Tag emosi marah

kesan marah anak Maznah Ibrahim

Apa Kesan Marah Anak?

Rakan saya bertanya, apa kesan bila kita selalu marah anak? Saya nyatakan, begini. Kesan Marah Anak 1 Pabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitifnya (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa dia awal bayi. Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya. Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang dan tak selamat, dan reaksi anak ialah impulse control yang serta merta; jika bayi, reaksi spontan pabila keperluan asas tak dapat ialah dia menangis kan (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’), jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut). Kesan Marah Anak 2 Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ gaya dia dan personaliti dia. Dia akan jadi dewasa yang jerit marah memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural proses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus). Gaya ini juga terhasil kerana respons yang diterima si anak dari cayagaya kita marah-marah beremosi ni membentuk sistem tidak seimbang di Autonomic Nervous System (ANS) yang juga dikenali sebagai Body Arousal System yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, immun system dll, ia mengawal proses tindakbalas asas dan utama dalam sistem tubuh manusia. Bayangkan lari laju – pernafasan tercungap, dan perut memulas nak ‘membuang’ – resah, tak selesa. Jadi proses dalam tubuh dia yang sebegitu (mudah stres, imun jatuh, mudah panik dll) menjadi tret / gaya personaliti dia sampai besar. Sukar untuk dia nak pimpin diri, keluarga dan organisasi nanti. Kesan Marah Anak 3 Kesan lain bila […]