Teknik Mendorong Anak Duduk Dalam ‘Carseat’


https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t51/1/16/1f603.png

Untuk anak kecil, kita tahu duduk dalam ‘car seat’ adalah tidak mudah. Mereka rasa kurang selesa dan sentiasa resah.

Untuk ini, saya nak kongsikan skrip ‘hypno’ yang boleh ibu ayah gunakan untuk anak perlahan-lahan boleh sudi untuk duduk dalam ‘car seat’ sehingga jaya.


Teknik Menerangkan Peraturan

“Fateh, Fateh duduk dalam carseat ya. Mummy sayangkan Fateh, dan Mummy nak Fateh selamat, jadi Fateh perlu duduk dalam carseat ni ya..” (sambil mengusap kepala anak dan mencium dahinya dengan pantas: Ganjaran Sosial Non-Material).

Anak akan menjawab “Hm !” bermaksud setuju dan memahami (respon pabila tidak faham apa diperkatakan, beliau akan berbunyi tinggi di hujungnya (“Hm?”) atau jika tidak mahu/ tidak setuju akan berkata “Ma Mau!”.

Teknik Pujian Pabila Anak Berjaya / Cuba Duduk Dalam Carseat

“Terima kasih Fateh sebab duduk dengan baik dalam carseat (Pujian tingkahlaku). Mummy rasa syukur sangat (Impak 1). Senang hati Mummy nak memandu (Impak 2)”. Ia biasanya saya ucapkan samada semasa memandu di hadapan (bercakap dengan kuat) pabila saya dapati beliau tidak berbunyi tak selesa atau semasa membuka tali pinggang carseat nya setelah selamat sampai ke destinasi.

Beliau akan menjawab “Hmm?” dan saya akan ulang lagi skrip di atas. Bermaksud beliau kurang pasti apa maksud saya, dan skrip pujian ini mengesahkan lagi bahawa tingkahlakunya duduk dengan baik itu adalah BETUL, IBU SUKA, SANGAT BAIK, membantu dan selamat untuk kami bersama.

Hasil : Alhamdulillah pertama kali menggunakan skrip ini, anakanda berjaya duduk sehingga selesai perjalanan. Saya dapati sejak gunakan skrip di atas anak sangat berkerjasama hingga kami suami isteri boleh duduk di hadapan manakala anakanda di kerusi belakang seorang diri.

Nota.


*Sayang mudah disebut, namun selamat adalah perkara yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun. Skrip ini digunakan sejak beliau lebih memahami ayat / arahan (1.5 tahun), berbanding sebelum ini saya tidak berkata apa-apa malahan akan mengalah pabila dia berbunyi kebosanan, sementelah semua buku menarik dan mainannya habis diteroka dan dimainkan.

*Dahulunya saya duduk di belakang di sebelah anak di dalam car seat nya (suami di hadapan memandu). Acapkali juga saya mengalah dan mengambilnya dari carseat nya kerana saya fikir perjalanan jauh, dia bosan mungkin (pastinya). Kami selalu travel Perlis-KL-Perlis. Hatta dalam Perlis sahaja pun kadangkala dia akan berbunyi pabila tiba ‘tempoh limitnya’. Sebagai makluman, anak mula didudukkan dalam car seat sejak dalam pantang lagi.

*Skrip Menerangkan Peraturan Selamat di atas saya gunakan pabila beliau di belakang dan saya di hadapan memandu seorang diri. Saya akan menyediakan buku kegemaran yang sesuai dengan usianya mengenal benda iaitu Kamus Bergambar seperti di dalam gambar (saya capai dengan tangan sambil memandu, ia di poket tempat duduk belakang). Maksud, buku atau mainan mudah capai dan sesuai amat perlu disediakan. Juga susu kotak kecilnya (atas 1 tahun). Semasa bawah 1 tahun saya ada gantungkan tali dan benda menarik (botol kayu wangian kereta / dan nametag kami suami isteri yang ada gambar kami berdua dan anak akan sebut Ayah, Mummy) untuk dia leka melihat dan menyentuhnya (hingga kadangkala botol itu terlantun mengenai dahinya, kasihan dia).

*Ibu dan ayah yang prihatin dan pentingkan keselamatan anak akan tidak mengalah dengan desakan anak untuk dikeluarkan dari carseat demi faktor keselamatan. Anak akan ‘test’ kita orang dewasa dengan berbunyi sambil memandang kita. Pabila kita mengalah, beliau akan tahu yang dengan cara merengek kita akan mengeluarkannya. Sama ada (1) anda berkeras hati sekali sahaja (dan anda senang terus kemudiannya bermaksud anak akan terus ok dan tidak berbunyi dah selepas itu: perlu betul-betul keraskan hati), atau pilihan ke-2 beri dia duduk dalam car seat sampai limit sederhana maksimum anak berbunyi, kemudian keluarkannya seketika – untuk tujuan praktis / latihan sehingga boleh betul-betul duduk tak minta dikeluarkan (saya guna kaedah 2 sebab tak sampai hati kerana saya rasa faktor kemampuan kognitif dan emosinya untuk terima dan faham, perlu timing masa yang betul-betul sesuai).

* Adalah OK untuk dikeluarkan pabila ibu di belakang bersama anak (manakala suami ada di hadapan memandu), namun pabila ibu seorang diri, di sinilah cabaran besar menanti kita (dahulunya car seat anak di sebelah saya, pemandu. Namun sebenarnya lebih selamat ialah di belakang untuk kurang risiko).

*Maka sediakan anak semasa meletakkannya di dalam car seat dengan memberitahu Skrip Menerangkan Peraturan di atas. Pertama kali anak berjaya duduk dalam car seat untuk perjalanan jauh lebih 1 jam dari awal hingga ke destinasi ialah pada usianya 12 bulan, (dengan beliau berbunyi mahu dikeluarkan dan saya tidak mengalah malah menarik perhatian dengan bermacam benda). Saya di sebelahnya (tempat duduk belakang dengan memakai tali pinggang keselamatan juga, bagi menunjukkan bahawa semua orang bertali pinggang di dalam kereta). Semasa ini ayah akan memainkan peranan menyebut dengan kuat di hadapan (“Fateh, semua orang pakai tali pinggang, sebab kita semua nak selamat. Tengok, Ayah dan Mummy pun pakai” : Teknik Menerangkan Peraturan).

* Anak juga boleh bezakan antara tidak duduk di dalam car seat (ibu pegang) dengan duduk seorang diri di dalam carseat, iaitu duduk seorang diri di dalam carseat lebih selamat walaupun tidak bebas 😀 Ini kerana sebenarnya peringkat ‘Autonomi’ (berdikari dan merasai pengalaman sendiri) sudah bermula di usia seawal 1 tahun (anda boleh perhatikan pabila anak mula tidak mahu disuapkan makanan dan mahu mencuba melakukan apa-apa perkara sendiri cth makan sendiri). Bermaksud skrip di atas boleh lah dimulakan seawal 1 tahun (ikut tahap kognitif unik kanak-kanak yang berbeza), (saya pun mula skrip lewat). Sebelumnya saya tidak ucapkan apa-apa skrip pun, hanya letak dan layan membaca dan tengok notebook atau apa sahaja (buku adalah biasa dan diminati anak kerana sejak dalam pantang anak dibacakan buku. Namun apa-apa pun tetap ada limit kebosanan, kan).

Didoakan semuanya dipermudahkan untuk melaksanakan teknik nabi dalam mendorong anak duduk di dalam carseat ini.

“Sentiasa usaha pelbagai cara dan tidak mengalah, insyaAllah akan berhasil”

Seterusnya: Contoh audio yang saya gunakan untuk anak bayi sehingga dia selesa dan tertidur dalam kereta.

Alhamdulillah.

Maznah Ibrahim

22 November 2013


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *