Semalam pagi suami pergi pasar beli stok ikan fresh kami untuk seminggu.
Macam biasa si Khairunnisa’ setia menemani ayahnya.
Fateh memilih untuk tidak ikut, macam sayang benar tak dapat tengok tv youtube kegemarannya. Sekarang dia tengah teruja dengan kartun Indonesia pasal pelajaran kehidupan, menarik juga terdengar pasal tanggang dan ibunya (haha).
Selepas pulang, tak lama lepas tu masa membersihkan ikan-ikan, saya berbual sebentar dengan suami.
Suami kata, KN kata “Nanti kakak dah besar, kakak belikan ayah sayur banyak-banyak” J
Senyum lebar syukur suami. Pasal dia suka anak-anak dia makan buah dan sayur banyak-banyak.
Saya juga tersenyum bahagia.
Saya katakan, iyerlah ini masa kita ‘seeding’ yang baik baik dan anak akan kenang dan kembali berbuat baik, tak kira pada sesiap saja walau bukan kita.
Kata si ayah, dia ada cuba ‘berdating’ dengan KN nak ajak makan cendol. KN kata “Cendol tu apa ayah”, alahai si anak tak kenal cendol sebab amat jarang didedahkan lebih-lebih lagi bila kita “go for full real food” bila dia ekzema teruk dulu.
Suami kata, “ala yang ada hijau tu, ada santan sikit, ada gula melaka sikit”.
Tetiba teringat ya, kita pernah pergi sekeluarga dulu dan KN tak nak makan walau kami minta santan dan pulut saja (masa tu cek dulu tanya kedai, ianya santan pure ke kotak ke apa, bila ‘confirm’ pure barulah kita order khusus untuk KN). Namun KN bila menu baru memang ambil masa nak terima. Sanggup berlapar tak makan. Camtulah dia.
Sayangnya kedai tu tutup. Oh patutlah si KN kata kedai tutup. Ingatkan kedai ikan yang tutup.
Saya tekankan pada si ayahnya, benar, nanti memang perlu ‘spend’ masa berdua ayah dan anak perempuan dan ayah dengan anak lelaki terutama bila remaja nanti. Mummy pun sama juga. Peringkat anak remaja nanti, sentuhan kasih dan perhatian ayah dan ibu kepada anak perempuan dan lelaki, ada bezanya dan perlu kedua-duanya juga dalam konteks berbeza.
Seterusnya kami terkesan bab dia kerap berkata “nanti… kakak nak xxx yyyzzzz“ yang berkaitan dengan apa kami buat kini, dia akan buat kelak sama ada kepada kami atau kepada superior dan bawahan dia (Fateh dan Yumna). Contohnya “Mummy nanti kakak ajar Yumna tulis A”. “Mummy nanti Kakak dah besar kakak buatkan kopi sedap untuk Mummy dan Ayah”. Hehe tak perlu tunggu besar, sekarang Mummy Ayah dah merasa kopi yang kakak tuang dan hidangkan (Mummy buat, kakak hidang), mahupun yang main main punya.
Asbab ayat kami kerap kata “Nanti kakak dah baik, Kakak boleh makan cheese cake, aiskrim dan banyak lagi makanan yang kakak suka. Cuma sikit-sikit la bukan sekali banyak”. 😀
masyaAllah, La Haw La Wa La Quwa ta Illah Billah.
Anak amanah kita ni menunjukkan hasil ‘seeding’ yang biasanya sangat pantas, tak perlu tunggu rasa nikmatnya di akhirat, tetapi Allah beri di dunia lagi. Nikmat manakah yang kita nak dustakan….
What you give, you get back.
Maznah Ibrahim
1 September 2019, 1:03 AM