Termarah Anak, Teruk Sangatkah Aku Ini?


TERMARAH ANAK, TERUK SANGATKAH AKU INI?
.
.
Perbincangan ini berlaku di dalam Support Group Telegram Alumni EHSABAR.

Ya saya juga pernah alami ter marah anak tu. Dan saya cepat-cepat counter semula segera. Kenapa dan bagaimana? Baca sampai habis ya.

Bila termarah anak dan sedar itu salah, it is good.

InsyaAllah it is a better way of bridging n connection with our own children.

*** Kebaikan Marah Anak Bila Perlu

  • Anak akan ingat sampai bila-bila momen itu
  • Anak akan lebih rapat dan fahami kita.
  • Kita juga lebih dekat dengan dia.
  • Sebenarnya kita lah yang akan lebih dekat dengan Allah
  • Dekat dengan diri sendiri.
  • Kenal diri – sensitiviti diri, isu peribadi diri, luka lama diri
  • Kenal keperluan diri – perlu hadiri terapi rupanya
  • Kenal tangki emosi sendiri part mana yang kosong rupanya / sebenarnya selama ini.

KITA SEDANG ALAMI ‘EUSTRESS’

Ini namanya EUSTRESS. STRES yang positif.

Sebab kita akan belajar sesuatu dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan skill diri kita.

Sebab bila sesuatu berlaku, kita akan lebih tersedar.

Bayangkan jika lah hidup ini sama sahaja dan tidak berubah selama 7 tahun pertama usia anak.

Tidakkah itu amat bosan (memang macam bukan hidup namanya, tidak ada ujian), sedangkan hidup di dunia ini memang satu persinggahan untuk hadapi ujian.
Ujian kehidupan namanya.

Jelas sirah Rasulullah dan para nabi lain ada ujian kehidupan di awal kehidupan mereka.
Semuanya untuk pembentukan karektor bakal pemimpin.

Teringat Nabi Muhammad tiada bapa, diasuh oleh ibu susuan, seterusnya kematian ibu, seterusnya atuk, dan bapa saudara. Ingat mudah dan ideal kah kehidupan baginda?
Nabi Ismail dengan ibunya Siti Hajar di padang pasir. Banyak stresnya.

Jika anak kerap dimarah oleh ibubapa, diherdik ibubapa dan lain-lain,
memang ia akan ada negative effect – anak boleh jadi agresif, pemarah dan tak sensitif kepada orang lain.

(BACA SINI KESAN MARAH ANAK)

So aim kan atau niatkan semula yang kejadian silap kita termarah anak tu sebenarnya ialah satu RUANG DAN PELUANG ke arah diri kita yang akan jadi lebih baik dan positif bila kita buat perubahan sikap. Yang tiga bintang atas tu ya***

😊 faham, kan.

Contoh:

Tak pernah marah anak.

Anda Ibu paling kool dalam dunia la.

Anak mungkin tak tahu mana yang sangat penting dan sangat sensitif.

Anak tak boleh beza apa benar dan salah yang sebenarnya.

Maka boleh saja marah anak (tegur kesilapan untuk didik).

Namun,

Elakkan sama sekali, jauhkan marah yang beremosi kerana emosi kita sendiri, yang bukan sebab salah anak semata-mata.

Maksudnya,

SALAH ANAK + EMOSI AMARAH IBUBAPA

(YANG BIASANYA HANYA DISEBABKAN OLEH TRIGGER/SENSITIF KEPADA SESUATU PADAHAL SALAH ANAK TU KECIL AJA DAN LOGIK UNTUK USIA MUDA MACAM TU BUAT SILAP. PERANAN KITA SEBENARNYA TUNJUKI DIA BUKAN MERENDAH-RENDAHKAN USAHA DIA)

Ya sesekali terbabas.

Segeralah solat sunat taubat.

BILA SESUAI ATAU BOLEH MARAH

Sebaiknya marah hanya kerana faktor keselamatan, termasuk tujuan pelihara emosi dia dan kita. Contoh marah kerana tidak mahu anak tersasar jauh kemudian nanti. Bila dia dah jauh silap, dia sendiri akan susah dan terluka nanti. Kita nak dia selamat dan sejahtera, bahagia.

Marah yang sudah jelas dalam agama yang kesalahan dia tu adalah salah (bathil).

  • Tidak solat walau telah dididik dengan baik sejak 7-10 tahun.
  • Melihat benda terlarang
  • Tidak memelihara kemaluan
  • Minum Arak, Berzina, Membunuh

Marah anak sebab geram kepada orang lain (orang luar provoke atau saja suka nak tengok kita marah teruk anak) kemudian kita salur lempar ke anak, memang tak wajar. Sila urus emosi sendiri dulu ya.

Marah anak sebab dia telah diperingatkan dan lupa. Hanya marahkan cara sederhana, tegas dan baik (FIRM AND KIND) (treat dia dengan human kind walau dia salah dan dia hanyalah budak kecil yang mana anak kecil juga ada perasaan).

Ini agar dia tahu itu memang betul-betul salah dan tak boleh diterima oleh Allah. Tegas dengan maksud marah yang sebenarnya.

Cek balik apa sebab dia buat silap atau lupa. Jenis personaliti dia? Cara kita beri ayat dia kurang jelas? Baru sekali remind? Dia tak pernah buat? Ia tak wajar jika kita nak marah berlebihan.

Umumnya anak kecil memang kena remind beratus kali. Usia 7 ke bawah memang mumaiyiz. Belum matang.

Mereka tak make sense maksud tegahan kita. Lagi ‘jangan’, lagi dia akan buat, kan? Dia tak diberitahu apa dia kena buat sebagai ganti apa yang tak boleh buat tu. (Jangan Lari Jangan Pukul Jangan Bergaduh Jangan Meludah dll)

Unless kita beri ayat teknik nabi yang ringkas dan jelas tu.

“Tak boleh berebut mainan, mainan untuk dimain dan dikongsi bersama.
Allah suka manusia yang pemurah berkongsi apa dia ada”.

“Tak boleh lari laju dalam rumah, baby tengah tidur nanti terjaga dan menangis sebab terkejut, main di bilik sana tu”.

“Tak boleh meludah, ia kotor. Hanya ludah dalam sinki dan curah air saja”.

Part ni perlu ibu yang sangat kuat dan kool. Dan ibu konfiden dengan situasi itu, tahu anak tidak salah sama sekali kerana mereka belum matang. Jelas yang anak sendiri dan anak orang lain itu sama-sama belum matang.

Mereka perlu diberi Ruang dan Peluang untuk belajar kendali konflik perhubungan.

KENAPA LAYAK IBUBAPA MARAH ANAK

1.Beza ibu bapa sendiri marah anak ialah ibubapa ada long term hubungan dengan anak sampai akhirat. Maka ada hutang di situ. HUTANG TANGUNGJAWAB = TANGGUNG DAN JAWAB KEPADA YANG MAHA ADIL PEMUTUS

2. Disebabkan anak kenal ibubapa lebih berbanding anak kenal orang lain dan begitu sebaliknya, maka bila kita sebagai ibu ayah marah yang bersebab memang kita ada MASA yang lebih untuk explain sejelasnya (juga faktor masa dan bonding kita kuat dengan anak) dan mohon maaf secara serius dan pastikan selesai 0-0.

Pastikan tak tertinggal sikit pun kekonfiusan dia atau ketidakpuashatian dia. Macam buka belah perut dan balut balik elok-elok, jangan ada tertinggal gunting ke apa ke di dalam perut tu.

Explain kat anak apa sebab tadi marah, kadang sebab memang kita silap termarah lebih-lebih maka mohon maaf betul-betul saja. Tak rugi merendah diri kepada anak bila sendiri silap. InsyaAllah anak akan sangat mudah memaafkan kita dan mudah sedar kesilapan dia juga nanti.

Sangat penting ya.

TIPS CEPAT ATASI MARAH

Cuba amalkan sesuatu yang berbeza tak pernah buat (elemen spiritual), tengok apa bezanya pada kawalan diri marah anda ;).

1. zikir Ya Salam ya Sobur – Ya Allah sejahterakan, tenangkan diriku dan limpahkan kesabaran dalam diri ku

2. Atau istighfar 100 kali

3. Atau solat tahajud setiap hari

4. Atau solat sunat taubat tiap kali termarah teruk anak dan menyesal

InsyaAllah anda akan dapati diri sangat kool dan sukar nak meletus marah tu.

MARI MOVE ON

Ibubapa elak terlalu lama berduka dukaan dan berkesal kesalan kerana termarah anak.

MOVE. Teruskan Kehidupan. Hidup sangat pendek untuk dibuang masa kerana satu kesilapan. Hidup masih panjang dan luas untuk diteroka dan dialami.

Salahudin Al Ayubi bila jatuh kuda, terus diangkat naik semula agar tidak terlalu duduk lama bersedih dan kesal tak pandai tunggang kuda.

Travel jauh KL Perlis, singgah RnR sebentar sahaja 1 jam tidaklah sampai 4 jam berehat kepenatan nanti boleh sampai tertidur di sana pula hahaha.

Maksudnya merintih (sedih, rasa bersalah) tu boleh, bagus sangat. Anggap sebagai tempoh muhasabah diri. Namun perlu sebentar saja dan elak berlamaan lebih-lebih sehingga esok harinya, ok. 

😉

********************
Maznah Ibrahim
31 Julai 2016

tidak perlu marah anak tapi tunjuki saja maznah ibrahim
Anak Bijak Soleh kami Fateh masa ni usia 4 dan sengaja melakukan aksi berlawanan dari sepatutnya. Adakah kami marah teruk teruk dia? Tidak, kami hanya beritahu dan tunjuki saja.

Jemput dapakan Ebook PERCUMA 10 Tips Atasi Marah DISINI


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *