ENTROPY KAIT DENGAN PARENTING – BIARKAN ANAK, CONFIRM JADI NEGATIF
Beberapa hari lalu saya hadiri Persidangan Understanding & Shaping Adolescents Towards Excellence Peringkat Kebangsaan 2017 di Masjid Putra, Putrajaya.
Saya tertarrik dengan perkongsian dari Sis Azra Banu, Guru KMS yang mengajar subjek Khalifah Method kepada anak-anak KMS.
ANAK PERLU TAHU APA IBUBAPA MAHU/JANGKA DENGAN JELAS DAN TEPAT
Satu yang saya pelajari ialah ketegasan beliau, membuatkan anak-anak didik beliau TAHU apa dijangkakan (expect) oleh Sis Azra, maka anak-anak akan sangat ‘BEHAVE’ dan ikut, dengar kata, tidak melakukan perkara di luar dari apa beliau hasratkan.
The Matter of Be Firm, with Kind.
Tegas, tapi kekal baik, berhemah.
Bukan garang (fierce) ya.
Anak-anak kita akan kerap ‘membuli’ ibubapa, menekan-nekan ibubapa untuk sesuatu perkara yang mereka mahu, kerana mereka ‘tahu’ ibubapa mereka ini boleh mereka tundukkan. Isk isk….
The matter of consistency juga ya.
Saya dan suami juga ada alami sebegitu, nak nak dalam STIFIn, anak Thinking ekstrovert kami memang selalu berusaha menundukkan kami, kerana dia menakluki ibubapa Intuiting ekstrovert dia (kami suami isteri Intuiting).
Namun, satu yang pasti, kami perlu dan telah cuba usaha, berjaya kekal dengan ‘rules’ / peraturan yang kami tetapkan. Dia akan ikuti apa kami mahu, atau dia berjaya dapat apa dia mahu namun within our boundaries/rules yang sama-sama telah maklum, persetujui dan komit.
Iaitu jika ‘No means No’, jika 10 minutes means 10 minutes. Walk our words.
KONSEP ENTROPY
‘Entropy’ ni adalah terma saintifik, yang telah membuktikan yang ‘any closed system left on its own will drift towards negative/chaos’.
Bermaksud, apa sahaja benda atau perkara dalam dunia ini, bila atau jika dibiarkan tanpa dilakukan apa-apa, ia PASTI akan menghala kepada perkara negatif / kecamuk / huru hara (chaos).
Ambil contoh mudah, segelas air masak tidak bertutup, dibiarkan semalaman, esoknya adakah kita akan mahu minumnya?
Sebuah rumah dibiarkan atau ditinggalkan tanpa penghuni, tidak dilakukan apa-apa (contoh tiada cleaner mai cuci) katakan beberapa bulan, beberapa tahun, malahan beberapa hari contoh 7 hari, apa berlaku kepada rumah itu?
Semuanya akan berakhir dengan negatif, kan?
Air kosong tu, dikhuatiri, diyakini ada habuknya. Jika air manis, maka mengeras lah dasarnya sukar sedikit nak dicuci.
Rumah, pastinya berhabuk dan tak terurus, paling biasa, jadilah ‘ada penghuni lainnya’. Rumah saya, jika saya ke KL untuk kursus, 7 hari, balik sahaja ‘confirm’ berhabuk lain macam, sungguh tak best. Huhu.
.
ENTROPY DAN KAITAN DENGAN ANAK-ANAK KITA
Anak kecil kita, anak remaja kita, anak kita, aapabila kita TAK BERI apa-apa mesej/ input/ intervensi (intervensi macam celahan, tak dibiarkan begitu sahaja), akan pasti berakhir dengan gejala negatif.
Katakan anak kita tak sihat dan kita biarkan, sakitnya melarat. Betul tak? Pastinya kita usahakan rawatan untuknya.
Katakan anak kita buat salah dan kita tak tegur, dia tak tahu dia buat silap, dia akan berterusan silap malah lebih buruk / teruk lagi. Makin menjadi jadi teruk nya.
Jadi, apa yang kita WAJIB lakukan kepada anak-anak kita, walau dia baru usia sehari, hingga berapa tahun anak-anak yang kita ada ni,
Kita perlulah SENTIASA MASUKKAN INPUT/ mesej yang BAIK, BETUL dan APA YANG KITA MAHU.
Tiada istilah membebel itu jahat, panjang sangat tu anak tak faham apa mak cakap.
Ya membebel bermaksud berkata berulang-ulang dalam keadaan sangat ‘annoying’, sampai anak pun tutup telinga ke, kan 😀 Sebab mak tu bercakap dalam nada, niat dan emosi marah dan menjatuhkan moral anak-anak.
Namun, saya suka konsep Nasihat Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya, panjang nasihatnya.
Pastinya diberi waktu sesuai, seperti sebelum atau semasa awal anak nak tidur, sewaktu selepas solat, sewaktu dalam perjalanan, sewaktu makan bersama. Bukan sewaktu anak buat silap. (ada 3 kondisi / situasi sesuai beri nasihat dalam Islam, antaranya ada di atas tu) (Boleh Baca Di Sini).
