yang saya boleh explain.
.

Moga bermanfaat.
.

Kita educate dan empower diri dengan info sebegini, agar nanti boleh jawab dengan baik kepada anak.
.

Anak dah boleh self learner beri dia baca ayat seksyen tu dari sumber rujukan yang sah.

.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *