Ini 3 masa sesuai untuk tegur atau nasihati anak, menurut Islam.
Ia dari buku Prophet Parenting dan saya dapati ia ada sebab yang baik di sebalik psikologi kanak-kanak dan keibubapaan itu sendiri.
3 waktu sesuai itu adalah :
- Sewaktu kita dalam perjalanan / travelling .
- Sewaktu makan
- Sewaktu anak sakit
Saya suka nasihatkan atau tegur Fateh masa semasa di dalam kenderaan.
Sebab waktu ni aktiviti fizikal lasak anak terhad.
Maklumlah duduk dalam kereta.
Teringat masa Fateh dan KN bayi dulu, kami akan curi masa untuk tunjuk dia flash card masa dia duduk dalam car seat, sebab waktu itu mereka terbatas pergerakan, mudah bosan dan boleh melihat kad dengan baik. Tapi tunjuk kad pun taklah lama dalam kurang 15 saat aja, kan.
Bila Fateh sudah besar, saya atau ayah dia akan ambil masa untuk nasihatkan dia semasa di dalam kereta (berdua) terutamanya. Dia akan dengar dan lebih fokus. Camana nak tahu dia auditori ha tengok gambar candid ni, semasa sepupu dia bercakap dengan dia, dia hanya gunakan telinga dia dan matanya ke arah telinga, dia tak perlu toleh untuk tengok muka pun. Dia bukan visual sangat pun sebenarnya.
———————————–
Secara psikologi, ini antara kelebihan berbicara dengan anak semasa dalam kenderaan/ travelling pendek atau panjang, semasa sakit dan semasa makan:
Semasa dalam perjalanan / dalam kenderaan:
- Anak akan lebih fokus kepada audio suara kita sebab kurang rangsangan luaran seperti tv radio dan aktiviti fizikal main lain (syaratnya kita offkan radio dan media visual seperti tv kecil.
- Suasana dalam kereta adalah tertutup maka ianya lebih kondusif berbanding tempat terbuka
- Duduk bersebelahan di kerusi masing-masing membuatkan anak rasa dirinya sama besar atau taraf dengan kita berbanding di luar kereta, saiz badan, dan jawatan sebagai ibu ayah dan anak adalah berbeza tarafnya (autoriti dan minor).
- Dalam travelling biasanya kita di luar daerah dari rumah dan aktiviti rutin kita, maka suasana seperti ini mudah diingati sebagai momen special oleh si anak-anak, malah ingat tak doa orang musafif antara waktu doa yang mujarab?
Semasa anak makan:
- Alangkah lebih afdhal anak kecil ini kita suapkan dan sambil tu sampaikan nasihat dan teguran kepadanya. Ibaratnya apa masuk ke dalam badannya (makanan), nasihat juga akan masuk menjadi santapan jasmani dan rohaninya, kan.
- Anak tidak dapat bercakap sebab dia tengah kunyah makanan hehehe, maka ibu ayah ambil kesempatan cakap elok-elok lembut lembut dengan mereka.
- Sewaktu di meja makan, dengan setiap ahli keluarga duduk di meja dan ruang makan masing-masing, anak berpeluang menyampaikan apa mereka mahu ceritakan dengan secara giliran adil, dan ibu ayah boleh sampaikan mesej secara umum dan spesifik secara santai, jadi taklah teguran serius sangat kan.
Sewaktu anak sakit atau kurang sihat.
- Waktu ni anak akan lemah dan lebih banyak insaf, macam kita bila sakit barulah nak kenang siapa jaga kita, Allah tu ada, dan siapa kawan yang lawat kita.
- Jadi kita yang sihat ni, akan jadi penjaga kepada si anak dan anak yang kurang tenaga fizikal ni mudah kita masukkan nasihat dan teguran baik-baik termasuk penghargaan kerana dia sekarang sedang ‘dijaga’, mudah menerima dan mendengar kata-kata kita.
- Anak akan lebih hargai sebab jagaan, suapan makanan, dan ubatan segalanya bergantung kepada ibu ayah yang menjaga maka mudah jualah segala sisipan nasihat dan kata-kata berunsur kasih sayang dapat diserapkan dalam kata-kata kita kepada dia tu.
Ok, jadi manfaatkan waktu ini ya.
2 tambahan waktu lain psikologi:
1.Sebagai tambahan, saya suka bercakap juga sebelum tidur iaitu waktu tenang dan selesai semua iaitu makan malam, mengaji dan solat isya.
Waktu santai baring-baring macam tu biasanya saya selitkan storytelling berkisar teguran untuk mereka. Dalam gelap gelap tu heheh memang berkesan biasanya sebab mesej tu terus masuk ke minda mereka sejurus sebelum tidur.
2. Waktu selepas solat Jemaah sekeluarga,
memang anak-anak mood baik dan senang juga dinasihati (kehambaan lebih tinggi), selitkan doa untuk setiap anak di dalam doa ayah yang jadi imam ini untuk didengari si anak-anak. Kemudian semua ahli keluarga bersalaman mengikut aturan seperti hari raya. Anak lelaki kepada si ayah, kepada ibu, ibu kepada si ayah, anak perempuan kepada ayah, ibu dan abangnya. Memang hati akan tunduk pabila turutan kedudukan itu mengikut aturan indahnya Islam.
Maznah Ibrahim,
Ibu yang sentiasa berusaha yang terbaik selagi masih ada nafasnya.
Masha Allah, suka saya baca perkongsian puan Maznah. Terima kasih. 😊
sama sama pn azizah 🙂 sama sama kita berkongsi ya puan