Mengapa Ramai Anak Yang Pandai Tapi Biasa Saja Bila Dah Dewasa? Ini Sebabnya…


​Pernahkah kita terfikir mengapa ramai kawan-kawan kita (bukan semua ya) yang sangat pandai akademik semasa kecil; tadika dan sekolah rendah dulu (ala-ala straight A’s gitu), dewasanya biasa-biasa aja, berbeza dengan yang sederhana (group B,C,D kelihatannya agak berjaya, malah ada yang sampai tahap menggajikan orang lagi) serta banyak menyumbang semula kepada masyarakat.

Pengurusan Emosi Kanak-kanak

Ia sebenarnya berbalik kepada kecerdasan emosi atau EQ, bukan kecerdasan intelek (IQ) semata.

Satu daripada kemahiran dalam EQ ialah kemahiran mengurus emosi, yang pada saya amat ‘crucial’ ilmunya untuk anak-anak pada masa kini.

Sebab ia berkait dengan pengurusan stres.

*Dapatan dari NHMS 2019 mendapati anak-anak kita (424 ribu) yang berusia 5-15 tahun ada mengalami isu kesihatan mental kanak-kanak dan lebih ramai atau berisiko ialah dari kelompok usia 10-15, luar bandar, perempuan dan dari keluarga B40 (laporan NHMS 2019 boleh baca di perkara 15 Epidemik Tersembunyi). *Terperinci mengenai dapatan ini mungkin akan saya kupas pada entri lain (berkenaan 4 domain kesukaran kanak-kanak dan apa kita sebagai ibubapa boleh lakukan untuk bantu anak kita).

Sumber: NHMS 2019, klik di hyperlink di atas

Hari ini kita menyaksikan ramai orang dewasa dan remaja yang mengalami tekanan emosi sehingga ke tahap mental illness (depression, anxiety, panic attack, dll) sehingga penyebab utama kematian seluruh dunia ialah masalah kesihatan mental iaitu ‘depression’ selepas penyakit jantung (sumber: WHO).

Ia berbalik kepada ilmu.

Kajian sudah banyak dilakukan dan kita boleh mengambil tindakan dari apa yang dibentangkan kini, kerana cegah lebih baik dari merawat, dan ‘prevention and education’ adalah key utama kepada perubahan ke arah lebih positif.

5 Komponen EQ

Hari ini saya nak kongsi mengenai 5 komponen EQ (Kecerdasan Emosi) untuk kita sebagai ibubapa (i) Tahu dan boleh mula (ii) Fokuskan pembentukannya kepada anak-anak, lebih dari IQ (Kecerdasan Intelektual / akademik) semata.
==========================

Kemahiran Mengurus Emosi adalah sebahagian dari ilmu yang kita mahu ajari anak anak sejak kecil lagi.

Kenapa Ibubapa Perlu Asah dan Fokus Kemahiran EQ Anak?

1)Sebab kerja ibubapa bukan saja bertanggungjawab beri makan, minum, pakai, tempat tinggal dan ubat bila sakit (keperluan fisiologi/fizikal) (No 1), malah ibubapa juga bertanggungjawab memenuhi keperluan perkembangan emosi dan kognitif anak-anak sebagai utama No 2 dan bukan akademik (kognitif saja) yang sering kita ‘ter fokuskan’ (tanpa sedar).

Telah ada kajian menunjukkan yang A student (masa kecil dulu) kebanyakannya akan merupakan pekerja kepada C student bila sudah besar (aduh, tepuk dahi).

2) Sebab apa? Sebab daya tahan anak-anak bijak intelek kita ni tidak cukup kuat bila dilanda badai dan cabaran, serta kurang seimbang IQnya dengan kemampuan dia mengurus emosi dan perhubungannya, serta memotivasikan dirinya secara positif dan selamat.

80% kejayaan individu dewasa disumbangkan oleh EQ, dan selebihnya IQ.

Ya? Ya, ini kajian dari pakar psikologi mengenai individu yang sukses sedunia. Beza besar sebenarnya individu yang tinggi EQ dan yang tidak berapa kuat EQ (saya tidak berapa gemar perkataan label seperti ‘tinggi’ dan ‘rendah’).

Sumber gambar: psychologytoday

*Namun pusat kecerdasan keseluruhan manusia ialah Spiritual Quotient (SQ)! (InsyaAllah saya share di post lain ya)


Mahu Anak Tinggi EQ?
==================

Ini 5 Komponen Emotional Quotient / Intelligence yang kita perlu tahu dan mula didik anak sedari awal usia mereka (bayi).

Agar anak survive di dunia serba mencabar kini dan akan datang.


Pertamanya # 1, SELF AWARENESS,

Tahu atau sedar emosi dirinya. Dia tahu dia ‘rasa’ apa yang disebabkan oleh situasi tertentu, perkara tertentu mahupun orang tertentu.

