Harapan dan Kuasa Sebuah Doa

    ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (40:60) Ayat ini untuk saya dan semua ibubapa. Jangan pernah berhenti berharap. BerHarap adalah satu doa. ————— Dalam hati, merasa sesuatu. Dalam fikiran, berfikir sesuatu. Dari mulut, berbicara sesuatu. Semua nya satu doa. Biarlah yang baik-baik dirasai, difikiri dan diucapkan. Sebaik baik perasaan ialah redha. Apa jua keputusan Allah, percaya dan yakin ujian ini dan solusi nya dari Allah. Saya baru melihat seorang bayi yang sama usia KN. Saya terasa sesuatu. Amat perit. Saya tidak di tempat ibu itu. Saya tidak boleh judge dia. Namun, saya katakan jika saya di tempat nya saya akan bersama si kecil sepanjang masa dan usap di badannya, ucapkan/bisikkan kata kata yang baik dan menyokong daya survivalnya secara nyata serta terus terusan solat berdoa secara fizikal. Sy bukan tak pernah lalui situasi kritikal itu. Fateh usia awal hidupnya ada fasa kritikal. Usia hari ke-3, Usia 12 hari, Usia 60 hari. 3 kali warded. Yang kali ketiga warded memang sampai orang kata tukarlah nama anak. Nama itu berat. Kenapa sampai masuk hospital warded banyak kali. Kami tersenyum sahaja. Yang warded kali ketiga amat kritikal. Platlet nya sampai 3. Jika platlet kosong, pendarahan dalam otak boleh berlaku dan tiada harapan selepas itu. Kami tega. Kami yakin hanya kepada Allah. Tiada lain.. ? Sebaik keyakinan itu penuh kepada Nya, sejak itu tak da dah warded. Cuma kerap sakit dan kami kerap ke emergency hospital. Faktor ini buat saya banyak ubah dari segi kehamilan dan kelahiran serta pemakanan KN. KN sampai kini belum pernah jumpa doktor. Sakit chick pox pun sebab jangkit dari Fateh. Kami manage sebaik mungkin seperti abangnya. Alhamdulillah dia memang kuat dan sihat. Kawan kawan, mari doakan untuk semua ibubapa yang diuji anaknya sakit, agar tidak pernah berhenti berharap kepada satu kuasa yang lebih […]

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”.

(40:60)

Ayat ini untuk saya dan semua ibubapa.

Jangan pernah berhenti berharap.

BerHarap adalah satu doa.

—————

Dalam hati, merasa sesuatu.

Dalam fikiran, berfikir sesuatu.

Dari mulut, berbicara sesuatu.

Semua nya satu doa.

Biarlah yang baik-baik dirasai, difikiri dan diucapkan.

Sebaik baik perasaan ialah redha. Apa jua keputusan Allah, percaya dan yakin ujian ini dan solusi nya dari Allah.

Saya baru melihat seorang bayi yang sama usia KN. Saya terasa sesuatu. Amat perit.

Saya tidak di tempat ibu itu. Saya tidak boleh judge dia.

Namun, saya katakan jika saya di tempat nya saya akan bersama si kecil sepanjang masa dan usap di badannya, ucapkan/bisikkan kata kata yang baik dan menyokong daya survivalnya secara nyata serta terus terusan solat berdoa secara fizikal.

Sy bukan tak pernah lalui situasi kritikal itu. Fateh usia awal hidupnya ada fasa kritikal.

Usia hari ke-3,
Usia 12 hari,
Usia 60 hari.

3 kali warded.

Yang kali ketiga warded memang sampai orang kata tukarlah nama anak. Nama itu berat. Kenapa sampai masuk hospital warded banyak kali. Kami tersenyum sahaja.

Yang warded kali ketiga amat kritikal. Platlet nya sampai 3. Jika platlet kosong, pendarahan dalam otak boleh berlaku dan tiada harapan selepas itu.

Kami tega. Kami yakin hanya kepada Allah. Tiada lain.. ? Sebaik keyakinan itu penuh kepada Nya, sejak itu tak da dah warded. Cuma kerap sakit dan kami kerap ke emergency hospital.

Faktor ini buat saya banyak ubah dari segi kehamilan dan kelahiran serta pemakanan KN. KN sampai kini belum pernah jumpa doktor. Sakit chick pox pun sebab jangkit dari Fateh. Kami manage sebaik mungkin seperti abangnya. Alhamdulillah dia memang kuat dan sihat.

Kawan kawan, mari doakan untuk semua ibubapa yang diuji anaknya sakit, agar tidak pernah berhenti berharap kepada satu kuasa yang lebih Tinggi.

Untuk orang Islam, Allah bersama kita. Teringat Fateh nya SASU latest, Allah sabarkan kita. Dan teringat Self Affirmation Fateh, Allah kan ada.

Ayat penuh 40:60 ialah:

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. {40:60}

Minta dijauhkan dari menjadi orang orang yang lupa kepada Nya, sombong, takbur dari beribadat dan berdoa kepadaNya.

Perit lagi.

Mummy Fateh dan Khairunnisa’.
18 Mei 2016.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151