Jika ibubapa sering pening dengan tingkahlaku anak-anak dan mahu memahami punca stres kanak-kanak, ibubapa perlu sentiasa memahami PERSPEKTIF ANAK-ANAK itu sendiri.
Saya mempercayai tingkahlaku kanak-kanak itu adalah hasil PERSEPSI ATAU PANDANGAN KANAK-KANAK TERHADAP DUNIANYA (dari sudut mata kecilnya), dan PERASAAN DIA TERHADAP DIRINYA SENDIRI (Landreth, 2012; mengenai CCPT child centred play therapy).
Jika best, baiklah tingkahlakunya,
Jika tak best, tidak baiklah tingkahlakunya.
Contoh, anak bayi melihat kakaknya bergurau dengan ibunya dengan menampar badan si ibu. Anak ini dalam PERSEPSI DAN PANDANGAN KEHIDUPANNYA menyentuh orang perlulah secara kasar dan menampar begitu. Maka anak bayi ini juga menampar badan ibunya (ini adegan sengaja dan positif, tapi jika adegan tak sengaja dan negatif seperti abangnya memukul ibubapanya, pasti itulah pandangan dunianya yang dipelajari si anak bayi untuk diulangi. banyak lagi contoh sebegini seperti bercakap menjerit dsb. ).
Contoh, anak melihat ibu ayah konflik dan ada kekasaran fizikal. Anak masih ingat dan terngiang di ingatan dan memorinya. Anak rasa tak seronok, rasa bercampur baur; marah benci keliru dan sebagainya. Maka tindakan anak adalah berdasarkan apa yang dia rasa; keliru dan bertindak kasar.
- PANDANGAN TERHADAP DUNIANYA (sama ada betul atau tidak betul) membuatkan anak boleh buat hal mencabar di sudut atau waktu lain sama ada di sekolah atau rumah jua berdasarkan SOP yang terakam di minda ‘tv’ (dalam kepala) mereka.
Maka perlu untuk kita tunjukkan cara yang betul dan terbaik modelnya. Walau tidak mudah, namun ada caranya untuk kekalkan sebaik mungkin, atau minimakan input kurang baik dalam ‘pandangan mata si anak’. - PERASAANNYA TERHADAP DIRINYA SENDIRI ketika itu. Baik emosinya, baiklah tingkahlakunya, tidak baik emosinya, tidak baiklah tingkahlakunya.
Anak dipuji tindakannya kerana bercerita kepada ibubapa walau dia memukul kawan di sekolah, berasa selesa dan bangga, maka dia akan mengulangi bercakap benar pada lain masa (ibu ayah akan mula mendidik bab tingkahlaku lalternatif; berbanding membalas pukulan kawan, jadilah asertif iaitu beritahu “jangan pukul saya”, lari dan beritahu guru).
Anak yang dimarahi kerana bercerita benar dia memukul kawannya, akan berkemungkinan besar bercakap tidak benar/ menyembunyikan cerita pada masa akan datang bila dia buat silap di sekolah, kerana berasa dirinya ‘bad’/ silap.
———-
Jadi, Caranya bagaimana untuk tahu punca sebenar stres anak?
Boleh saja tanyakan si anak.
Cara 1 : Terokai secara umum bertanya khabar
Apa anak alami hari ini, perasaannya, fikirannya dan tindakannya.
Baik pandangan kehidupannya, baiklah (gembira) perasaan terhadap dirinya ?
Kurang baik pandangan kehidupannya, kurang baik (kurang gembiralah) perasaan terhadap dirinya?
Contoh: Sejurus ambil anak dari sekolah:
Abang apa khabar hari ini?
Tak ok, kawan abang buat abang marah hari ini.
Oh… apa yang berlaku?…..
(anak pun bercerita)
Cara 2 : Refleksi emosi anak-anak dan nyatakannya (provoke sikit), ini kaedah direct tanya.
Ayah NAMPAK abang / kakak harini MACAM monyok aja, ada apa-apa yang tak best berlaku hari ni? (beritahu apa yang kita nampak, elak sesekali interprete atau judge dia punya perasaan).
Contoh ada 1 kali Fateh saya kelihatan cemas dan mood tak berapa baik selepas sekolah, asyik tekan-tekan dan paksa kami. Saya tanyakan soalan di atas dan saya jumpa jawapannya, iaitu dia masih keliru dan marah sebab jam kesayangannya hilang dan jumpa petang, dia tak faham kenapa abang-abang tak bagitahu awal yang mereka simpankan. Peranan sayalah berikan perspektif baru yang positif mengenai abang-abang itu. ‘See’, dia tekan-tekan kami tapi sebenarnya dia ‘struggle’ dalam dirinya yang tak terluah yang takda kaitan dengan kami pun…
Cara 3 : Ibu ayah lakukan refleksi (muhasabah) sendiri, apa tingkahlaku misteri mencabar si anak, apa tindakan ibu ayah telah lakukan kepada si anak yang mungkin silap, dan apa pengalaman lampau si anak yang pernah diceritakan si anak.
Contoh ada satu kali ni Fateh saya bertingkahlaku pelik gaya jalan macam gangster, saya tanya ‘direct’ seperti Cara 2 di atas (tanyakan ‘apa sebab’ bukan ‘kenapa’) dan dia kata memang budak tak baik macam ni jadi gangstar.
Saya pelik dan saya muhasabah, ‘relate’kan semuanya guna Cara 3 di atas.
Rupanya dia punya persepsi ‘budak dapat red card’ adalah budak TAK BAIK dan gangstar. Saya pula baru aja tersilap beri dia ‘red card’ (‘for the first time in my life’) ala ala macam di sekolah dia untuk kesalahannya pada masa tu (sekarang saya tak ingat apakah ianya) sedangkan dia bukan kategori budak ‘nakal’ dan dapat ‘red card’.Saya terus betulkan dengan meminta maaf sungguh-sungguh dan buat surat khas dan beritahu ‘red card’ itu Mummy tarik balik, dan saya nyatakan dalam tu Fateh anak yang baik dan soleh selalu dengar kata Mummy Ayah, abang yang baik kepada Khairunnisa dan Yumna. Kaedah di sekolah tak sama kaedah di rumah. Rumah Mummy, Mummy punya ‘territory’ dan terpulang pada Mummy nak buat macam mana peraturannya. Alhamdulillah dia terus ok dan tak ulangi lagi gaya begitu. Kami berdamai.
Pada saya, persepsi dia, imej dalam gambaran mindanya, budak dapat ‘red card’ = budak takbaik dan budak tak baik gaya memang macam itu. Allahu ……
Hasilnya kelak kitalah ibubapa yang ‘relate’ atau penuhkan ‘puzzle’ iaitu tingkahlaku mencabar yang anak tunjukkan + apa dia beritahu.
Sebab kita percaya dia punya perspektif / pandangan kehidupan dan perasaan dirinya itulah jawapan sebenar kepada ‘problem’ (tingkahlaku) yang ditunjukkannya.
Ia ada perkaitan tetapi anak tidak dapat kaitkan, ibubapalah yang kaitkannya, ok.
Belajar sesuatu tak?
Kongsikan dengan pasangan dan rakan anda ya.
Kita sama sama tambah skill komunikasi dan pendekatan kita OK.
CARE,
Maznah ibrahim
13 September 2019