Webinar Keibubapaan: Anak Pendam – Macam Mana Nak Buat

(29 customer reviews)

Original price was: RM147.00.Current price is: RM97.00.

  • Akses Webinar Anak Pendam selama 180 hari
  • Akses Nota PDF

 

Available

Webinar Keibubapaan (Versi Rakaman): Anak Pendam – Macam Mana Nak Buat

Oleh Puan Maznah Ibrahim Pengenalan

Anak Pendam atau Sukar Luah Perasaan/Pemikirannya:
Macam Mana Nak Buat?
Tindakan manusia ada 2 bentuk; sama ada pendam atau ekspres.
Ekspres pula ada 2 cara, sama ada secara agresif (marah-marah, bentak-bentak, mengamuk-ngamuk) atau asertif (beritahu elok-elok jelas dan tidak melukakan sesiapa).
Ramai mengadu dan bertanya kepada saya macam mana nak buat agar anak menjadi seorang yang meluah. Memberitahu, berkongsi kepada ibubapanya akan apa yang berlaku sama ada di sekolah mahupun di mana jua berada.
Alangkah bestnya bila anak boleh beritahu, maka kita boleh tahu. Tahu apa dalam pemikirannya dan apa dalam hatinya.
Maka tidaklah kita bersangka-sangka mahupun menuduh, atau tersilap layanan kepada mereka (mistreat) yang bakal memberi kesan kurang baik pula kelak walau niat kita baik aja sebenarnya.
Nak bantu anak, nak bimbing anak, nak selesaikan masalah anak.
Dalam webinar 1 jam ini saya kupaskan:
  1. Senario dan kesan anak pendam kepada bukan sahaja dalam jangka masa pendek malahan jangka masa panjang.
  2. Bagaimana cara ibubapa boleh lakukan untuk bantu anak luah atau beritahu kepada ibu bapa apa sahaja yang perlu, dan penting termasuk RAHSIA SELAMAT.
Untuk siapa webinar ini?
  1. untuk semua ibubapa yang mahu cakna akan skil komunikasi mendorong anak meluah
  2. untuk ibubapa yang selalu rasa sukar atau buntu tidak tahu macam mana nak korek apa dalam hati anak
  3. untuk ibubapa yang selalu rasa tidak reti nak cakap dengan anak dengan cara lebih berkesan bagi mengetahui apa di dalam hati anak.
Kenapa saya buat webinar tajuk ini ?
Kerana saya selalu ditanya mengenai soalan ini, malah ramai juga mengalami pasangan yang tidak meluah sehinggakan menjadi kesan kepada perhubungan dan konflik dalam suami isteri. Maka cara terbaik ialah ibubapa itu sendiri belajar dan ajarkan anak kerana anak ini akan jadi suami/ isteri orang lain kelak 🙂.
Kerana ia skil penting agar bonding ibubapa-anak kekal utuh sehingga fasa ‘storm and stress’ remaja nanti, yang mana anak akan bercerita kepada ibubapanya bila alami apa jua cabaran, godaan dan halangan dalam diri dan luaran semasa fasa mencabar itu nanti.
Kerana skil mudah ini adalah satu dari komponen EQ untuk seorang manusia dan alangkah baiknya ia dikuasai oleh ibu bapa untuk diwariskan kepada anak mereka, maka nanti anak ini akan sukses dan seimbang dewasanya kelak (survive dalam arus semasa dengan kesihatan mental yang baik).
Banyak hasrat saya lagi, pokoknya ia untuk anda semua yang saya hargai dan ambil berat akan skil keibubapaan kita bersama.

29 reviews for Webinar Keibubapaan: Anak Pendam – Macam Mana Nak Buat

  1. Norainy

    Alhamdulillah.. Terima kasih puan Maznah atas ilmu yg bermanfaat.. 😍

  2. MOHAMAD JOHADI ISKANDAR BIN CHE JAMIL

    Alhamdulillah membantu membuka minda mengenai kaedah yang terbaik untuk membantu anak-anak meluahkan perasaan kepada Ibu Bapa.
    Terima kasih.

