Game ‘Ba Ba Chak’ bantu Perkembangan Otak Emosi?
Dalam otak, ia ‘trigger’ emosi positif dalam sistem ‘SEEKING’ dan ‘PLAY’ di otak.
Menariknya, bab ‘Play’ dan ‘Seeking’ ni biasanya bapa-bapa lah yang lebih ‘fun’ dari mak mak (kan? huhu, mak serius bangat).
Dalam fitrah manusia, ia menggalakkan pencarian kepada persoalan, kajian dan analitikal dalam diri seorang manusia. Termasuk mencari aspek Ketuhanan / Spiritual, dan segala ilmu lain seperti sains, matematik, fizik dan lain-lain. Jika saya bab psikologi lah, kajian mengenai manusia!
Teringat kursus ESQ Parenting yang saya hadiri, trainer menunjukkan Game ini memang seantero satu dunia bermain. Nama Game aja lain, ikut bahasa, hehe.
Saya tersedar hal ini kerana si Ayah kepada anak-anak saya sangat rajin main Ba Ba Chak ini sejak anak awal bayi 1 bulan lebih.
Teringat juga Game lain berkesinambungan dari game Ba Chak ialah Hide and Seek. Juga si Ayah ini sangat rajin main sejak anak merangkak terkedek-kedek sorokkan diri hingga 6 tahun pun (saya main juga tapi anak anak lebih seronok main dengan ayahnya).
Teringat juga yang masa cuti berpantang anak kedua, saya buat aktiviti dengan Fateh 3 tahun menggunakan buku. Saya terkesima kerana dalam soalan buku tu minta si anak pilih aktiviti manakah yang dia paling suka, disuruh lekatkan simbol ‘LOVE’ besar.
Dan tahu gambar mana yang Fateh pilih? Antara 4 ini:-
1. Aktiviti bermain block
2. Aktiviti dibacakan buku
3. Aktiviti xx (tak ingat dah)
4. Aktiviti ‘ba chak’ (Fateh ‘associate’ sebagai Aktiviti ‘Hide and Seek’ yang dia sedang dalam peringkat tu)
Yang Fateh pilih adalah Aktiviti no 4 tu…
Hingga kini anak anak saya (Fateh 6 Tahun dan Khairunnisa’ (KN) 3 Tahun, lebih lagi ialah KN lah) suka main sorok-sorok dan minta dicari cari. Jadi saya pun main lah juga selepas itu. Biasanya kelakar mereka akan beritahu jawapan: “Mummy, Kakak kat sini…” (dalam almari / balik kain selimut), “Ayah.. carilah Fateh… Fateh kat belakang langsir ni…”
Secara tak langsung, ‘bonding’ atau kerapatan ibu/bapa dengan anak akan terbentuk dan meningkat. Ia bukan calang-calang murah punya aktiviti tau (Zero Cost), namun nilainya amatlah tinggi. Baca sampai habis ya, sikit aja lagi.
Usia anak anda seawal 2 bulan sudah mula nampak anda, dan senyum, maka bolehlah buat game ni selalu ya.
Usia besar sedikit, game berkembang ke game klasik lain iaitu Game Main Sorok-Sorok. Nampak simple tapi besar sangat untuk menyokong perkembangan otak kognitif (mencari jawapan) dan sistem emosi anak – Seeking System dan Play System tadi.
Maksud Sistem Seeking dan Play di Otak, Apa Kepentingannya Kelak
Nanti anak besar kelak, dia mudah ‘trigger’ keseronokan dalam diri sebab dia pernah mendapat sokongan perkembangannya melalui bermain aktiviti ini.
Ia juga membentuk karektor.
Nanti buat kajian atau ‘research’ pun tak stres, anggap ia ‘fun’ sangat! (Jika STIFIn karektor Intuiting sangat seronok bab ini, jika Thinking agak serius bab ini tapi akan tak lah jadi terlalu stres, jika anak saya Thinking besar esok buat kajian, dia masih ada unsur ‘humour’ dan seronok ‘enjoy’ laksanakan kerjanya).
Ia bantu untuk mereka hadapi stres dalam kehidupannya kelak. Sebab sistem ini dapat digunakan, ia ada dalam diri mereka, tinggal nak activatekan aja. Jika sistem ini tak kuat, mereka mudah lesu, depres dan panik bila sistem emosi negatif (Rage, Fear dan Panic/Grief) ter ‘activate’.
Jadi, marilah bermain dengan anak.
Seawal usia bayi.
Dan bina banyak-banyak momen emosi positif untuk bonding (kerapatan) dan bantu bina ‘chemical brain profile’ dia dalam sistem emosi positif tersebut, untuk bekalan dia hadapi cabaran kehidupan kelak, dengan seronok dan positif!.
Maznah Ibrahim.