JANGAN TAK BERI NASIHAT LANGSUNG atau BEBEL MASA ANAK BUAT SILAP.
Cuma, ‘BERKATALAH BAIK, BERILAH NASIHAT, UCAPKAN KATA-KATA YANG BERHEMAH DAN PERINGATAN’ seadanya kepada anak-anak, sebagai tanda kasih sayang dan ‘prevention’ / pencegahan untuk anak dari terus berbuat silap.
SEADANYA, bukan berlebihan. BUKAN TAK DA LANGSUNG. Ingat tu.
Sebab kita tak mahu anak terusan sesat, senget, jalan tak lurus. Bantu mereka, bawa mereka ke jalan yang lurus.
Percaya, input kita beri tu adalah Hypnoscript untuk anak, lama-lama mereka akan ingat,
“Ahaaaa… betul mak aku cakap”.
“Aha…. Macam pernah dengar ayat ni, ia seperti apa mak aku selalu cakapkan pada aku semasa aku kecil”.
Anak saya walau peringkat egosentrik (usia 2-7 ialah peringkat kognitif, dengan egosentrik, mereka sahaja betul), banyak kali berkata “Betullah apa Mami cakap”.. “Betullah apa ayah cakap” berkat kami selalu duk ulang pada dia nasihat yang baik……
WALAU 5 MINIT SEHARI, PASTI ADA IMPAK
Memandangkan jika kita tak beri apa-apa, confirm akan ada impak negatif (konsep Entropy),
Maka, luangkan sedikit masa walau 1 minit berbicara mesej baik kepada mereka, atau 5 minit mengajar Al Quran kepada mereka, atau 10 minit masa istimewa bermain dengan mereka, atau 10 minit mendengar cerita mereka,
PASTI ADA IMPAKNYA, takkan takda impak.
Fikirkan mengenai JIKA KITA TIADA LAKUKAN APA-APA, MEREKA PASTI TURN TO ATAU TERPENGARUH KE NEGATIF.
Maka lakukan apa-apa, PASTI AKAN ADA SEDIKIT POSITIF masukknya ke minda mereka.
Katakan kita kata sukar nak ajar anak Al Quran, anak taknak. Kita pun biarkan mereka tonton apa saja ada di Televisyen kita,
Apa akan mereka serap, dan mereka tertarik, dan dapat, ialah pasti sesuatu yang negatif. Sebab memang saintifiknya membuktikan begitu. Benda dibiarkan, akan menghala ke negative/chaos.
Sebab tu ramai kata, aura negatif tu senang aja datang hinggap, positif susah.
Sebenarnya kita yang tidak usaha secara konsisten untuk beri input positif, mengalah atau biarkan ia berlaku begitu sahaja….. sebab kita mudah rasa penat, lelah, takda harapan (eh dah hypnoscript anak, kenapa masih sama aja?).
Usah fokus kepada susah tu,
Fokus kepada ada TANGGUNGJAWAB dan SESUATU yang kita boleh lakukan, untuk beri input kepada anak kita.
Sebab kita adalah PARENTS, bukan orang awam atau sesiapa tak berkenaan dengan anak kita. Kita ada tanggungjawab dan peranan khusus kita… terusan mendidik dan asuh mereka…
Walau anak orang awam, niatkan demi elak entropy, beri kata baik dan nasihat kepada anak ini, mungkin kerana kata kata kita, dia akan terkesan dan ada impak positif sedikit, siapa tahu….
Tunjukkan 5 minit contoh, modelkan, Ibu baca Quran, SETIAP HARI tanpa GAGAL, pasti ada impak positif anak akan terpengaruh…… ingat tu.
Penat ajar anak toddler mengaji, lari sana, lari sini, berikan input guru pasif surah audio di bilik tidur, atau flashkan 10 saat kad imbas HFW Quran, atau lalu dinding sebut perkataan tu,
PASTI ada input telah masuk, means akan ada OUTPUT nanti bila dia sedia untuk keluar. Tunggu aja dengan SABAR dan PERCAYA.
JANGAN KENAL ERTI MENGALAH, JADILAH SEPERTI ANAK KECIL YANG SENTIASA BERUSAHA MENCUBA UNTUK BERDIRI DAN BERJALAN WALAU KERAP JATUH,
Kerana mereka tidak kenal erti mengalah, kerana itu adalah fitrah mereka yang Allah jadikan contoh di depan mata untuk ibubapa berfikir,
Anak aku sangat kuat semangat, tak kenal kalah, Aku bagaimana?
Sekian, moga bermanfaat ya.
Jum kita intervene, celah, combat, jangan biarkan ENTROPY berlaku dalam lifeline hidup anak-anak soleh solehah kita semua.
Jika anda rasa anda pelajari sesuatu, kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Saya suka nak tahu 🙂
Refleksi,
Maznah Ibrahim