Bila ditanya, bila boleh mula puji anak?
Seawal yang boleh, kat saya.
Hatta dalam kandungan (contoh semasa dia respon kepada cahaya yang anda suluhkan atau lagu-laguan spritual/stimulasi yang anda perdengarkan, atau anda sedang makan makanan gembira anda dia summersault berpusing dan dia respon bila ayah dia atau adik beradiknya tiup ‘bubble’ di perut anda),
Mahupun semasa di labour room setelah berjumpa live dengan dia,
Dia pandai menyusu anda secara semulajadi tanpa diajar,
Dia kelihatan mendengar sewaktu anda berbicara,
Ataupun sewaktu pantang anda,
Bermacam tingkahlaku baiknya,
Mahupun sewaktu usia mobile nya,
Menjulur merangkak berjalannya,
Hmm bebila masa aja.
*contoh-contoh kecil ini adalah sebahagian dari momen sebenar yang saya lakukan untuk ketiga-tiga anak saya sejak dalam kandungan lagi . .
Cuma, pastikan puji usaha dan kelakuannya,
Bukan orangnya.
Biar spesifik, bukan umum.
Jelas.
Dan ia berterusan, sampai dia besar. . .
Sebab kecil-kecil banyak nak dipuji,
Besar besar banyak nak dimarahi/ditegur kan?
Jadi sesekali anak dah besar tu, panggil dia dan nyatakan apa yang anda kagum kepadanya sangat. . .
Tengahari tadi,
Saya peluk kuat-kuat Khairunnisa’,
cium tepi dahinya dan nyatakan kepadanya betapa saya kagum dengan kesabaran dan kelembutan dia bila Yumna 2 tahun tarik rambut dia, dia tak balas dan tak marah Yumna,
Bila dia kuat semangat dan boleh happy go lucky walau dia ada momen amat sedih dan menjerit kesakitan (mummy pun rasa sakit hati sedih bila dengar jeritannya) bila mandi kerana kesan garuan ekzemanya sesekali. .
Fateh juga walau amat tegas, garang dan sesekali kasar, solat kartun, namun amat bertanggungjawab dan akan melaksana apa jua arahan, tugasan, mahupun peraturan rumah yang diingatkan,
walau dalam keadaan mulut dia mengomel ngomel bising, dia tetap buat (sungguh kami kagum),
kami nyatakan kebaikan uniknya kepadanya selepas solat jemaah kami sekeluarga bersama.
Dan Yumna yang amat bijak, alert persekitaran, sangat manis lasak dan manja, suka makan semua buah sayur, panjang akal dan berusaha, untuk fasa autonomi dan ‘explorace’nya itu,
dia sendiri akan menunjukkan hasilnya (show off budak kecil usia ni), pujian terus diberi untuk hasil kerja,
juga selalu dapat ciuman dan tepukan diberi tanda sokongan kepada fasanya ini. . .
Setiap anak ada kekuatan, keunikan,
Cari kebaikan kecil dia dan puji besar-besaran,
Ia tangki emosi ‘words of affirmation’.
Biar dia penuh dengan penjelasan dalam dirinya, dan fikirannya akan apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka tentang perilakunya, dan makna teguran kita,
bukan yang penuh dengan kekeliruan apabila dimarahi tak bertempat tak kira masa, apa aku buat ni semua salah aja ke. .
Puji.
Berterusan.
Dengan kaedah pujian yang betul.
Ia tak luak,
tak mengulit mimpi anak,
Kerana ia diletakkan pada tempat dan haknya,
Ia tangki pengesahan perkataan yang ramai orang dewasa masih terkial-kial mencari dan cuba mendapatkan dari orang lain,
Tiada keyakinan diri,
mencari-cari nilai diri.
Asbab masa kecilnya tidak dapat pujian dan pengesahan dari sang Ibu Ayah yang sebenarnya wajib nyatakan kepadanya. . .