  3. Faizura

    Alhamdulillah.. Webinar ini dpt mmbantu saya utk mengajar ank2 utk meluahkan.. Trma kasih

  4. Shahirah

    Banyak perkongsian yang bagus dan praktikal untuk digunakan dalam beberapa peringkat umur anak dari bayi hingga remaja. Penjelasan yang mudah difahami juga. Terima kasih pn Maznah atas webinar ini. Nak folo lagi ☺️

  5. Sherin

    Puan, saya sangat suka cara penyampaian dan perkongsian puan melalui buku dan webinar. Dapat membuka hati dan minda saya sebagai ibu dan juga profesion saya sebagai speech therapist. Saya berbesar hati sekiranya kita boleh bekerjasama di kemudian hari 🙂
    Harapan saya agar puan terus dapat berkongsi ilmu dan kepakaran yang puan ada. Tahniah!

  6. Sabariah

    Alhamdulillah, perkongsian yang sangat melegakan jiwa, bila berhadapan situasi anak2 begini, kadang ibubapa jadi lost nak cari punca & kaedah atasi. Terima kasih puan, InsyAAllah kita cuba perbaiki untuk jadi ibubapa yang lebih baik.

  7. Nurhanani Jamaluddin

    Kenapa kita tak kenal lebih awal? Cewah..
    1st,puan org terpilih utk berkongsi ilmu dan saya bersyukur terpilih mendapat rezeki dlm bentuk ilmu ini drpd puan.

    Penyediaan slides yg sgt kemas, lancar, ditambah dengan suara sedap dan lembut.. Mmg menusuk jiwa.

    Paling best apabila turut diselitkan contoh2 ayat yg mak2 boleh copy.. Saya jarang ada ilham utk ckp begitu.

  8. Rina

    Alhamdulillah byk sgt ilmu baru. Setiap Kali Ada webinar pn. Maznah wajib akan tonton walaupon sekadar rakaman

  9. Norhidayati Hissam

    Alhamdulillah. Ilmu yg sgt bermanfaat.. saya akan cuba amalkan utk kebaikan anak2 saya.. saya byk buat salah dlm mendidik anak2 saya.. Harapan saya utk berubah demi anak2 yg jadi amanah kpd saya.

  10. Hafishah binti Ab Hamid

    Alhamdulillah, terima kasih Pn. Maznah, banyak tips yang dikongsikan. Paling penting saya baru sedar besarkanya kesan buruk kalau anak pendam perasaan. Memang dah nampak bibit2 anak mula pendam perasaan, saya pun tak tahu nak buat apa. Dah dapat tips insha Allah saya pasti cuba. Syukur saya dapat mengikuti webinar ini. Semoga puan sekeluarga dirahmati Allah dunia dan akhirat. Aminn.

  11. Sharifah

    Sangat bermanfaat. Terima kasih.

  12. Sofia

    Penjelasan dan penggunaan ayat yang mudah dan ringkas tetapi cukup padat dengan contoh dan huraian yang berkesan.

    Saya tersilap tarikh webinar, mujur ada rakaman! Terima kasih Puan Maznah and Team! Saya sangat menghargai usaha usaha Puan dalam mendidik ibu bapa mendalami anak anak!

  13. Siti Khairizati

    Terima kasih kongsikan rakaman webinar ini. Saya berasa sangat gembira kerana dapat mengetahui skrip dan teknik yang betul untuk membuat anak meluahkan perasaan.

  14. Aminah

    Suka sangat…Banyak manafaatnya dan pertambahan ilmu. Mohon izin untuk saya kongsikan kepada org lain agar semua org dpt ilmu ni

  15. humaira

    Sangat bermanfaat! Perkongsian yang membantu para ibu bapa sedar akan benda yang dianggap remeh yang selalunya kita terlepas pandang sewaktu mendidik anak sejak dari kecil.

