TANGKI EMOSI – PERLAKUAN KHIDMAT (ACT OF SERVICE), SAYA SELALU TERJEMAHKAN SEBAGAI ‘LAYANAN YANG BAIK‘ KEPADA SI ANAK
Bayangkan anda adalah pesakit stroke.
Anda dijemput menjadi VVIP satu majlis, dilayan baik betul!
Best nya rasanya.
Ditarikkan kerusi, dihidangkan makanan, dituangkan air, ditanya nak apa apa lagi keperluan tak.
Pokoknya macam raja juga lah.
Pastu pergi ke satu rumah ni.
Dilayan ala kadar.
Panggil-panggil tanya mana bilik air, nak buang air sangat,
“tunggu, tunggu sat”, kata tuan rumah.
Lama anda tunggu tuan rumah kembali, tak kembali.
Anda ni tak boleh bergerak sendiri.
Sebab anda ni ada stroke. Kaki tangan tak kuat.
Nasib baik aja la mulut boleh bunyi bunyi sikit walau mulut herot dah.
Terkencing, basah kat situ.
Aduh dimarah dibebel macam anda ni takda perasaan.
Anda ni manusia, bukan tunggul (huhu).
Nak makan, anda pun cuba suap sendiri, tumpah-tumpah sepah semuanya.
Dimarah kow kow pula. Aduhhh.
‘Salah ke aku?’ anda bertanya dalam hati.
Sedangkan tangan aku kan tak kuat.
Dilayan macam pengemis (huhu).
Teruk betul layanan tuan rumah ni.
Kan best kalau dapat jadi ahli rumah pertama tadi selama-lamanyaaaaaaaa…. (huwaa)
…..
MACAM NILAH PERASAAN ANAK ANDA.
Anak yang masih bayi paling ‘fragile’,
sebab langsung tak boleh bergerak melainkan ‘menangis’ dan ‘merengek’.
Anak ‘toddler’ pula mula boleh bergerak tetapi limitasi kemampuannya,
kerap tersilap langkah, tiada mampu dan tiada pengalaman.
Bercakap pun kita tak berapa faham kan.
Semua manusia mahu dilayan baik.
Hatta bayi baru lahir,
Pesakit stroke,
Orang tua,
Kanak-kanak, remaja,
Suami, Isteri dan anak kita.
Dilayan dengan baik,
Anak akan mudah bekerjasama dengan permintaan anda.
Dilayan dengan buruk,
Anak akan menjadi anak yang sukar dan memberontak dengan cara ‘keanak-anakan’ dia.
Besar sedikit, anak ini boleh berkata-kata,
Dia akan mengungkapkan perkataan seakan-akan gaya anda (walau ‘mumbling’ – ‘words’ tak jelas si ‘toddler’, tetap gayanya ialah gaya anda).
Kadang dengan anak orang (jika anda guru/atau tolong jagakan anak rakan),
Boleh aja layan kanak-kanak dengan baik.
Tapi anak sendiri, ‘take for granted’ orang kata. Marah marah macam dia ni apa.
Sebab tu antara caranya anggap aja anak kita di rumah kita ni adalah ‘penghuni sementara dari syurga’, dihantar olehNya untuk dijagakan sementara dia kembali kepada Pencipta dan Pemilik kekalnya, iaitu Allah swt.
MAKA LAYANLAH ANAK ANDA SEPERTI VVIP.. dari syurga…. (mesej untuk diri saya)
Jika anda ada anak bawah usia 7, baca artikel post saya ini.
TANGKI LAYANAN YANG BAIK IALAH SKIL KOMUNIKASI BERKESAN (VERBAL DAN NON VERBAL!
***5 KUNCI LAYANAN BASIS UNTUK ANDA BUAT SETIAP KALI BERKOMUNIKASI (BERHUBUNG) DENGAN ANAK:
- Pandang mata / duduk bertinggung paras matanya (mata anda dan mata dia sama level)
- Dengar (tak perlu kata apa-apa lagi)
- Tunjukkan anda dengar dengan dorongan minima: angguk angguk kecil, “hmmm..”, “oooh..”, “iyer?..”
- Respons mulakan dengan : Pujian dahulu. Ini penting sebelum komen / betulkan apa-apa (orang dewasa kerap fokus cari point kesalahan si anak) – “Waah, semangatnya Fateh cerita pasal mainan baru kawan. So?”
- Respons seterusnya barulah kepada perkataan mendidik yang sewajarnya. “OK Fateh, Mummy tahu Fateh teruja dengan mainan baru kawan tu sebab ‘power’ kan. Tapi kita kan dah janji lagi 30 hari baru beli mainan Fateh?” (Balik pada ‘rules’ ditetapkan dari awal).
***5 Kunci ini adalah dalam latihan kemahiran asas kaunseling yg selalu saya latih staf untuk layan pesakit / pelanggan, saya susun kan steps nya untuk kita ibubapa di rumah (macam saya juga adalah ibu biasa2 seperti anda melayani anak di rumah tetapi kita upkan diri kita dengan skil pro seperti ini, OK) :-*
Dalam TANGKI LAYANAN BAIK, juga termasuk:
- Pakaikan baju anak dengan hormat (tak kasar rengus rengus), sikatkan, tocangkan, kemaskan kolar bajunya.
- Buatkan air sedap anak (kegemaran si anak)
- Masakkan kuih/ lauk / menu kegemaran si anak
- Suapkan makan anak dengan sudu / tangan anda – atau sediakan nasi dia lengkap satu set dengan air
- Pakaikan tali pinggang keledar di dalam kereta / motor (dan helmet) untuknya dengan kemas dan selamat
- Bukakan pintu kereta untuknya keluar / kerusi ditolak ke depan untuk mudahkan dia keluar dari kereta.
Cubalah ya!
Mahu juga dilayan elok macam VVIP kan,
Ia bermula dengan layan anak macam VVIP,
Tak lama, sekitar anak usia 3 ke atas, anak sudah boleh beri khidmat kecilnya kepada anda.
Dia akan ambilkan air untuk anda, ambilkan pampers/minyak/sabun untuk anda siapkan baby adik kecilnya, dia main masak-masak pun dia ‘serve’ anda makan ‘special’ menu anda nak, dia ‘remind’ anda untuk pakai tali pinggang keselamatan dalam kereta, dia bantu kemas / lipat baju, buang sampah, dan pelbagai lagi khidmat komuniti dalam rumah anda sendiri. ‘Volunteerism’ orang kata, heheheh. Juga dia lampu layan baik atuk nenek insyaAllah.. dan orang tuanya sendiri kelak iaitu anda.
* Jadi, antara punca anak bertingkahlaku mencabar anda ialah kerana tangki layanan dia susut. Dia dilayan macam ‘..’ oleh anda, anda pula dilabel seperti mak singa / ayah singa. Kita usaha jadi mak ayah ‘Manusia’ ok.
*Jika dia dilayan baik oleh rakannya kelak *(remaja) atau ibubapa rakannya, alahai, makin jauh ‘bonding’ kita dengan dia sebab dia punya tangki layanan baik tak ada di rumah sendiri 😌. (Saya pernah ada beberapa kes klien remaja dengan ibubapa kandung yang sampai lapor ke polis sebab anak ini mahu tinggal di rumah kawannya, tapi tak boleh kata culik.. Teroka punya teroka rupanya sebab di rumah kawan ni dia dapat kasih sayang dan layanan ‘ummi’ yang baik sangat… tak macam di rumah dia sendiri…
*Dia ‘craving’ for tangki layanan, maka dia akan ke sana, makin jauh dengan anda. Taknak ia terjadi, kan. Mulakan sekarang. Biar kita ‘MENANG’ daripada ‘orang lain’ di luar sana.
Nanti kita sambung tangki ketiga ya 😉 STAY TUNE.
OLEH: MI
Belum dapatkan Ebook TakNak Marah Anak Lagi ? Boleh Klik Di Si Sini