Perkenalkan vokabulari perasaan yang betul dan tepat untuknya.

Jika tiada vokab (anak bayi atau anak jenis tidak pandai luah), kita lah yang berikan vocab untuk mereka 😉

Contoh, “adik rasa Marah tadi sebab kawan ambil mainan adik tak minta izin. Sebab tu adik rampas semula”.

“Yumna nampak Happy sangat bila Abang Fateh dan Kakak Khairunnisa’ ada sama-sama”.

“Fateh rasa kecewa sebab tak dapat hadiah magic yang teacher nak beri”.

4 vocabulari perasaan asas yang anda boleh perkenalkan sejak bayi ialah: Gembira, Sedih, Marah, Takut.

Untuk tambah kuat lagi (unsur SQ), sentiasa kaitkan dengan Allah.

Contoh:-

Alhamdulillah adik nampak excited sangat bila Mama pulang ambil adik.

“Bila adik rasa takut, ingat, Allah ada bersama kita”.

La tahzan, Allah bersama kita.
(“La Tahzan, Innallaha Ma’ana” merupakan kalimat berbahasa Arab yang berasal dari Al-Qur’an surat At-Taubah ayat 40, dan memiliki arti, “Janganlah engkau bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita.”


*** Cara lebih cepat anak belajar ialah ibubapa memodelkan dan bersikap jujur dengan memberitahu apa perasaan mereka kepada anak-anak, sama ada yang berkaitan anak atau perkara lain.

“Mama rasa marah sebab rumah bersepah. Mama penat sebenarnya fikir nak kemas”.

“Mama rasa konfius sebab tadi ayah kata nak pergi pasar lepas tu tukar plan pula”.

Saya suprised juga Yumna yang usianya dekat 2 tahun dulu boleh ekspreskan perasaannya sendiri seperti: “malu” dan “takut” bila situasi tertentu dialaminya… 😂😁 (ni saya tengah ingat sebab ini anak paling kecil, anak lain tak ingat ada berlaku secepat ini, rasanya sekitar usia 2 lebih baru mereka ekspreskan perasaan mereka) (55:4 ‘Al la mahul bayan : Allah yang mengajarnya pandai berbicara).

Kemudian # 2, SELF REGULATION – MANAGING EMOTIONS:

Selepas dia tahu dia ada rasa sesuatu (especially emosi yang negatif), dia perlu tahu BAGAIMANA nak urus. Itulah regulasi emosi (emotional self-regulation atau emotion regulation).

Pertamanya dia mampu meluahkan perasaannya sendiri kepada orang terlibat (sama ada orang yang dia ada isu atau orang lain untuk luah lega.

Khairunnisa’ (KN), 4 tahun pada PTC untuk Semester 1: tengok yang paling bawah ‘Manage and express own feelings well’ dari Sometimes kepada Always untuk semester 2 (2019) di bawah.
KN untuk semester 2 hujung tahun 2019. Kami selalu observe EQ anak-anak lebih utama daripada IQ (akademik) mereka. Nampak peningkatan yang baik, Alhamdulillah. Malah item 1 dia ‘happy always’ juga adalah kebahagiaan saya yang utama.

Contoh Fateh semasa 4 tahun, kawan tepuk mukanya, dia rasa nak tepuk semula (sebab Marah). Di sini dia dah agresif (dia tak buat tapi ada rasa macam tu), saya ajar dengan kaedah ‘role play’ untuk asertif dan beritahu kawan APA dia rasa dan nasihati kawan untuk buat sentuhan selamat.

“Jangan tepuk saya, saya rasa sakit, pegang elok-elok aja”.

Contoh dia rasa marah, dia pergi ke punching bag dan pukul punching bag (di rumah sejak usia 2).

Contoh dia rasa takut dia peluk ibu / ayah nya atau dia sebut ‘Allah’ berulang kali.

Contoh dia rasa sakit, dia menangis kuat dan pergi kepada ibu bapanya dan dia diajar untuk tarik nafas dalam, hembus buang kesakitan. Dia belajar cara urus kesakitan fizikal ialah bernafas dalam-dalam dan hembus (sebab maknya terror dalam teknik mengurus kesakitan : pain management untuk pesakit/klien).

Contoh dia sudah beritahu kawan-kawan, kawan-kawan tak dengar, dia beritahu teacher pula (ini KN dan Fateh banyak diajar skil ini: Skil ‘Asking for help’).


***Cara anak belajar lebih cepat urus emosi ialah dari tindakan ibubapa sejak anak lahir, yang dilihat dan dialami si anak: seperti marah/bergaduh –> menjerit vs berbincang elok-elok, sedih –> menangis vs buat aktiviti, merajuk –> kunci bilik vs beritahu perasaan dengan jelas.

***Jadi pengurusan emosi secara tindakan positif dan selamat adalah amat penting oleh ibubapa untuk anak belajar regulasi emosinya sendiri kelak.



SETERUSNYA # 3 SELF MOTIVATION,

Saya perhatikan ia ‘survivor coping skill’ yang ada pada kanak-kanak,

Contoh, kes Fateh masa usia 2 dulu, – Mummy lambat beri respons dia nak gula-gula sunnah (ada kerja lain), maka dia pun ambil kerusi dan panjat, ambil sendiri di petiais atas. Sebab dia nak juga. (Ramai budak macam ni kan).

Biasanya fasa Initiative ni bermula masa anak dah mula nak masuk usia 3. (Perhatikan ya)

Contoh dia nak cepat dapat hadiah mainan besar, dia bersungguh (berusaha) membaca banyak helaian buku.

Means, anak motivasikan diri sendiri untuk dapat apa dia mahu, termasuk doa kepada Tuhan bagi menyandarkan rasa harapan mereka.

Contoh mudah lain, Yumna nak dekat usia 2 tahun ada rasa takut bila panjat tinggi, dia sendiri sebut “Hati hati” (sebab ini hypnoscript kami untuk semua anak, bukan keyword ‘Jangan’ tetapi keyword “Hati-hati” bila mereka cuba buat sesuatu yang kelihatan bahaya), dan dia tarik nafas sendiri (untuk tenang, sebab pernah ajar tak sangka dia boleh buat sendiri😍 hihi comel aja).

https://www.facebook.com/maznah.ibrahim.73/videos/10219453940111551
Memanjat tinggi (dari playground kita bawa ke rumah sebab PKP 2020), awalnya Yumna akan rasa takut dan sendiri self motivation sebut “hati-hati” kepada dirinya atau “Yumna boleh Yumna boleh”.


***Ibubapa boleh kenalpasti ‘apakah perkara gembira anak’ untuk memotivasikan si anak bila mereka down. Mereka akan mula down bila usia 7-12 sebab peringkat ini (industrious vs inferiority) pencapaian semasa di sekolah mula diberi perhatian. Sekiranya aiskrim dan kelas berenang merupakan perkara gembira untuk mereka, bolehlah consider untuk berikan ya.


Seterusnya # 4, EMPATI, BOLEH KENALPASTI EMOSI ORANG LAIN

Saya dapati bayi sudah ada empati seperti turut sedih dan menangis bila ada bayi lain menangis, atau menangis bila Ibu ayah bergaduh. Sebab mereka merasai satu-satu emosi itu lebih kuat (tiada keupayaan reasoning menganalisis dan judge situasi).

Contohnya masa bayi Fateh, saya sengaja tunjuk aksi sukar nak capai gayung, dia otomatik akan bantu untuk ambilkan gayung. Yumna bayi pula apabila kita minta bantu untuk ambil pakaiannya sendiri, atau lap air tumpah, otomatik dia boleh buat kerana kita sedang sibuk buat perkara lain. Anak kecil sangat memahami!

Untuk Fateh, semasa usia 4 sudah masuk sekolah, dia beritahu : “Kasihan Teacher tua tu basuh pinggan sorang-sorang. Fateh nak tolong tapi nanti jatuh sebab pinggan banyak”.

Contoh lain: “kasihan Mummy masak sorang-sorang, meh Fateh tolong (sebenarnya dia nak guna pisau la kan untuk memotong hehe)”.


***Jadi, raikan fitrah empati anak-anak sedari kecil dengan ucapkan terima kasih dan ekspreskan penghargaan anda kepada mereka ya.

KN again sebab Progress Report Fateh tak bawa pulang. Perhatikan item 4 iaitu ‘Sensitive to others’ feelings’ sebagai komponen Empati anak kita.
Peningkatan untuk item no 4 ini dari ‘most of the time’ kepada ‘always’. Alhamdulillah.


AKHIR SEKALI # 5, SOCIAL SKILLS: HANDLING RELATIONSHIP (MENGURUS PERHUBUNGAN)

Komponen ini bermaksud anak boleh urus perhubungan dia dengan ibu, bapa, kawan, guru, atau mana-mana orang yang dia ada isu.

Contohnya Fateh masa usia 4 buat keputusan tidak mahu berkawan dengan kawan ini dan berkawan dengan kawan lain (yang dia selesa, actually dia label kawan tu ‘baik’ dan ‘jahat’, namun saya betulkan meaning label itu iaitu TINGKAHLAKU kawan itu yang kasar dan tidak selamat, bukan jahat).

Ajar anak untuk tidak label menyeluruh individu agar tidak over generalisasi, tetapi be specific. Ini penting untuk social skill ke depan dia, agar berobjektif dan tidak personalised (terutama anak Thinking).

