Update Duduk Di Kerusi Selamat (carseat) untuk anak 4 Tahun
Alhamdulillah di usia 4 tahun ini, Fateh telah sah dan amat selesa duduk di kerusi selamatnya (carseat) bagi perjalanan pendek dalam Perlis mahupun perjalanan panjang di KL.
.
.
Dia akan beritahu tidak mahu ayah terus memandu selagi dia tidak dipakaikan Tali Pinggang keselamatannya, walau perjalanan pendek ke sekolahnya 15 km.
.
.
Tahun ini InsyaAllah kami akan train Khairunnisa’ pula dengan laluan yang akan lebih panjang (dalam 2000 km) kerana kami ada plan trip bercuti keluarga kecil kami yeay).
.
.
Moga berjaya semua.
.
.
Cegah lebih baik dari mengubati.
.
.
Langkah keselamatan adalah paling utama dititikberatkan dalam pendidikan anak-anak termasuk isu buli, sentuhan selamat, keselamatan peribadi seksualiti, dan langgar ‘boundaries’ emosi/fizikal dirinya atau kita ibubapanya.
.
.
NOTA.
- Perjalanan malam amatlah baik, kerana anak tidur lena. Cuma kami jenis sesuai perjalanan siang. Hehehe. (malam kami akan senang tertidur)
- Perjalanan siang banyak pemandangan, ilmu, dan pendidikan boleh diselitkan. Gunakan peluang ini. Biasanya kami amik alam sekeliling itu sebagai ilmu ‘roadschooling’ untuk si anak berfikir dan bersyukur, sebagai contoh
TIPS Komunikasi Nak Bagi Anak Tidak Bosan Dalam Kereta
i. tengok orang tu, kasihan kan, anak dua kecil dan naik motor sahaja. Bagaimana jika hujan?
ii. tengok tu orang tu tak beri signal bila nak masuk lane, apa jadi bila ayah ter break mengejut?
iii. nak lalu terowong, kira !!! (counting dari mula nampak terowong sampai ke bawah terowong – biasanya dapat sampai 1-10)
iv. eee busuknya, ayah kentut ya? Fateh bertanya. Tak, cuma tengok tepi tu, ladang kelapa sawit, kelapa sawit memang macam tu. Tapi banyak manfaatnya kan?
v. Jum baca surah sama-sama, teman ayah ngantuk. Atau jum kita nyanyi sama-sama, lagu kakak puteri.
vi. Ee lambatnya nak sampai ayah… kenapa banyak kereta? – Ya syukur lah Fateh selama ni duk Perlis aman damai, kan. Macam nilah bila di KL, kereta banyak, kena sabar banyak-banyak (biasanya perjalanan jauh raya tak pernah jem sebab kami menentang arus 😉
vii. Ayah Fateh nak main, bosan la… – Tak pe nanti sampai RnR Fateh boleh main playground (tang ni latih diri berhenti tiap 2 jam utk anak melunaskan hak fizikal mereka dan kita juga meregangkan otot tubuh kita hehe).
viii. Cuba cari kereta mana warna biru? (soalan game spontan: kena perhatikan kereta belakang akan lalu sebelah dia ialah kereta warna apa)
ix. Waa besarnya tayar bus / lori ni…. Macam mana dia buat tayar ya? Macam mana lori ni bawa barang banyak ya, kenapa dia perlahan je ye (Thinking STIFIn)
x. Hujan! Kenapa kita kena guna wiper. Topik Hujan, awan gelap, awan cantik biru, langit luas tinggi dll (sangaaaat banyak topik alam ni heheheh)
.
.
Sebenarnya banyak lagi kisah dalam perjalanan jauh ini, saya yakin sahabat semua pun banyak kisah, kan? Kongsikan dengan saya.
.
Baca seterusnya untuk bagaimana kami train Fateh dari bayi sampai 2 tahun lebih dan firm, karektornya untuk duduk di ‘kerusi selamat’nya.
https://maznahibrahim.com/teknik-mendorong-anak-duduk-dalam-carseat/
Seterusnya saya akan kongsikan audio yang paling soothing hingga anak bayi dan anak besar kita pun akan tertidur dalam kereta…
Maznah Ibrahim