  16. alia

    Webinar yang penuh dengan informasi dan tips yang boleh digunakan untuk membantu ahli keluarga saya meluah emosi dengan cara selamat. Terima kasih banyak, puan. 🙂

  17. Mimi

    Alhamdulillah. Dapat ilmu baru utk dipraktikkan dgn anak lelaki 12 thn yg suka berkurung dalam bilik sejak ada handphone sendiri. Sy kena luangkan ms utk join dlm aktiviti dia selepas ni. Yg sy nmpk ialah dia mmg suka kalau dpt belajar sesuatu yg baru seperti masak nasi dan dia pernah request untuk belajar masak yg simple2.

  18. Azzah

    Alhamdulillah sangat menarik. Banyak perkara baru yang diperolehi. Semoga Allah memberikan lebih ruang untuk Puan berkongsi ilmu dengan kami. Aamiin.

  19. Abrizah

    Alhamdulillah, berkesempatan mendengar ilmu yg memg d tunggu2, sngt bermanfaat, dpt idea utk anak-anak remaja bukan shj utk anak sendiri tapi blh jg di applykan utk anak-ank didik. Jazakillahukhairan kathira ilmunya, puan maznah. Semoga Allah mengurniakan pahala berpjgn. Semoga Allah memberi kesempatan lagi utk menimba ilmu memperbaiki diri.

  20. Wan

    Satu lagi perkongsian yang sgt bermanfaat dpd Puan Maznah.. syukur dapat peluang mendengar perkongsian yang sgt berguna ni..mekasih puan maznah

  21. Nurliyana Nazri

    Ilmu yang sangat sangat bermanfaat. Terima kasih puan maznah. moga diperluaskan lagi pintu rezeki puan dan diberikan kesihatan yang baik. Doakan Moga saya dapat memperbaiki diri dan menjadi parent yg terbaik serta menjadi anak yang baik pada parent. Ilmu ni juga bole dipraktikkan pada pasagan suami isteri juga .awesome!! Teruskan usaha puan.

  22. Nor Shuhada Binti Alim

    Terima kasih puan atas pengkongsian. Sgt2 membantu. Skrg anak lelaki sy berumur 1 tahun, sy akan cuba buat seperti yg puan share tadi InsyaAllah. Anak sy skrg selalu menangis jika tidak nampak byg sy, sy tahu anak sy berasa insecure, selalu bercakap2 dengan dia even dia nangis juga. Sy harap one day anxiety separation dia akan berkurang. Puan, semoga puan murah rezeki n dipermudahkan urusan.

  23. Syamsyi

    Sangat membantu untuk mulakan langkah agar anak2 tidak memendam perasaan sendiri tanpa bimbingan dan sokongan utk menghadapi situasi yang berlaku dengan lebih baik. terima kasih

  24. idut feri

    perkongsian ilmu ini membuka minda saya bagaimana untuk membantu diri saya sendiri agar dapat berkomunikasi dengan anak dengan cara yang lebih baik.

  25. Noora waheeda Abdul Wahab

    Saya sgt suka perkataan serta pendekatan yg puan beri utk anak lbh mudah meluahkan,mgkin sy blh cbe pda ank saudara teknik2 yg diberi.ank yg saya ada adalah ank angkat umo 2 thn lbh,tapi sy syg seperti ank sendiri,susahnye bile ank trantum@x dgr kate emosi sy akn terganggu kerana akn terpikir ank ini bkn lahir dari sya n ikut perangai sya.byk kali cube utk buang perasaan tu,tp perlukn masa

  26. Norasma Husna Binti Amran

    Alhamdulillah ilmu ini sangat bermanfaat diaplikasikan utk anak saya….

  27. Hafizah Shahmi

    Sangat mmbantu dlm kmbali kpd on track nak jdi parents y peduli akan ank sndiri dn cara memahami jiwa anak.

  28. NORWAHYU ABDUL WAHAB

    Alhamdulillah..pengisian ilmu yang sangat bermanfaat dan boleh diaplikasikan bersama. Sentiasa refresh diri untuk lakukan yang terbaik buat anak2.

  29. Nur Hikmah Zulhaid

    Alhamdulillah terima kasih Puan Maznah Ibrahim di atas perkongsian tadi. Sangat-sangat berguna dalam membantu saya menjadi ibu yang terbaik untuk anak- anak.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *