MACAM MANA NAK BAIKI KESILAPAN KITA PADA ANAK?


Banyak soalan saya dapat berkisar perkara ini, iaitu dah terlepas marah anak (rasa macam tersilap nih), sama ada dulu masa dia kecil-kecil (baru sedar diri silap) atau ada berlaku baru-baru ni (sedar cepat), macam mana nak ‘repair’ balik….

Sekarang ni dah nampak kesan pada anak; anak marah atau buat adik dia, atau anak jadi seorang pembaran, atau anak dah besar dan dah mula melawan ibubapa semula/

Kalau kita dah terlepas marah anak, macam mana nak counter back balik, ini jawapan saya biasanya.

1. SOLAT SUNAT TAUBAT – akui kesilapan kita kepada Allah dan niat aim tidak ulangi lagi.

Ini kerana anak milik Allah, dan kita pemegang amanahNya sahaja.

Ini perkara besar, bukan kecil. Bayangkan saja anak bos kita tumpang kat kita, kita terlepas marah dia kaw kaw punya, macam mana nak jawab kat bos? Sebab bos pun kata anak dia tetiba lain macam aja tantrumnya bila dah balik rumah?

Tujuan kita solat sunat taubat ni sebab kita nak usaha lawan amarah bisikan Syaitan kepada diri tatkala terikut emosi.

Ini merupakan satu proses didikan hati dan tingkahlaku harian yang berterusan bukan seketika, sebab hubungan kita dengan anak adalah KEKAL dan LAMA. Anak bukan anak anka bos, tapi anak adalah milik Allah, yang mengamanahkan anak soleh/solehah ini kepada kita.

It s okay solat sunat taubat beberapa kali, (bukan buat sekali aja dalam seumur hidup) sebab dosa kita memang banyak, bukan sekali dosa sahaja, kan.

Akan ada fasa ZIG ZAG emosi turun naik sabar dan marahnya.

Kalau berlaku fasa zig zag (dah solat sunat taubat, marah balik, buat lagi solat sunat taubat, lagi amarah melanda) – U r on the right track bila diuji fasa ini. 😊

Percayalah. Tidak mungkin ada manusia yang sabar dan menurut sahaja sebab hakikatnya kita manusia biasa ada emosi/perasaan.

Once dah masuk stage ni (NIAT dan USAHA nak jadi IBU SABAR dan dah buat solat sunat taubat), syaitan dihantar bukan level ‘korporal’ lagi tetapi ‘jeneral’, maka siap siagalah secara terbuka dan tega 😉.

2. Habis aja solat sunat taubat tu terus susuli dengan SOLAT SUNAT HAJAT. Ia bertujuan untuk mohon pada Allah kemudahan dalam melaksana perubahan dalam diri untuk jadi sabar dan positif tu.

Akan ada lah Allah hantar mesej melalui teks, video, ucapan orang tertentu dalam hidup anda untuk anda sentiasa baiki diri, dan jaga diri bab ini. Sama ada dalam whatsap ke, artikel suratkhabar ke, video tetiba lalu ke, ceramah ke, kawan cakap ke dll. Ia tanda positif. InsyaAllah. Malahan membaca post ini juga merupakan bantuan Allah keapda anda, percayalah.. Alhamdulillah.

3. MINTA MAAF pada anak, tanya dia.

Kadangkala dia tak simpan hati marah pada kita pun.

Kadangkala yer dia ada terasa dan ingat lagi. Tanya dia apa dan mana satu dia paling ingat, sebab apa. Dapatkan luhan genuin dia. Jadi terbuka bila saat ini.

Beritahu minta maaf tu secara sungguh dan spesifik kejadian mana. Beserta reasonnya yang berasaskan sebab ‘sihat’, ‘selamat’ atau ‘kebersihan’, ia reason yang boleh diterima.

Contoh mama jerit dan marah sebab abang boleh terluka sakitkan adik baby. Ia tak selamat bila abang baling barang ke keliling.

Lain, akui aja memang kita dikawal emosi tak baik, lepas kawalan diri sendiri. Kita tengah tak sihat emosi (reason kesihatan tu).

Minta anak bantu ingatkan diri kita untuk jadi ibu sabar dan mithali/solehah.

Walau anak bayi, cakap aja kepada dia: secara kognitif dia tak faham, namun secara ’emosi’, dia faham 🙂 Ada sesuatu tentang ‘care’ n ‘love’ di situ dia boleh rasai… Saya selalu buat bila tersilap walau pada anak nayi saya.

Tune in semasa sesi beritahu ni (sama level dan penuh ikhlas).

4. Banyakkan BONDING TIME / REATTACH dan aktiviti Special Time yang Induce happiness agar neuron-neuron berhubung semula.

Emotional brain akan matang sehingga 10-12 tahun. Mula dalam usia 1.5-3.0 tahun paling peak fasa emosi anak ekspresikan dirinya secara spontan si anak tak da fikir/control ayu😂, apa dia rasa spontan dia show kan.

Masa peak ni lah dia dah register pattern gaya kita treat dia bila dia buat apa-apa. Samada ‘Support’/ Allow feelings atau ‘Halang’ / ‘Marah –

Maka kat situlah datangnya trigger dan aksi spontan anda kepada anak, kerana pernah diperlaku begitu dahulu, dan kini anda mahu BREAK THE CYCLE.

Ingat,

Parenting is about Parenting Your Child’s Brain. All about their brain.

Beli buku ‘ Science of Parenting’ (nama lamanya What Every Parent Needs to Know) – Margot Sunderland, wajib beli dan baca untuk Alumni EHSABAR dan mana mana ibubapa yang berminat dengan Positive Parenting dengan kefahaman saintifik mengenai parenting..

Nota Kasih Sayang Tambahan, dari Saya:

1. Anak kecil sebenarnya amat mudah release. Let go. Ringan emosi mereka ni. Kita aja berat dan duk fikir fikir lebih sedikit. Bukti dia suka aja lompat-lompat main belon, kejar belon, kita berat aja badan nak buat benda macam tu. Lagi, berat badan mereka ‘ringan’ jauh dari kita

😆

2. Asal ada counter balik dengan sedikit balutan emosi dan penerangan jujur ikhlas, itu sudah memadai untuk anak kecil (compare to orang dewasa yang tends to simpan hati /dendam).

3. Saya suka dengan parenting ratio 1:5 (Post Kak Noor Afidah Parent Connect) iaitu 1 kali silap treat (marah, denda dsb), ganti dengan 5x buat baik dalam tangki emosi 5 dengan anak-anak.

4. Berbanding tiada balutan dan kefahaman langsung. Mereka akan develop kefahaman sendiri yang biasanya salah faham. Ramai klien dewasa saya still dengan kefahaman yang silap mengenai treatment diterima dari parents dan orang dewasa mereka sedari kecil kerana tiada wrap up yang baik

7 Ogos 2017

CARE♥️,

Maznah Ibrahim

Dapatkan Ebok Rebonding dengan Anak Yang Masih di bawah Jagaan Kita di Sini Ya.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *