Anak kecil adalah satu entiti manusia yang lengkap elemen fizikal, emosi-sosial, pemikiran dan spiritualnya sama seperti orang dewasa. Namun dek kerana faktor usia, dan kematangan mereka, sebenarnya banyak puzzle yang mereka tunjukkan adalah ‘mesej’ atau petanda untuk ibubapa. Itulah ‘calling for help’ sebenarnya. Saya pasti kita semua tahu tentang kepentingan ini; bahasa perlakuan/ aksi/ tindak tanduk mereka tu menunjukkan sesuatu. Hakikatnya mereka ni belum cukup problem solving skill untuk mereka atasi sendiri kesukaran yang mereka hadapi yang mana mereka sendiri pun tidak sedar yang mereka sedang hadapi ‘difficulties’ atau stres.
Minggu lalu ada satu pagi ni Khairunnisa’ 4 tahun macam ada tanda ‘depress’.
Cuma saya nak tekankan yang ‘depression’ adalah tak sama dengan tanda ‘depress’. Depression ni adalah satu diagnos oleh Psikiatris sahaja (ia mental illness, manakala tanda ‘depress’ ni normal, ada tanda dan ia sekejap sekejap aja, mungkin dalam beberapa minit, beberapa jam dan beberapa hari. Cuma jika ia berpanjangan selama 2 minggu konsisten takda satu hari pun ceria bertukar mood baik, ha itu memang lain dari kebiasaan (ia berkemungkinan besar depression – and let the pakar uruskan ok).
So untuk anak kecil, orang besar macam kita, sesekali mood tak berapa baik / elok ni, normal lah sangat.
Key emosi kepada depress ni adalah sedih, nampak murung, tak berapa bertenaga atau nampak dia tak berminat dengan aktiviti biasa yang selama ini dia minat. Jadinya dia more to energi rendah, dan badan juga ke bawah (dia tidur, mengerikut (macam membentuk satu bentuk bola seluruh badan / duduk bawah cengkerang kura kura hehehe, boleh bayangkan tak metafora saya ni).
Ha ini saya nak share camana saya boleh detect awal dan saya tangani dengan segera untuk bantu anak, lagi lagi waktu pagi sebab kita kalut nak siap awal, hantar dia sekolah, kan.
Khairunnisa’ ni tahun ni dia dah usia 4 tahun 4 bulan.
Sejarah dia exczema dari bayi dan mula teruk gatal berdarah masa nak dekat usia 2 tahun (masa bayi insiden berdarah hanya di siku sahaja selain merah merah besar kawasan tu on off di banyak tempat di badan dia dan masa tu saya tak berapa alert pasal eczema ni sebab takda pengalaman).
So ada satu time yang crucial dalam sejarah hidup dia tu, usia dia 2.8 tahun, kami stop ubat private yang kami rasa agak kuat ubatnya (dalam 10 bulan makan), dan terus pilih natural (kami on program Perfect Eczema Plan PEP dengan coach Mizhana Padzi).
Harus terima detox dia drastik dan management dia juga amat tidak mudah sebenarnya. Syukur kerana kami berdua suami isteri beroleh kekuatan dan hikmah dari Allah jua (tidak lain tidak bukan dari Dia pastinya). Masa tu memang saya rasa hari saya siang dan malam adalah gelap tiada berpenghujung, dan tertanya bilakah sinar matahari pagi akan muncul. Datang kerja lewat, dan tiap hari balik waktu tengah hari ambil dia di rumah pengasuh untuk dimandikan di rumah dan diuruskan balutannya.
Mengamuk, tak tidur, meraung, menangis macam kena dera, malahan dia tak berjalan selama 4-5 minggu, sebab secara psikologinya bila dia lihat dan tahu dua tangan dan dua kaki dia berbalut full, dia rasa dia ‘disable physically’ walau saya tau dia mugkin boleh berjalan sendiri.
