Apa Kesan Marah Anak?

3.8K   3.8KSharesRakan saya bertanya, apa kesan bila kita selalu marah anak? Saya nyatakan, begini. Kesan Marah Anak 1 Pabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitifnya (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa dia awal bayi. Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya. Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang dan tak selamat, dan reaksi anak ialah impulse control yang serta merta; jika bayi, reaksi spontan pabila keperluan asas tak dapat ialah dia menangis kan (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’), jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut). Kesan Marah Anak 2 Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ gaya dia dan personaliti dia. Dia akan jadi dewasa yang jerit marah memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural proses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus). Gaya ini juga terhasil kerana respons yang diterima si anak dari cayagaya kita marah-marah beremosi ni membentuk sistem tidak seimbang di Autonomic Nervous System (ANS) yang juga dikenali sebagai Body Arousal System yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, immun system dll, ia mengawal proses tindakbalas asas dan utama dalam sistem tubuh manusia. Bayangkan lari laju – pernafasan tercungap, dan perut memulas nak ‘membuang’ – resah, tak selesa. Jadi proses dalam tubuh dia yang sebegitu (mudah stres, imun jatuh, mudah panik dll) menjadi tret / gaya personaliti dia sampai besar. Sukar untuk dia nak pimpin diri, keluarga dan organisasi nanti. Kesan Marah Anak 3 Kesan lain bila […]

Rakan saya bertanya, apa kesan bila kita selalu marah anak?

Saya nyatakan, begini.

Kesan Marah Anak 1

Pabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitifnya (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa dia awal bayi.

Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya.

Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang dan tak selamat, dan reaksi anak ialah impulse control yang serta merta;

jika bayi, reaksi spontan pabila keperluan asas tak dapat ialah dia menangis kan (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’), jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut).

Kesan Marah Anak 2

Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ gaya dia dan personaliti dia.

Dia akan jadi dewasa yang jerit marah memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural proses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus).

Gaya ini juga terhasil kerana respons yang diterima si anak dari cayagaya kita marah-marah beremosi ni membentuk sistem tidak seimbang di Autonomic Nervous System (ANS) yang juga dikenali sebagai Body Arousal System yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, immun system dll,

ia mengawal proses tindakbalas asas dan utama dalam sistem tubuh manusia. Bayangkan lari laju – pernafasan tercungap, dan perut memulas nak ‘membuang’ – resah, tak selesa.

Jadi proses dalam tubuh dia yang sebegitu (mudah stres, imun jatuh, mudah panik dll) menjadi tret / gaya personaliti dia sampai besar. Sukar untuk dia nak pimpin diri, keluarga dan organisasi nanti.

Kesan Marah Anak 3

Kesan lain bila dia dah besar ke sekolah/peringkat emosi kedua iaitu remaja (peringkat emosi pertama ialah 2-4 tahun), mudah ‘react’ atau trigger walau benda kecil-kecil aja dengan tindakan adik beradik, kawan, pasangan, autoriti (guru dll);

kalau kecil lagi, boleh lihat simptom sama ada dia mudah pukul kawan/adik (ada ‘anger’ dan sesuatu terpendam tak lepas di dalam hatinya):

sebab ringkasnya bila dia dimarah kerap, dia juga ada rasa marah (emosi ni timbal balik aja sesama manusia), kalau dewasa tu gaya agresif mudah marah, bergaduh dan tinggalkan sahaja rumah / tempat kerja.

Susahlah anda nanti guru kerap panggil sebab dia buat hal di sekolah, kan? Begitu juga pasangan serta tempat kerjanya kelak.

Gaya dia ni tidak selesaikan masalah pun, tapi tambah masalah lagi ada lah.

Kesan Marah Anak 4

Marah, lawannya tenang. Makna anak sukar nak tenang. Sukar ditenangkan.

Degupan jantung laju sentiasa dan kalau termometer tu ‘shoot’ terus tinggi sungguh. Dah biasa.

Bayi cukup susu macam mana? Tenang aja, perut kenyang, bayi tak cukup susu? Menangis terus sentiasa, kan. Macam tulah, ‘trigger’ otak primitif awal bayi ni, sebab emosi adalah makanan utama jiwa manusia yang sihat.

Kesian kat jantung dia asyik deras, dan jangka masa panjang boleh beri kesan kepada kesihatan mental dan fizikal dia (point no 5 bawah).

Kesan Marah Anak 5

Kesan jangka masa panjang, ialah anak sukar ‘handle’ apa-apa stres dalam kehidupannya kelak, mudah ‘react’, ada juga dewasanya emosi macam roller coaster kejap sedih sangat, kejap marah sangat, cepat takut sangat dan boleh sampai tahap boleh mempunyai masalah kesihatan mental dan fizikal***

(ramai saya perhatikan ada masalah dada sakit, degup kencang, cek doktor tak ada masalah jantung, rupanya ‘anxiety’ dan ‘panic attack’, dan emosi ketara nya ialah rasa ‘takut’ yang amat kuat di dada, berpunca dari sentiasa rasa tak tenang semasa kecil kerana ibu/ ayah kerap marah spontan tak terjangka.

Anak-anak ini membesar dengan rasa tak tenang dan ternanti-nanti bila bom akan meletup sebab mak ayahnya jenis tak boleh jangka reaksinya. Kerap marah-marah tinggi).

Penerangan atas saya ni banyak untuk anak berusia 7 tahun ke atas termasuk orang dewasa yang sudah agak kukuh pembentukan karektor diri (90%).

Untuk usia bawah 6 tahun, terutama 2-4 tahun,

mereka masih di peringkat pembinaan otak emosinya (layer kedua selepas Reptilian/Primitive Brain ialah Emotional Brain atau Mammalian Brain), yang sedang terbentuk pembinaan sel sel, penghubungan sel sel dan pemutusan sel sel neuron di otak yang berlaku dengan sangat pantas,

Dan pastinya mereka sedang ‘struggle’ dengan ledakan emosi yang tercetus untuk dirasai, dan ter reaksi, dari persekitaran. Semudah tidak selesa kerana cuaca panas, atau demam sahaja dan di persekitaran baru sudah buat emosi mereka resah dan tak selamat.

Tidak semestinya sebab dimarah teruk oleh ibubapa mereka akan bermasalah tingkahlaku dan emosi (walau jelas banyak kes punca anak agresif dan buat hal di nursery/prasekolah ialah kerana di rumah dia banyak dimarah dan dihukum),

anak peringkat usia ini masih boleh ‘trigger’ Reptilian Brain dia atas faktor lain lain sebab dia masih di peringkat otak emosi yang sedang belajar untuk beregulasi (sesuaikan diri untuk capai tahap selesa tenang selamat, komponen EQ mereka).

Contoh anak eczema saya 3 tahun, bila di bawah sedar dia boleh resah, menangis kuat dan marah marah, serta sensitif,  ‘react’ sebab dia masih di peringkat otak emosi dan ‘struggle’ dengan proses penyembuhan sakitnya.

Jadi SABAR adalah satu satunya cara untuk kendali anak peringkat usia ‘emotional’ brain ini (usia 2-4 mainly).

Jadi, Tak Boleh Marah Anak Langsung Ke?

Boleh marah dengan anak, tapi gunalah kaedah lebih berhemah, dan mendidik, bukan dengan emosi amarah.

(alternatif marah, guna perkataan menegur yg mendidik: tangki emosi part 1)
(sedang situasi biasa yang buat kita akan marah pun Rasulullah tidak marah langsung pula: Cara Marah Rasulullah)

Kerapkali bila marah dengan emosi amarah, ia akan disusuli dengan kekerasan fizikal seperti pukul, cubit, tampar, rotan, tarik kasar dan sebagainya.

Ia mungkin sesekali terjadi, terlepas kawalan orang kata (kena minta maaf dengan anak dan solat sunat taubat). Tapi jika kerap sangat? Banyak kesan jangka masa panjang untuk kesihatan mentalnya dan bagaimanakah bentuk komuniti serta negara kita kelak.

Malah generasi kita kini yang rata-rata banyak masalah kesihatan mental adalah berpunca dari gaya ‘parenting’ yang tidak betul ***, dahulu. Yang lebih kepada ‘Nanny knows the best’. Turun temurun. Dengan kajian terkini, ada perkaitan dijumpai mengenai kesan gaya parenting dengan kesihatan mental dan fizikal orang dewasa. Malah bilangan pesakit psikiatrik sangat meningkat, dan ubatan sangat banyak perlu dikeluarkan.

Sayang Anak Tangan-Tangankan, Sayang Isteri Tinggal-Tinggalkan ?

Seperti kata orang ‘sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’, sudah tidak relevan lagi kini.

Satu sebab, tangan-tangankan tu pukul pukul selalu, memang ada kesan pada otak dan tingkahlaku anak bukan sahaja sekarang tetapi untuk jangkamasa panjang juga seperti saya kongsikan di atas.

Tinggal isteri pula rata-rata kini saya lihat isteri stres urus anak seorang diri, bila stres ditinggal kerap oleh suami, atau berjauhan (PJJ), kurang sumber sokongan (resource), ramai isteri terpukul atau selalu marah-marah anak disebabkan terlalu penat secara fizikal dan emosi.

Marah pada suami, jadi lepas marah dan pukul kepada anak.

Kita tahu ia sangat tak wajar, kan. Namun itulah yang banyak terjadi.

 

***Buku ‘What Every Parent Needs to Know’ / ‘Science of Parenting’ oleh Margot Sunderland – berdasarkan lebih 2000 kajian berkaitan ini.

Semoga perkongsian saya bermanafaat untuk anda.

Maznah


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

17 Comments

  1. Sy dh trima 10 tip atasi marah tu.. terima kasih puan.. semoga Allah permudahkan urusan puan di dunia Dan akhirat

  2. Kini saya sedang berusaha untuk tidak lagi marah pada anak… terima kasih atas perkongsian.

    • Masyaallah puan, syabas :), gembira saya membacanya. Saya doakan puan akan dipermudahkan mendidik & menguruskan anak-anak. Terima kaseh sebab baca artikel ni, semoga ramai lagi dapat manafaat seperti puan.

  3. Terima kasih puan…ank sy baru 4 tahun., risau juga asyik naik kaki pada kita..mungkin silap sy asyik marah pd dia..kadang2 dia pukul adik tanpa sebab…

    • ya puan, ia memang cycle, ibubapa marah anak, anak marah adik dia. takpa puan blh lagi educate dia elok2 dan cuma hentikan aja kesilapan kita tu, insyaAllah anak kecil sangat mudah dibentuk puan.

  4. Salam Puan Maznah.

    Terima kasih atas perkongsian Puan.

    Saya ada 2 org anak. Yg sulong, perempuan umur 2tahun7bulan. Yg kedua lelaki baru 2 bulan.

    Saya nampak anak saya yg sulong cepat tertrigger bila kena marah. Bila kena tegur, memang dia akan react dengan menjerit marah balik, atau hayun tangan baling atau pukul. Sama seperti yg puan ceritakan.

    Macam mn ya nak baiki balik tingkah laku anak saya ni puan?

    Dan macam mana nak sampaikan kt orang sekeliling, terutama sekali atok neneknya yg marah dan tegur anak seperti tu tak elok?

    Terima kasih puan sudi membaca.

    • Salam Pn Salmah.
      Untuk anak usia ini sangat boleh dibentuk lagi. Fahami peringkat usia ini adalah peak untuk emotional regulasi (pengurusan emosi spontan). Jadi reaksi puan akan banyak bantu bentuk karektor, personaliti dan gaya tindakan dia.
      Untuk itu, contohnya banyakkan guna hypnoscript
      : Ali buat sentuhan selamat saja.
      : Bila Ali rasa marah, Ali terus pukul punching bag ini.
      : Ali tak boleh pukul Mama macam ni, Mama sakit. Ali tak boleh baling barang ni nanti barang rosak. Tapi Ali boleh pukul bantal ini.
      : Ali sabar. Ali faham apa Mama cakapkan.

      Untuk orang tua sekeliling, terbaik memang diamkan aja masa mereka menegur, utama sekali ibu ayah tidak menambah marah anak, sebaliknya pastikan apa anak akan buat tu tidak melampau batas saja selepas itu. Alihkan atau channelkan sja.

      Org tua yg faham kanak2 jenis macam ni, takkan label teruk anak jenis ini, sebaliknya bantu dengan menenangkan dan menasihatkan.

  5. Terima kasih atas ilmu mahal yang mampu merubah generasi masa hadapan ini, dan mampu menghentikan cycle ‘masalah dalaman/psychology’ yang diturunkan dari generasi lama dan berulang-ulang ke generasi seterusnya.

  6. Terima kasih, Puan Maznah.. saya adalah ibu yg mudah marah dan sekali sekala naik tangan juga..slps buat saya akan rasa menyesal tp malangnya saya buat lg.. ia berlaku bila saya letih, fikiran serabut dgn byk hal dll… Saya ingin berubah..saya tak mahu anak2 saya jd mcm saya bila dewasa nanti.. doakan saya ya..

    • amin saya pasti doakan utk puan yg baik dan semua ibu di luar sana.. insyaAllah bila ada kesedaran, dan mohon selalu padaNya, Dia akan bantu, pasti…

  7. Assalamualaikum Puan Maznah,
    Tq atas perkongsian..semoga Allah beri kebaikan berterusan utk puan.
    Daripada apa yg puan terangkan, sy dapati telah lakukan kesalahan besar pd perkembangan emosi anak.
    Anak 9 tahun perempuan sekarang bersifat reaktif dan cepat naik tgn terhadap adik dan kawan2.
    Saya akui mmg saya yg bersalah kerana terlalu garang dengannya dan sering marah.
    Mungkin ini hasilnya dan dia cuba melepaskan emosi negatif pada adik dan rakan
    Apakah solusi yg dpt saya lakukan? Adakah masih ada ruang utk membentuk emosi positif anak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *