Saya terbaca post dalam parentingsolutions.com mengenai anak yang suka meminta dan nego dengan kita nak sesuatu perkara atau benda, dan kita boleh cuba alternatif komunikasi berkesan ini.
Saya dapati amat kena dengan anak saya Fateh yang amat ‘strong willed’ dan pandai memainkan senjata meminta-mintanya dengan perkataan, memek wajah dan sentuhan ini.
Dia dah la menakluki kita (Thinking menakluki Intuiting), keynya kena ‘firm’ dan konsisten sahaja.
Kaedah soalan jawapan ini diandaikan amat sesuai diterapkan kepada anak Thinking (dan pada anak kategori lain sebab semua otak manusia tetap ada ‘compartment’ Thinking) dan mungkin sahabat pembaca boleh cuba.
Sebaik sahaja anak mula meminta-minta dan demand tinggi, berulang kali meminta dengan harapan kita akan akhirnya kata “okla tapi nanti hujung bulan atau tunggu 14 hari lagi” atau kita mula marah-marah dan membebel panjang 5 mukasurat, kemudian tetiba kita setuju pula (aduih memang tak konsisten tu), kita boleh cuba 5 langkah ini.
PERTAMA UTAMA, *pandang mata anak dan rendahkan badan, cakap sungguh-sungguh.
Langkah 1:
Fateh pernah dengar tak tentang “Soalan dan Jawapan” (dia mungkin akan kata “Tak pernah”)
Langkah 2:
Fateh tanya Mummy yang Fateh nak ‘mainan minikind’ kan? (dia akan kata Ya)
Langkah 3:
Mummy dah jawab dah ke ? (Dia mungkin kata “Ya, tapi Fateh betul-betul nak juga, kan Mummy kata ……xxyyzzzzz..” (panjang berjela hujahan dia juga tu).
Langkah 4:
Adakah Mummy ni nampak macam seorang Mak yang akan tukar jawapannya bila Fateh tanya berpuluh kali macam ni? (Kemungkinannya si anak akan pergi dari situ, mungkin dengan geram-geram kecewa dan marah, dan buat perkara lain pula hahaha).
Langkah 5:
Jika anak tanya lagi, katakan saja keyword ini “Soalan dan Jawapan” (tiada ayat atau perkataan lain yang perlu diucapkan).
Sebaik sahaja teknik ini telah kukuh (berlaku beberapa kali mungkin dalam 3 kali), hanya 3 perkataan ini saja yang kita perlu katakan bila si anak mencuba nasib dengan bertanya lagi dan lagi pabila nakkan sesuatu.
Konsistensi adalah key utama. Pastikan kita, cekal, bulat tekad dan tetap dalam pendirian kecuali rule kita ialah “Boleh, cuma 4 minggu lagi, sabarlah” (ini yang saya selalu terapkan, so anak akan menunggu dan saya sebenarnya aim untuk skil menangguh keinginan, dan so far berjaya, sehinggakan 1 bulan 1 aja permainan yang dia pilih di shopee).
Sebaik saja anak sudah tahu ibu dan ayah tidak akan setuju, mereka juga akan belajar dengan cepat yang meminta-minta berulang kali itu tidak akan berkesan dalam membantu mencapai hasrat atau objektif dia.
Sebab selama ini kita ni akan kalah dan mengalah dengan permintaan anak, berkata Ya akhirnya kan.
Jika pernah berkata Ya bila anak meminta-minta, maka anak tengok aja muka kita yang berbelah bagi tu dia akan gunakan kuasa ‘meminta-minta berulang kali ini’ kepada kita.
Anak kan bijak membaca air muka dan riak wajah ibu bapanya, sebijak kita juga cekap untuk membaca wajah dan strategiya hahaha.
Mungkin dia akan buat kepada ibu saja sebab ibu akan beri dan tidak kepada ayah sebab ayah ni ‘walk the talk’ iaitu No Means No hehehe.
Bezanya teknik komunikasi ini saya dapati amat baik sebab:
- Ianya adalah satu proses komunikasi dua hala yang menghala kepada akhirnya anak belajar suatu peraturan tetap iaitu ‘No Means No’. Ia adalah asertif iaitu kaedah tegas diri.
- Ia mengalih fokus si anak dan ibubapa daripada anak menekan-nekan kita lama, dan ibu ayah menjawab bebel marah lama, kepada satu komunikasi soalan pendek dan jawapan pendek. Lama-lama anak akan ter hypno kepada arah matlamat ketegasan kita.
- Ia lebih selamat dan terarah berbanding kaedah biasa yang tidak terarah dan mungkin boleh damage emosi anak (memburukkan emosi dan hubungan ibubapa-anak).
Cubalah ya.
CARE,
Maznah Ibrahim.
12 November 2019.