Ajar Anak 4 Tahun Urus Emosi dan Konflik Rakan Sebayanya


Hari ini saya nak berkongsi mengenai emosi ‘sedih’ anakanda kedua saya Khairunnisa’, 4 tahun.

Saya memang dapati dia jenis yang mudah sedih (dengan perkataan dan perlakuan) sejak usia 2, tidak luah dengan cepat (ekspresi emosinya) menerusi tindakan fizikal, melainkan tiba-tiba merajuk dan menyembam mukanya ke bawah (contoh kalau dalam kereta dia sembamkan mukanya ke kerusi kereta atau ke peha kita).

Memang tipikal jenis ‘melting down’ punya, beza anakanda soleh Fateh jenis ekspres secara jelas dengan perkataan, dan fizikal.

Pengalaman kehidupan KN yang teruk ekzema dulu (detox) membuatkan dia menjadi lagi sensitif emosinya. Kategori moody juga. Cuma syukur ibu ayah dia ni banyak sabar dan boleh handle dia.

Alkisah bila dia masuk sekolah (usia 4 tahun 2019 ni), memang dengar teacher dia kata sukar nak pujuk dia dan counter emosi dia. Tapi lama kelamaan teacher mula fahami gaya emosi dia dan ada biarkan dia menangis kuat dan lama sehingga dia reda dan kemudian counter back iaitu cakap semula dengan dia, dan dia dengar malah boleh buat atau ikut ayat kita orang dewasa.

Baru-baru ini, sejak kebelakangan ini ada dia mengadu “kawan kawan taknak kawan dengan kakak”. Malah yang buat kami concern sangat adalah kerana ada satu kali ni sebelum tidur, sesi menyebut 3 kesyukuran hari ini (amalan rutin kami), dia tiba-tiba trigger dan menangis, beritahu ayat sama yang “kawan-kawan taknak kawan dengan kakak”.

Pada waktu lain saya pernah bertanya untuk clarify: Berapa ramai kawan taknak kawan, “semua orang taknak kawan dengan kakak”..  dan kadangkala luahan dia berulang mengenai “kawan-kawan kakak semua marah kakak”, saya tanya berapa ramai? “semua kawan marah kakak”…. alahai kesian mak ayah dengar dia cakap macam tu.

Kami tahu generalisasi dia tu mungkin adalah terlebih dan mungkin bukanlah ‘semua’ dalam erti kata sebenar. Ada lah ayahnya minta saya tanyakan dengan teacher untuk confirmkan, dan saya dapat info dari teacher yang dia ada kawan untuk bermain dengan baik, bukanlah seorang diri tiada berkawan macam tu, hehe… dan emosi dia di sekolah adalah ok dan tiada masalah yang signifikan / relevan seperti kami ‘concern’kan.

Selain itu, kadangkala dia juga ada tidak mahu ke sekolah pada paginya. Namun tidak pernah lagi lah dia berjaya tidak pergi ke sekolah atas sebab “taknak ke sekolah sebab kawan-kawan taknak kawan dengan kakak dan kawan-kawan kakak marah kakak” tu.

Sebab emosi paginya itu adalah belum cukup besar untuk kami benarkan ia berlaku (hasrat tak sekolah). Kami ada macam-macam trick juga dan dalam masa sama kami observe kelakuan dan emosinya bila balik hari waktu petang.

Kebiasaannya dia ok dan happy pada waktu petang (sekolah dia 8pg-5ptg). Jadi ia adalah mainan emosi pada pagi hari dan konflik tidak pasti kanak-kanak saja (walau kita ada sedikit cuak juga ok ke dia ni, namun nampaknya Alhamdulillah dia ok ok saja).

Baru baru ni pada hujung minggu lepas saya mula perkenalkan skil baru untuk dia, intervensi khusus untuk isu Khairunnisa ni.

Saya terfikir perlunya saya bantu dia untuk dia handle sendiri (seperti biasa saya suka train abang dia untuk handle kawan dan handle adik-adik dia), memandangkan baru-baru ini saya sendiri ada buat skil / teknik ini untuk diri saya (berkaitan kerja-kerja saya yang banyak dan last min ini), ia menjadi dan ia sangat berkesan.

Saya punya prognosis untuk kes KN ini ialah, sebab dia ni selalu moody, sensitif, merajuk, perlahan gemalai gerakannya (boleh tertinggal lalu menangis bila berlari masa trial sukan tu), namun dalam masa yang sama dia adalah seorang yang tegas dan keras pendiriannya (haha Thinking introvert), maka itulah puncanya kawan-kawan kurang gemar dengan gaya dia, dan kawan-kawan mungkin menjauhkan diri ? atau marah dia?

Jadi ia sebenarnya berkenaan AURA.

Tenaga emosi dia yang negatif itu membuatkan orang menjauhkan diri darinya. Manusia secara fitrahnya sukakan orang yang happy dan tenang berbanding orang yang moody dan sukar.

Jadi saya perkenalkan satu kaedah atau ilmu baru untuk dia (ilmu biasa untuk orang dewasa namun saya sesuaikan dengan kanak-kanak 4 tahun, sebab saya kan kreatif dan pandai modify),

dan saya buktikan ia berkesan dan dia diminta aplikasikannya semasa insiden konflik di rumah (weekend baru ini) dengan abangnya, bagi dia nampak ‘hmm benarlah kata mummy, bila kita xxx maka kita akan yyyy’.

Dan hari ini (Rabu semalam) (hari pertama sekolah setelah saya train dia di rumah weekend dan kebetulan kami travel ke KL Isnin Selasa semua, lagilah akan ada mood tak berapa nak sekolah tu kan), balik aja dari sekolah, dia menceritakan dua situasi yang ‘HARI INI KAWAN-KAWAN KAKAK SEMUA NAK KAWAN DENGAN KAKAK’….sebab dia xxx.
MasyaAlllah menariknya kisah anak kecil saya ini.

Berjaya, dengan izin Allah.

Maknanya ia sangat mudah dan anak kecil boleh dilatih, dan mampu melakukannya, untuk skil urus konflik emosi dan perhubungan rakan sebayanya, InsyaAllah.

So apa yang saya buat pada ketika itu ? saya kongsikan di sini.

Ianya adalah self affirmation script sahaja, yang merupakan satu dari inti utama di dalam Ebook Hypnoscript saya, cuma saya ubahsuai untuk anak kecil sebut.

“Kakak happy kat sekolah” – anak sebut sambil tepuk dada kiri dia.
“Kakak ramai kawan” – anak sebut sambil tepuk dada kirinya.
“Kakak buat baik kat kawan” – anak sebut sambil tepuk dada kirinya.

Cuma saya nak tekankan, bukan hanya ‘intervensi khusus-teknik’ sahaja yang kita nak beri terus kepada anak, yang lebih utama adalah respon pertama ibu ayah sewaktu anak beremosi mencabar tu.

Ramai kita terus menutup, menafikan, mengabaikan atau mengubah hala fokus isu ketika itu, ia berkesan buat sementara namun berpanjangan boleh beri kesan juga kepada perasaan anak – emotional neglect.

InsyaAllah, saya ada kongsikan banyak lagi situasi common seperti ini, tentang bagaimana ibu bapa nak handle situasi-situasi ini dengan cara yang lebih baik & empati dalam Webinar Terbaru saya.

Dapatkan >> Webinar Emosi Besar Mereka


Maznah Ibrahim.



Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *