Marah Anak Untuk Mendidik ?

    Ada Marah Bermanfaat Tak? Comel sekali. Semalam Fateh sibuk nak tolong memasak. Fikirkan dia tengah semangat, baik beri aja kerja yang boleh diberi. Since saya dah siap semua, ada 1 benda belum siap dan sesuai diberi kerja itu kepadanya. Saya beri dia kerja mencabut daun dari batang daun kesum. Haha. Kami suka makan ikan masak tempoyak. Sah sah cari daun kesum sebab nak masak ni. Dengan durian suami sudah tempoyak kan dia. Dan daun kesum sudah ditanam, belum matang untuk dituai, kena beli. Banyak kali Fateh tanya, dah ke, cukup ke. Saya jawab tak lagi, habiskan semua daun tu. Semua. Lepas tu dia kata nak buat apa. Saya tengok dah selesai bersih batangnya. Saya katakan, boleh tolong basuhkan kat sinki. Dia basuhkan, dan tak bising pun walau saya nampak dia tak selesa. Rupanya sebab daun banyak melekat di tangannya. Haha. Otomatik dia jumpa solusi, rendam sekali tangan kat air dalam bekas basuhan daun kesum, maka menurut lah ia. (terfikir banyaknya hikmah beri peluang ke dapur ni, sentiasa ada prob solving) Selepas tu dia sibuk beritahu siap-siap, dia yang akan masukkan ke dalam periuk panas masakan. Saya kata boleh, tapi Last sekali ya. Dalam pada dia melihat periuk yang berapi itu, dia bertanya (ketinggian dia sama paras periuk itu jadi dia nampak api dapur itu). Kenapa api ada merah, ada biru? Saya jawab, api merah tu bila buka besar sangat, tapi tak elok apinya?. Untuk memasak, api biru pun dah mencukupi. Iaitu buka sikit atau sederhana sahaja. Tetiba saya dapat idea dan trigger dari metafora api memasak ini. ? Saya katakan, sama juga bila marah. Marah berlebihan dan melampaui tidak berkesan pun, lagi membakar. Marah sikit sikit dan berpada tu baik, elok. Ada kesan baik. Dalam refleksi saya, Benar, marah mendidik dan marah diselaputi amarah memang tak sama. Biarlah kita marah […]

Ada Marah Bermanfaat Tak?

Comel sekali. Semalam Fateh sibuk nak tolong memasak. Fikirkan dia tengah semangat, baik beri aja kerja yang boleh diberi. Since saya dah siap semua, ada 1 benda belum siap dan sesuai diberi kerja itu kepadanya.

Saya beri dia kerja mencabut daun dari batang daun kesum. Haha. Kami suka makan ikan masak tempoyak. Sah sah cari daun kesum sebab nak masak ni. Dengan durian suami sudah tempoyak kan dia. Dan daun kesum sudah ditanam, belum matang untuk dituai, kena beli.

Banyak kali Fateh tanya, dah ke, cukup ke. Saya jawab tak lagi, habiskan semua daun tu. Semua.

Lepas tu dia kata nak buat apa. Saya tengok dah selesai bersih batangnya. Saya katakan, boleh tolong basuhkan kat sinki.

Dia basuhkan, dan tak bising pun walau saya nampak dia tak selesa. Rupanya sebab daun banyak melekat di tangannya. Haha. Otomatik dia jumpa solusi, rendam sekali tangan kat air dalam bekas basuhan daun kesum, maka menurut lah ia. (terfikir banyaknya hikmah beri peluang ke dapur ni, sentiasa ada prob solving)

Selepas tu dia sibuk beritahu siap-siap, dia yang akan masukkan ke dalam periuk panas masakan. Saya kata boleh, tapi Last sekali ya.

Dalam pada dia melihat periuk yang berapi itu, dia bertanya (ketinggian dia sama paras periuk itu jadi dia nampak api dapur itu).

Kenapa api ada merah, ada biru?

Saya jawab, api merah tu bila buka besar sangat, tapi tak elok apinya?. Untuk memasak, api biru pun dah mencukupi. Iaitu buka sikit atau sederhana sahaja.

Tetiba saya dapat idea dan trigger dari metafora api memasak ini. ?

Saya katakan, sama juga bila marah. Marah berlebihan dan melampaui tidak berkesan pun, lagi membakar. Marah sikit sikit dan berpada tu baik, elok. Ada kesan baik.

Dalam refleksi saya,

Benar, marah mendidik dan marah diselaputi amarah memang tak sama.

Biarlah kita marah yang bermanfaat, seperti api memasak warna biru ini. Bukan api memasak berwarna merah menyala itu. Disambar pula dengan angin luar, adooi bukan membantu memasak, lagi tak smooth aktiviti memasak itu.

Saya juga terfikir, jika orang lain yang tak izinkan anak membantu di dapur, banyak sebenarnya kita terlepas dalam ilmu kehidupan anak ini.

Saya selalu berkata, secara fitrah nya di kala anak kecil mahu buat sesuatu atau demand kepada kita sangat tinggi, itulah saat paling berharga dan bermakna kita kena catch up masa istimewa dengan mereka.

Contoh Khairunnisa sedang demam suam dan demand tinggi kepada saya, fasa ini amat penting untuk saya catch up dengan dia dari segi masa, pelukan, perkataan ayat sesuai dan aktiviti dalam masa istimewa itu. Termasuk penangan renungan mata hehe. Dia sedang dalam fasa 2 tahun pertama, dan saya ada meninggalkan dia baru-baru ini ke Johor, saya perlu catch up semula gap saya dengan dia.

Di kala anak teringin basuh beras, itulah mungkin momen paling asas pertama dia membasuh beras dan jadi paling istimewa dalam sejarah hidupnya. (mungkin tiada dah minat dia nak cuba lepas tu)

Jika anak diberi peluang dan ruang, sesuai pula dengan karektor fitrah nya mahu involve dengan sesuatu perkara, itulah masa paling tepat untuk mendidik mereka tentang satu-satu perkara itu.

Ia ter daftar dalam memori mereka.
6 tahun pertama.
Dan akan bermanfaat bila suatu hari nanti mereka perlukan.

Jangan tanya saya.
Saya memang beri cuba semua. Rupanya ibu intuiting memang macam tu. Orang lain dapat anak Intuiting terkejut dengar stail parenting saya macam tu. Sebab mereka otak kiri, tak macam tu.

Fateh memotong guna pisau sebenar, memasak nasi, menggodek guna sudip di kuali sedang masak, menumbuk lesung, mem blender, menyapu, menyidai pakaian, mengemop dan semua. Guna gunting gam juga.

Selalu beri? Tak. Sebab saya tak rajin buat aktiviti HS. Sikit sikit, ya.

Yang rutin harian itulah yang saya beri pendedahan. Setiap kali? Tak juga. Tapi cuba usaha beri setiap kali dia meminta cuba.

Dia cuma nak rasa. Dah rasa dia pergi. Sebab dah puas hati. Khairunnisa juga dah rasa mengacau kuali panas lama dahulu. Tak ingat bila. Hehe.

??

Refleksi,
Maznah.

1. Sebenarnya Pengalaman Prososial kanak-kanak pertama adalah pada usia 0-2, iaitu usia mentah itu. Pantau sahaja 100% InsyaAllah tiada masalah.

2. Usia 0-2 juga untuk trust. Trust pada kita. Peroleh trust dari Parents. Dewasa nya yakin diri dan boleh letak trust pada orang sekeliling yang bermunasabah. Teringat masalah individu ketua yang susah beri trust pada staf.

3. 0-2 tahun juga peringkat sensori motor, pembelajaran by 5 deria dan processed by cognitive (pemikiran akal mereka, proses akal ada melibatkan pendengaran, penglihatan dan hati).

4. Saya observe klien saya dan kaitan beri peluang zaman anak kecil ini, signifikan, anak dihalang2 ini besarnya kurang mandiri dan berminat dengan kerja rumah asas. Hatta makan sendiri juga sepah jadinya. Dan hantar pinggan sebiji ke sinki juga tidak mahu.

Cegah lebih baik dari mengubati.
Ambil pelajaran.
Kita buat mana yang baik.
Sentiasa berfikir.
Aqal Allah dah beri, kan.

api marah biru maznah ibrahim

Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *