Ya, kesannya anak boleh jadi agresif.
Mengapa?
Kerana ada emosi terpendam.
Emosi ni timbal balik.
Semasa ibubapa/org dewasa ini MARAH-MARAH (perkataan seperti pukulan yang amat menyakitkan – tapi secara dalaman di hati),
dan PUKUL dengan emosi marah itu (pukulan juga tapi kali ni dengan fizikal),
anak kecil akan rasa :- MARAH JUGA, malahan KONFIUS :cry:.
Mengapa konfius? Kerana:
1) tiada kefahaman jelas mengenai apa kesilapan dia,
2) tidak diterangkan / dibalut semula kelukaan emosi dan fizikal itu,
3) menerbitkan salah faham, which is kita tidak tahu apa dia fikir secara jelas,
4) salah faham berpanjangan menerbitkan rasa marah dan dendam,
5) salah faham sehingga tahap :- “marah dan pukul = sayang” – sedangkan anak kecil ini tidak tahu ada dunia lain yang sebaliknya, didik dengan kasih sayang dan asuhan penuh hikmah,
6) jadi berterusan dan cycle berulang, anak ini boleh cepat marah dan pukul orang lain, pabila trigger button marah,
7) berulang hingga besar, cepat marah bila dimarah dan dipukul walau oleh colleague/bos/suami/ sesiapa saja.
.
.
Jadi, usah pandang enteng orang dewasa yang cepat marah,
mereka ini, kemungkinan besarnya tiada balutan emosi semasa kecilnya.
apatah lagi saiz badan kecil, mostly tidak kemampuan nak balas setara, terpaksa mengalah dengan ego dan reaksi amarah si orang dewasa – autoriti dalam hidup mereka, si ibu ayan (anak dependant kepada ibubapa sepenuhnya),
Apa kita boleh lakukan?
1) berlapang dada untuk orang dewasa sebegini,
.
2) doakan dia
.
3) didik diri sendiri dan anak sendiri, fokus pada capaian kita,
.
4) sesudah ter marah anak, segera balut emosi mereka:-
.
a) Time In, berduaan mengadap, pegang bahu anak, pandang mata sama level,
b) Minta Maaf, beritahu apa ibu/ayah rasa, rasa salah dan sedih sebab ter marah kerana tingkahlaku spesifik anak
c) Beritahu anda amat sayang kan anak dan tidak suka tingkahlaku spesifik dia, kerana reason tersendiri,
d) Beritahu plan anda seterusnya, Jika berlaku begini lagi (kesilapan anak), anda akan buat begini begitu, jadi minta lah anak dengar dan kerjasama dengan permintaan anak (bila minta elok-elok, anak kecil sebenarnya amat mendengar, prihatin dan bekerjasama),
e) tanyakan apa perasaan mereka pabila hari itu anda amat marah kan dia kerana tingkahlaku spesifik si anak itu (sedia dengar luahan hati nya dari peristiwa lalu yang dia masih ingat, belum resolved).
.
.
Seterusnya,
1) solat sunat taubat, setiap hari ada marah, setiap hari juga ulang solat sunat taubat spesifik ini (akui kesilapan marah anak syurga amanah Allah ini kepada Boss Besar kita, Allah swt),
2) susuli dengan solat sunat hajat, untuk solusi dan spesifik teknik paling tepat untuk diri anda dan anak, dan ilham untuk bantuan lain,
3) join support group yang positif, memahami, bukan yang menambah beban, dipersalah/dilabel lagi,
4) banyakkan dengar, lihat, rasa yang baik-baik (LUA positif), antaranya wajibul:- rajin kan diri ke aktivit bebas fizikal (bersama anak pun ok), untuk minda dan emosi sihat positif, otak rembes hormon antidepressant tau,
5) pemakanan baik, natural, sihat dan tidur mencukupi.
.
.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
.
.
Dari soalan pm dan klien kanak2, remaja, dewasa ibubapa berkenaan isu yang sama tapi timeline masa mereka berbeza 🤕
.
.
bacaan tambahan:
https://maznahibrahim.com/category/urus-emosi-ibubapa/