Alhamdulillah kini di usia 7 tahun bila ditanya siapa kawan baik dia, walau mula-mula dia sebut 2-3 orang namun kemudiannya dia kata sebenarnya tiada spesifik 1, sebab dia memang baik dengan kesemua boys dalam kelas dia (7 orang aja pun hehe).

Kalau KN, kita tengok gambar atas tadi, item no 3 ‘mixes well with other students’ dari ‘most of the time’ kepada ‘always’, alhamdulillah.

KN kurang isu dengan rakan sebaya sebab dia Thinking introvert tidaklah terlalu terkesan dengan luaran dan persekitaran berbanding abang dia Fateh.

Namun sesekali KN ada terkesan sebab darah dia O tu buatkan dia ambil berat tentang penerimaan kawan-kawan kepadanya.

Rupanya yang dia rasa ‘semua kawan-kawan kakak marah kakak’ ialah sebab mostly girls di Kinder Khalifah dia tu anak no 2 dan masing-masing ego dan keras heheh. Semakin lama mereka semakin ok bila sudah adjust energi mereka antara satu sama lain.

Fateh masa usia 4-6 tahun di kinder khalifah ada banyak isu dengan rakan dan teachers. Semuanya kami bantu untuk dia faham, dan urus dengan lebih baik, alhamdulillah. Segala pengalaman dan skil perhubungan ini akan dia gunakan kelak bila dia masuk asrama penuh (usia remaja) dan bekerja (dewasa) kelak.

KN: Untuk EQ komponen 5, item 1: ‘relationship with peers and adults’ KN skor 4 di Semester 1. Kurang isu. Kat sini saya suka tengok item terakhir ‘Able to express need’.
‘Relationship with peers and adults’ maintain skor 4.
‘Able to express need’ meningkat baik dari 4 kepada 5. Bayangkan jika anak kita sukar berkomunikasi memberitahu apa dia perlukan (ia EQ komponen 2 Self regulation kemahiran ‘asking for help’), agak sukar dia nak coped dengan persekitaran selain di rumah, kan?


Fateh punya progress report (sebab tak bawa pulang kan), seingat saya masa PTC Semester 1 June 2019 lalu, saya terkesan item ‘Happy always’ skor dia 5, sebab kata Teacher kelas dia, ada saja murid yang jenis moody dan terbawa-bawa lama emosinya dari rumah. Fateh jika tak ok di luar pagar pun, masuk aja pagar sekolah dia akan terus mood happy.

Kedua saya terkesan bila Tc ini akui dia jenis sukar beri skor 5 pada murid (jadi happy always tu unik la dapat 5 kan). Sebab masa tu dia highlight yang Fateh boleh bawa Khalifah Method Character yang 3 itu dengan baik [(i) Jadikan diri baik, (ii) Jadikan kawan baik dan (iii) Jadikan alam bersih dan indah] terutama aspek mampu menegur kawan untuk jadi baik sama-sama (walau dia pun kadang sama aja kan, tapi dia ni berani dan konfiden), tapi skornya 4 saja walau dipuji sebegitu sekali (guru kelas dia jenis bukan mudah beri skor penuh).

Ketiga saya terkesan dengan sikap Fateh terhadap pelajaran di dalam kelas (ilmu). Dia komited, bersungguh-sungguh, bertanya bila tak faham dan buat kerja dengan baik, maka markah Continuous Assessment dia agak baik. Sikap itu yang saya sangat syukur sebab walau dia masih belum lancar dan laju membaca namun dia mempunyai attitude yang positif terhadap pembelajaran di sekolah. Alhamdulillah. Feedback untuk kedua-dua semester adalah sama untuk kesungguhan terhadap ilmu ini.

Masa main memang dia main sungguh-sungguh, masa belajar dia belajar sungguh-sungguh.

Ni masa Semester 1 Fateh, ini aja sempat snap. Unik ‘happy always’ tu.
Progress Report dia masa Semester 1 June lalu. Keputusan baru ini Semester 2, November 2019 saya dapati markah keseluruhan meningkat sedikit. Alhamdulillah. Attitude dia tu saya syukuri dan kami sentiasa bantu support untuk EQ dan IQ dia mengikut kemampuan dan kelebihan dia. KN memang sangat bagus dalam IQ dan tak perlu risau sangat.


Kesimpulannya jika bukan kita yang mula bentukkan (shaping) skil EQ anak siapa lagi, kan?

Paling penting kita MODELKAN DI DALAM RUMAH SEBAB MEREKA BELAJAR TANPA KITA TERFIKIR NAK AJAR PUN DI RUMAH, PADA SETIAP SAAT MEREKA BERSAMA KITA……dari mata, telinga dan hati mereka.


Penulisan Lama Di Update Semula,
Maznah Ibrahim
13 November 2019
23 Jun 2020


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *