Nak Anak Kreatif dalam Penyelesaian Masalah? Ini 3 PraSyarat Untuk Ibubapa….


Ramai sebenarnya ibubapa yang nak anak jadi kreatif, dan sebenarnya ibubapa sendiri ada ciri fitrah kreatif itu.

Cuma kita tak sedar 3 perkara ini menghalang anak kita dan kita jadi kreatif.

Kreatif di sini bukan bermaksud medium lukisan semata, tetapi secara pengluahan pemikiran dan emosi secara kreatif, terutamanya ditunjukkan dalam ‘problem soving skill’ mereka kelak.


Setiap Ibubapa Adalah Individu yang Kreatif

Untuk kreatif, konsep sebenarnya adalah tiada satu pun salah atau betul, mahupun cantik atau hodoh.

Yang menilai dan melabel itu biasanya orang dewasa atau orang luar, sebaliknya bagi kanak-kanak, semuanya adalah seronok dan apa saja boleh jadi apa saja, kan? (everything can be anything, anything can be everything)

Kecilnya kita dahulu, kita sebenarnya juga ada kreativiti tersendiri, namun semakin menguncup kerana faktor persekitaran, minat/kecenderungan, dan mungkin bakat kita.

Dan saya pasti ramai ibubapa mahu anak mereka menjadi seorang yang kreatif dan sihat emosi dan mindanya (happy child => less stress => happy parent) serta resilien bila besar nanti.

Ia perlu bermula dari diri kita, sebagai ibubapa. Cara kita berfikir, dan bertindak dalam sehari-hari kita bila bersama dengan anak-anak kita.

Lukisan Yumna 2.0 Tahun Mengandungi Orang di Dalam Keluarga Juga, Setelah Melihat Kakaknya Menceritakan Kepada Mummy Ayah Akan Lukisan Orangnya.
Kebebasan pengluahan bentuk seperti ini kita sering raikan, tetapi pengluahan dari segi aktiviti ‘kreatif’ lain sering kita halang)
Lukisan Khairunnisa 5.3 Tahun, Rupanya Gambar Dirinya (Bereben Merah), Adiknya Yumna dan Abangnya Fateh.
(Dia gunting dan tampal di pintu, Mummy beri idea kita letak frame, malas nak buat frame, Mummy kata kita letak aja kat belakang gambar di frame sedia ada ni 😁)

3 syarat atau kondisi untuk tingkahlaku kreatif boleh berlaku ialah (boleh untuk ibubapa usaha tanam dalam diri dan boleh juga untuk ibubapa galakkan anak untuk jadi kreatif):-

Syarat Pertama: Keterbukaan kepada Pengalaman Baru


Ini bermaksud, ibubapa bersifat terbuka untuk beri anak pengalaman baru menerusi stimulus atau rangsangan luar dari deria yang kita ada. Iaitu banyakkan atau libatkan pembelajaran dan aktiviti anak dengan deria sentuhan, lihat, dengar, rasa dan bau. Ia akan buka saraf kepada pembelajaran baru dengan pengalaman baru ini.

Contohnya kita terbuka untuk anak buat sepah, makan sendiri, rasa makanan, dan sentuh apa yang dia teringin nak capai, kerana dari keterbukaan kita untuk anak alami pegalaman baru inilah kita mampu membentuk anak yang kreatif.

Sama juga kita, sebagai ibubapa yang jika selama ini sudah lama tak rasa sentuhan alam, tanah, rumput dsb, kerana asyik sentuh skrin komputer, laptop dan hp, maka berilah ruang dan peluang diri kita untuk grounding with the earth ini 😉 agar kita boleh menjadi lebih kreatif tanpa sedar kerana  input melalui derialah yang bantu merangsang otak kita untuk berhubung lebih baik, seimbang dan menyeluruh.

Jika di dalam kereta tiada pensel, lakukan menulis di udara huruf tertentu, dan malam gelap gelita ‘activate’ kan pendengaran anak dengan audio surah hafazan suara anda, atau bercerita therapeutic storytelling atau menjawab soalan matematik di gelap malam agar anak guna kekuatan audio dan akal bayangan mereka. Jika berada dalam kereta dan perjalanannya panjang, jem, tanyakan anak soalan-soalan yang memerlukan mereka melihat (lihat no plate kereta), mendengar (dengari suara anda), sentuhan (geletek atau soalan memerlukan sentuhan objek), dan uji anak untuk bau tertentu (jika ada).

https://www.facebook.com/maznah.ibrahim.73/posts/10219583911200747
Mesra Dengan Alam: Kutip Ceri Merah

Syarat Kedua: Penilaian Adalah Dari Diri Sendiri (Lokus Kawalan Dalaman Lebih Utama dalam Penilaian)

Sayarat kedua ini bermaksud kitalah yang meletakkan nilai sesuatu perkara itu dari dalam diri kita, bukan dari luaran (iaitu tidak perlu pujian atau kritikan orang luar), asalkan perkara yang kita buat atau hasilkan itu dapat beri kepuasan dalam diri seperti puas meluahkan atau mengekspresikan diri, rasa ‘cukup’ bila laksanakannya, maka kreativiti boleh berlaku semaksima mungkin.

Tidak perlu ‘judgment’ atau penilaian dari luar sama ada betul atau salah dan cantik atau hodoh itu.

Individu yang mengekspresi itu rasa puas dan cukup. Contoh anak main dengan air di bilik air dan bereksperimen (pastikan persekitaran cukup selamat untuk dibiarkan), dia sendiri menilai dan sebut “dah” bila ditanya “Sudah ke…” maknanya dah cukup dah mandi main air, dan anak rasa puas. Bukan dinilai oleh orang luar.

Jadi sebagai ibubapa yang nak kreatif, tanya diri, puaskah aku bermain dengan anak / ajar anak? Cukupkah masa aku luangkan atau rasa macam tak cukup aja. Penilaian dan jawapan adalah dari diri anda, bukan orang.

Kepuasan dalaman dan penilaian ini subjektif dan berbeza setiap keluarga atau individu. Mungkin saya boleh sarankan 10 minit masa istimewa untuk setiap anak, sebagai guideline, namun untuk cukup dan puas dalam erti kata sebenarnya, pada konteks keluarga anda, andalah yang rasakan, tentukan dan nilai sendiri setelah anda mencuba lakukan dulu.

Petanda anak tak puas ialah bila dia nak lagi, namun sebagai ibubapa yang bijak kita boleh aja kata ‘Tidak’ (kat sini ilmu boundary / batasan dan letakkan had adalah penting sebab nak kawal keadaan jadi selamat, sebab anak kecil belum cukup akal untuk nilai berapa banyak itu cukup), contoh teringat anak-anak saya tiga orang ini suka benar fish oil itu, dan nak lebih dari 1 biji, saya memang mengehadkan dengan jelas sebab tahu batas takat mana boleh beri (seorang satu biji sehari, dan semua ikut peraturannya). Apabila kita jelas dan konsisten, anak akan fahami InsyaAllah.

Sepah Itu Biasa, Namun Harus Ada Boundary Agar Ibubapa Tidak Stres. Yumna Serve Air Kopi Tuk Mummy

Syarat Ketiga : Keupayaan ‘Bermain’ dengan Elemen dan Konsep.

Kat sini bila kita spontan, kita akan lebih kreatif, sebab ada elemen ‘seronok’ dan cuba bermain dengan satu-satu konsep. Bukan terpaksa, atau rigid, dan terhad dengan satu perkara saja.

Hanya dengan ciri ketiga ini kita mampu menghasilkan satu satu perkara baru termasuk idea untuk selesaikan masalah apabila individu itu mampu bermain dengan elemen dan konsep dengan baik.

Contohnya anak cuma nak puaskan hati dia ‘membeli’ saja sebab anda pun membeli barang anda di online Shopee. Bila ibubapa faham ‘konsep’ ini, iaitu anak bukan nak sangat beli mainan, cuma dia nak ‘adil’ atau ‘sama’, dan nak membeli juga, maka belikanlah satu benda yang anda letak syarat iaitu seorang satu benda dan bendanya bawah RM10 (sebagai contoh).

Jadi dengan bermain dengan konsep ini, anda berjaya elak tantrum dan mood tak baik anak-anak, kecuali anda sangat jelas dengan peraturan dan beritahu anak sebelum masuk kedai, yang kedai DIY ini untuk ayah beli barang ayah saja dan bukan barang anak-anak ayah (InsyaAllah ok saja bila peraturan jelas dan keadilan ada untuk waktu lain mereka dapat membeli barang mereka).

Contoh lain dengan menganggap berfikir selesaikan isu anak bergaduh sebagai satu perkara yang ‘joy’ mencabar dan seronok, melalui keyword ‘puzzle’ atau ‘misteri’ (kenapa anak no. 3 ini buli kakak dia aja bukan abang dia, atau kenapa dia suka offkan tv yang sedang ditonton si abang dan kakak) anda secara spontan mengeluarkan karektor comel kelakar terus jadi raja singa yang bersuara comel dan mengarahkan anak anak singa sekalian untuk duduk dan dengar apa Raja Singa ini nak cakap……

Contoh lain, bila anda faham perkembangan anak usia 3-6 ialah inisiatif berusaha, usia 2-7 kognitif mereka pre-operasi, dan usia 0-7 fitrah bermain, anda faham yang anak berusaha nak cuba mengemop, buat air susu sendiri, dan cuma nak bermain saja, belum betul-betul faham tujuan, matlamat dan konsep seluruhnya mop/vacuum rumah, maka berikan mereka mengemop satu kawasan ini (5% dari seluruh kawasan anda nak mop/vacuum) sebab pada mereka mengemop dan meng vacuum ini adalah ‘main’ dan ‘seronok’ bukan satu tugas susah atau serius.

Keterbukaan IbuAyah Kepada Pengalaman Baru Anak Anak: Anak Anak Potongkan Rambut Ayah

Okay, ibubapa, kita usaha untuk guna 3 kondisi ini, untuk tingkatkan anak yang kreatif dan ibubapa yang kreatif ok.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa tekan button share, kongsi dengan pasangan dan kenalan anda ya.

Maznah Ibrahim.

Join telegram channel saya untuk tak tertinggal info dan perkongsian psikologi dan parenting ya. Di sini.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *