LANJUTAN DARI ARTIKEL POST ‘KESAN MARAH PADA ANAK’,
BAGAIMANA CARA SEBAIKNYA MENURUT ISLAM ?
Saya bukan pakar dalam agama,
maka saya biasanya suka lihat bagaimana Rasulullah s.a.w melayan kanak-kanak. Sebab ia uswah hasanah (suri teladan terbaik) untuk saya kaji dan ikuti.
Semua riwayat berkaitan Nabi Muhammad amat jelas menunjukkan Baginda amat menyantuni kanak-kanak. Tidak pernah dengar Baginda memarahi kaw kaw kanak-kanak hatta orang dewasa.
Seingat saya, beberapa situasi menunjukkan Rasulullah amat faham fitrah kanak-kanak, dan bila saya kaitkan dengan kajian sains otak anak dan kesan marah, ia memang tele, sama.
Contoh 1:
Rasulullah menunggu lama semasa cucunda Baginda Hassan dan Hussin yang naik ke belakangnya semasa beliau sujud (tidak bangkit-bangkit hingga cucu selesai ‘bermain’). Pabila ditanya sahabat, adakah kerana baginda menerima wahyu baru, baginda memberitahu baginda tidak mahu mengganggu ‘proses bermain’ si cucu yang dikatakan Baginda, mereka sedang ‘menunggangi kuda’.
Allah, sabarnya Baginda. Memang sangat jelas (anak-anak saya juga sama), kanak-kanak suka menaiki belakang kita semasa kita sujud. Kerana peringkat usia kecil sebegitu (awal kanak-kanak), penuh dengan imaginasi tinggi (teori perkembangan kognitif/pemikiran – usia 2-7 adalah praoperasi dan imaginasi tinggi).
Respon dan tindakan Rasulullah itu adalah terbaik dan tidak menyalahi hukum dalam Al Quran (sujud lama-lama).
Contoh 2:
Rasulullah lalu di rumah anakandanya Fatimah dan terdengar anak Fatimah menangis (bayi). Rasulullah bertanya kenapa biarkan anak bayi ini menangis? Kemudian beliau terus angkat bayi ini dan letakkannya di bahu Baginda.
Memang kajian sains menunjukkan bayi belum ada ‘sense of manipulation’ lagi. Maka tangisan bayi perlu dilayan secepat mungkin (bawah 15 saat), kerana bayi tidak lah resilien atau mandiri. Adalah tidak benar sama sekali biarkan bayi menangis baik untuk latihan paru-parunya. Malah kita tahu bayi ada 7 petanda sebelum dia akhirnya menangis untuk susu. Jadi dinasihatkan untuk semasa petanda awal sebelum menangis tu, angkat lah bayi anda dan susukan ia. Kita mahu anak yang responsif dan proaktif kepada permintaan kita kelak pabila anak ini semakin besar.
Keduanya, diangkat tinggi membantu untuk redakan emosi menjadi ringan dan alih perhatian bayi yang bosan menunggu (pandangan menelentang kepada pandangan tegak tinggi). Bertukar pergerakan (‘movement’) adalah satu exercise yang elok untuk otak (brain gym) secara asasnya.
Bayi masih dicorakkan oleh ibubapanya (benar sangat anak ibarat kain putih, ibubapa yang corakkan sama ada nak jadi Yahudi, Nasrani atau Islam), iaitu saya menganggap potensi penuh pada semua anak baru lahir, walau lahirnya mereka sudah ada 25% neuron di otak sudah diisi, 75% bakinya amat besar untuk dibentuk, ditambah dan dihubungkan. Pernah dengar kan anak yang tertukar semasa bayi walau latar belakang berbeza jauh, memang anak ini akhirnya adalah menjadi seperti dicorakkan oleh persekitaran keluarga yang menjaga di sepanjang pembesarannya.
Contoh 3
Seorang bapa membawa bayinya untuk dicukur dan dinamakan. Semasa Rasulullah mengendung bayi ini, bayi ini terkencing. Bapanya tersentak dan marah. Rasulullah hanya berkata tidak mengapa, kain yang kotor boleh dicuci tetapi hati bayi yang tercalar tidak dapat dicuci.
Benar, pabila sudah ada pengalaman dibentak/diherdik dan seangkatan dengannya, neuron telah terputus dan mati. 1 herdikan mematikan beratus juta neuron (Kajian oleh Lise Eliot, Neurosaintis).
Namun cara nak ‘counter’ semula ialah tambahkan banyak-banyak pengalaman baik dengan bayi (baca artikel saya mengenai macam mana nak penuhi 5 tangki emosi anak), kerana otak masih dalam peringkat pembentukan dan penyambungan lagi. Ok.
Contoh 4
Dalam satu situasi, diriwayatkan Rasulullah meminta Ali (usia kanak-kanak) berbuat sesuatu kerja, dan Ali tidak menurut/melakukannya. Rasulullah tidak marah kaw kaw punya, tetapi Baginda hanya mendekati Ali dan mengusap di belakang tengkuk Ali dan mengulang permintaannya. Dan dikatakan selepas itu Ali melakukan kerja tersebut.
Dari sudut sains komunikasi efektif, berbicara secara jauh dan berulang marah mungkin anak / pasangan tidak mendengar dan menangkap mesej seriusnya permintaan kita. Jadi datanglah dekat, dan bercakap dengan perlahan. Tambah dengan sentuhan, ia sangat meningkatkan keberkesanan komunikasi. Sentuh di belakang tengkuk amat dekat dengan saraf saraf ke otak, meningkatkan ‘alertness’ dan bercakap di telinga kiri mendekatkan lagi mesej ke otak kiri (‘reminder’, ingatan, serius). Tambah lagi pandang terus ke dahi anak, lagi anak akan rasa kita serius beri arahan kepadanya, hehehe.
Okay, biasa contoh di atas ni saya nyatakan dalam seminar EHSABAR saya. Ada satu lagi situasi orang dewasa yang tak bersalah, hampir sama situasi macam bayi terkencing, Baginda juga tak marah tapi nasihat saja. Kalau kita orang dewasa pun terkencing, mau nya kita marah kaw kaw punya. Nanti dengar live dalam seminar saya ya ;).
MI
Dapatkan Ebook Taknak Marah Anak Lagi Di Sini
Very informative.
Memang kita ni diajar, buat salah sikit kene tegur dan pukul tangan anak tanda itu salah, which is totally different dengan cara Nabi.
This article really open my mind and my heart. Semoga yang membaca article ni akan improve and becoming a better parents in future. Amin.
Thanks to the writer. Good info. Looking forward to read more from you .