Penghujungnya nanah di tangannya pecah dan kami ke kecemasan hospital untuk confirmkan luka lubang besar di tangan tu ok agar tak kena infection apa apa (harap kena dressing cuci luka sahaja, tapi doktor terkejut amat dan minta warded untuk further management). Dudukla 3 hari je pun (saya minta keluar awal sebab saya ada slot ceramah dalam Medicolegal Seminar di peringkat JKN saya). Dalam masa tu dia tak demam apa cuma kena masuk ubat aja. Dia kuat dan sihat.
Balik rumah dan kami sambung management balutan wrap dia, dan doktor pakar kanak-kanak di hospital Perlis saya ni sangat baik dan memahami bab eczema ini. Jumpa juga dermatologi MO di hospital yang juga sangat bagus. So masa nilah berkenalan dengan tubifast dan cara sarungkan sampai jadi dua lapisan, basahkan separuh dan tiada ruang kuku untuk dia menggaru hehehhehehe.
So habis di situ, ada 2 CERITA SEBENARNYA untuk anda mungkin dapat sedikit idea bantu anak agar tak berpanjangan mood rendah dan tanda depress dia.
1: KISAH CAMANA DIA TETIBA BERJALAN.
Hehe. Maksudnya dari mood depress /mood tak ok, baring sentiasa, moody, mengerikut badan, tetiba dia nak jalan. Ini memang guna skill switch emosi (dalam seminar ehsabar memang saya tekankan ini). Ketahuilah, movement adalah tunjang kepada brain gym (exercise di brain pabila fizikal bergerak, maka banyaklah perubahan chemical dan hormon di badan berlaku), dan betapa bergerak adalah satu anugerah besar untuk seorang manusia agar emosinya stabil.
Bayangkan sahaja bayi baru lahir yang dependant 100% kepada kita, mudah sedih resah dsb, sebab dia tak boleh bergerak besar sendiri, then pabila usia 4 bulan camtu dah boleh bergerak, meniarap dan seterusnya melunjur dan merangkak, mereka semakin kurang menangis macam awal bayi dulu. Dan betapa jika seorang dewasa yang diuji dengan stroke, tidak boleh bergerak, mereka sebenarnya akan amat stres sebab energi mereka sebenarnya tidak boleh flow lancar bebas, maka mudahlah marah, berfikiran negatif dsb (jika mulut sahaja boleh bergerak dan akal boleh berfikir/berjalan).
Masa tu Khairunnisa’ tetiba berjalan bila saya guna tool belon sebagai aktiviti kami. As usual, anak anak kecil semua suka belon, perasan tak. Saya pernah menulis pasal belon, yang mana ianya ringan dan sama macam emosi kanak-kanak, mudah let go. Jadi orang dewasa yang nak move on cuba la main layang-layang ke, belon ke, bagi terbang tinggi dan rasa ‘keringanan’ emosi dan energi di badan anda terbang bebas.
So tetiba dia berjalan tanpa sedar semata nak kejar dan ambil belon tu hehehhe.
Mesej: Guna tool yang menarik minat anak, bawa keluar rumah, atau jalan dalam rumah, dan belon sentiasa ada stok kalau travelling jauh atau ke mana-mana, semua kanak-kanak sukakan belon, ok.
Selepas dia dah jalan, setiap bulan saya akan bawa ke kidzoona sebagai terapi fizikal bermain dia untuk indoor, sebab tema di situ lengkap untuk fizikal motor kasar dan halus, role play, kognitif, dan sosial. Selain tu saya selamba juga beri dia pengalaman baru untuk kolam renang, pantai, dan aktiviti outdoor lain. Ni kena berani dan yakin metod pergerakan fizikal (physical movement) adalah baik untuk emosi, ok.
KISAH 2: CAMANA DIA TETIBA TAKDA MOOD NAK BERSIAP DAN NAK KE SEKOLAH
Baru ni dia usia 4, ada berlaku infection lagi tetiba (kesan garu garu) setelah masuk sekolah (mula masuk tahun ni 2019), dia makan macam-macam juga (ala ala cheating day every day la kan haha).
So lastly masa Ramadhan tahun ni 2019 dia infection penuh dua lengan – bernanah biji dan di dua pergelangan kaki. 2 hari sebelum Raya Aidilfitri (Isnin tu) kami sempat ke dermatologi hosp (dapat rujukan Ahad tu kami ke kecemasan hosp) setelah kami usaha manage sendiri dalam 2 minggu juga dengan kunyit, tea tree oil, dsb.
Doktor dermatologi hari Isnin tu beri foam yang balutan tu takyah buka selama seminggu yeay hehe (raya travel kan seminggu). Syukur kerana foam itu bantu melegakan keraungan dia (kesakitan emosi dan bukanlah fizikal sangat), dan mengurangkan kekerapan buat dressing sendiri/ manage sendiri yang akan ada risiko infection sebab kita ni tak cukup sterelise tangan kita.
Dan dia on makan antibiotik prescribed by doctor selama 5 hari (kami beli di Farmasi luar as doktor suggested yang mana antibiotik ni lagi sedap dan budak sudi habiskan, saya katakan macam yogurt la, syukur dia nak makan).
So lepas raya, dan rasanya antibiotik dalam badan dia dah habis (2 minggu), dia mula gatal sikit (tapi manageable, means hari hari apa dia makan tu akan effect sama ada gatal atau tak, dan mostly dah semakin baik iaitu tidak gatal sangat).
Saya onkan semula tubifast dua lengan nya. Ada satu kali ni, dia garu lebih kuat sikit dan garu masa tidur. Jadi ada air bisa sikit di hujung tangan dan melekat masa nak cabut semula tubifast dia.
Keesokan pagi hari seterusnya, dia tetiba kelihatan lemah, rendah energi, baring, takmahu bersiap ke sekolah, taknak apa apa, dan mengerikut badannya (perhatikan tanda dia tunjukkan tu dengan kotak merah di awal penulisan saya).
Dalam instinct saya, dia kelihatannya menunjukkan tanda depress. Macam ada sesuatu. Tapi saya betul betul tak pasti apakah dia.
Saya terus switch emosi dia dengan offer sesuatu menarik untuknya (cheese cake yang dia kelihatan tak gatal, alhamdulillah).
“Kakak nak makan 1 slice cheese cake dalam petiais tu tak?”
Terus dia mood ok dan kata: “Nak”.
Saya terus minta dia bangun dan ambil sendiri (nilah masanya nak bagi dia move sendiri) Ingat: KEYNYA MOVEMENT.
Dia ambil di petiais dan saya bantu keluarkan dan letak ke mangkuk dia.
Masa dia makan, saya tanyakan soalan ‘cepumas’:
“Tadi kakak taknak bangun, sebab apa ya?”
Then dia kata: Sebab kakak rasa sakit perut.
Okay, “sekarang?” , saya tanya. Sekarang dah tak sakit dah.
Okay, so dia macam ada ‘kebimbangan’ sesuatu. Camana saya tahu sebab saya dalam bidang kaunseling dan kesihatan mental ni, selalu nampak perkaitan emosi di badan, psikosomatik, pengurusan emosi, dan penyakit fizikal berkaitan.
Kemudian saya cakap kat dia pasal cabut sarung tubifast lepas ni, sebab dah nak sekolah (dia hanya pakai masa tidur sahaja). Then dia kata “Nanti sakit, melekat”.
Okay, so now i got the full picture. Ahaaa…
Dia bimbang, bila cabut tubifast, akan melekat dan sakit. So dari bimbang kepada perkara yang tak pasti berlaku (tapi ia real kebimbangan untuk anak kecil ya so noted kan aja,validate, malahan kita orang besar juga mudah bimbang dari pengalaman lepas), maka saya perlu pastikan dia memperoleh bukti pengalaman baru yang positif.
Saya katakan:’
“Takpa Mummy cabut perlahan lahan, lagipun Mummy kan sapu shea butter dan vco semalam. Pastu kakak ada garu ke malam tadi? Takda kan, so mesti masa cabut, tak melekat pun…Semalam melekat sebab kakak garu”.
So konfiden saya berkata. Dia ok, sebab dah makan cheese cake (mood sudah switch kan, dia izinkan saya cabut).
Ha sekali lalu aja saya cabutkan, pantas, lancar, memang tak melekat langsung pun haha.
Dia pun macam terkesima, eh tak melekat pun?
Ok now dia dah ada pengalaman baru untuk tempoh ini (usia 4 ini). Ternayata anak kecil juga mempunyai ‘butterflies in stomach’ (energi bimbang/risau dia terkumpul di perut) and they can’t tell it properly..
So selesailah saya uruskan kebimbangan dan tanda depress dia, dengan sedikit ilmu biasa biasa.. saya nak kongsikan agar semua ibubapa boleh bantu walau sedikit.
i. kenali anak, apa dia suka dan apa tak suka
ii. most importantly elak judge anak sengaja taknak bersiap dan all the labels yang negatif. mak perlu tenang dan bijak tangani.
iii. terus offer apa yang dia suka sebagai mula nak Switch and ON the button emosi positif.
iv. terokai sedikit, dengan tanyakan “Apa sebab” atau “Sebab apa ya” bukan “Kenapa kenapa kenapa”. Kenapa ni menyalahkan dan kelihatan sangat ‘attacking’ dan negatif dalam psikologi.
v. Get all the pieces of puzzle together, then make a full picture *(ni orang intuiting suka la ni picture picture haha).
vi. Get ready untuk Hypnoscript dan Storytelling kan dia untuk suka pakai, alhamdulillah, masa malam itu yang tubifast tak melekat tu, saya pasangkan tubifast beserta storykan pasal dog and cat untuk dua tangan dia bertutup tu (dua bintang tu bercakap satu sama lain macam ala ala mulut senduk ular tu) dan dog and cat tu pesan, cakap kat dia (suh dia ulang ayat) : “Malam ni Khairunnisa akan tidur lena, selesa, aman, dan nanti kulit akan cantik sihat licin semua”.
Alhamdulillah
Malam selepasnya saya perasan dia masih ingat cerita pasal cat and dog saya tu sebab tetiba dia ceritakan semula cerita tu.. Saya beritahu ayahnya.
Malam esoknya lagi saya tanya dia pasal cerita tu dan dia dapat ceritakan semula. Then saya minta dia ulang sebab saya nak rakam, untuk kenangan kami dan kenangan dia nanti kemudian besar nanti…. Begini skripnya, dia simplify kan ikut apa yang dia masih ingat.
Gambar atas: ni malam tadi. dua tangan tubifast 2 layer yang bertutup di hujung agar tak garu. So far sejak hari itu, memang tak nampak tanda garu lebih/sampai air bisa.
Selain tu mesej saya ialah, anak kecil seusia 4 macam ni manalah tahu buat perkaitan sangat. Mereka cuma dapat bercakap (itupun jika nak cakap) apa dia rasa / alami aja. Dan most importantly, tanda mereka ialah dari behaviour, ok. So peranan kitalah untuk bantu channelkan aktiviti, pergerakan dia agar dia dapat salurkan keluar energi emosi di badan dia…
Okay, untuk yang mahu idea camana nak susun ayat Hypnoscript kat anak anak, boleh ke sini ya:
Dan buat julung kalinya, saya akan kongsi untuk parents di luar sana, Utara (pernah share di UTC Perlis), kali ni 3 jam lama juga, saya akan terangkan kepentingan dan flow untuk hypnoscript anak, kita akan latih insyaAllah agar sampai mesej ini kepada semua ibubapa yang bijak, prihatin, dan ambil berat untuk bantu anak reach their potential: Boleh contact En Sharul, Julai ini ya.
Hasrat saya, semua ibubapa adalah coach atau terapis emosi untuk anak anak, dan ibubapa ada kuasa / power yang takda pada terapis luar.
Iaitu Masa, tenaga kasih sayang, perkataan (doa).
Jadi apa yang mungkin boleh saya sharekan, sumbangkan untuk dunia parenting harini adalah sesuatu skil tambahan yang up kan skill parenting kita semua. Kita lakukan bersama -sama. Kerana anak anda, adalah yang akan mengisi persekitaran dunia kepada anak anak saya juga nanti. <3
Love,
Maznah Ibrahim